•RIYANARA | 35•

6.5K 301 14
                                    

SUASANA di dalam kereta itu hanya ditemani oleh lagu-lagu yang dipasang oleh DJ radio.

Haruskah aku mencintanya
Bila hanya berikan duka
Sepertinya aku bahagia
Satu sisi aku menangis

Aku pernah sangat berharga
Semua mata memujaku
Sampai kau datang dalam hidupku
Segalanya berubah

Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau menghancurkan semua impian
Yang tersimpan sejak dulu

Kau racuni cintaku
Hingga menjadi benci
Tak lelah aku setia
Terseksa sendiri

Betapa inginku berlari
Dan terlepas dari dirimu
Tapi semakin kumencoba
Aku ingin kembali

Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau menghancurkan semua impian
Yang tersimpan sejak dulu

Kau racuni cintaku
Hingga menjadi benci
Tak lelah aku setia
Terseksa sendiri

Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau hancurkan segala impian

Ha-aaa ha-aaa

Lagu bertajuk Benci yang dinyanyikan oleh Utopia itu membuatkan fikiran Aralyn terbang seketika. Lagu itu seolah-olah menceritakan apa yang dirasakan kala ini. Kehidupannya dahulu sangat bahagia, jarang sekali dia menangis. Namun tidak lagi setelah lelaki ini hadir ke dalam hidupnya. Boleh dikatakan hampir setiap malam dia menangis. Bukan kerana meratapi nasib hidupnya, tapi kerana tidak mampu membenci lelaki itu.

Pandangan dilemparkan memandang ke luar tingkap. Airmatanya diusap perlahan. Matanya dipejam rapat dan badan disandarkan pada kerusi kereta itu. Riyyan yang perasan akan hal itu hanya memandang dengan ekor mata.

Selama tiga jam berada di dalam keadaan sunyi itu, mereka akhirnya tiba di rumah puan Khadijah iaitu nenek kepada Aralyn. Sampai sahaja di hadapan rumah itu, Aralyn pantas melangkah turun ke bawah. Dia berlari ke tangga rumah itu.

"Assalamualaikum! Tokmek oh tokmek!" Laung gadis itu dari luar.

"Waalaikumussalam. Ya Allah! Una! Sampai dah budak ni!" Sahutnya yang baru tiba dari ruang bawah rumahnya.

Aralyn yang teruja melihat neneknya pantas berlari ke arah wanita itu sebelum tubuh tua itu dipeluk erat. "Tokmek! Rindu lah orang kat tokmek. Tokmek sihat ke?" Soalnya sebaik sahaja melepaskan pelukan. Dia menggunakan dialek Kelantan memandangkan mereka kini berada di negeri serambi Mekah itu.

Puan Khadijah hanya tersenyum manis. "Sihat alhamdulillah. Oloh lah lama tak datang. Datang datang jadi cucu dah." Ujarnya sebaik sahaja lelaki itu bersalaman dengannya.

Senyuman manis dihadiahkan buat wanita tua itu. "Ingat lagi tokmek kat orang ya." Balasnya.

Belum sempat puan Khadijah berbicara lagi, Aralyn terlebih dahulu memintas. "Tokmek, orang lapar lah. Tak makan lagi simpan perut nak masuk masakan tokmek." Sengihan terbit di bibir.

Wanita itu hanya ketawa mendengar ayat cucunya itu. "Meh lah masuk. Duduk borak tengah panas terik ni." Ajaknya sebelum melangkah masuk ke rumah.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. "Pergi masuk bilik ajak suami tu berehat. Nanti lepas zohor kita makan sekali." Arah puan Khadijah lembut.

Aralyn hanya mengangguk. "Jom masuk." Kakinya melangkah ke bilik tidurnya semasa dia menetap di situ selama tujuh tahun dahulu. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil itu yang terdapat di bilik itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now