Perkara yang dibincangkan oleh umi dan babahnya di bawah sebentar tadi masih berlegar di ingatan. Kahwin? Dengan siapa? Aku muda lagi kot haih umi dengan babah ni. Omel Aralyn di dalam hati. Pintu yang diketuk dari luar mematikan lamunan Aralyn.
"Masuk." Pelawanya dari dalam. Matanya tertancap ke arah pintu sebaik sahaja dibuka.
"Kau okey tak, Una?" Soal Hariqa seraya melangkah ke arah adik kepada suaminya itu.
Aralyn hanya mengangguk perlahan. "Aku okey. Cuma aku tak faham kenapa umi dengan baba tiba-tiba nak suruh aku kahwin." Luahnya seraya memandang wajah Hariqa.
Hariqa hanya tersenyum memandang sahabatnya. "Apa salahnya? Kalau dah jodoh kau sampai awal nak buat macam mana?" Balasnya membuatkan Aralyn memberikan jelingan.
"Kau senang lah cakap. Kau dulu kenal siapa bakal suami kau. Aku ni umi dengan baba tak kenalkan pun. Tau tau sabtu ni nak hantar rombongan." Ujar Aralyn sambil menongkat dagu menggunakan tangan.
Belum sempat Hariqa membalas, kata-katanya dipintas terlebih dahulu oleh Hayder. "Adik tak payah lah risau. Umi dengan baba tau lah apa yang diorang buat untuk puteri diorang ni. Percaya cakap abang. Adik akan suka bila adik tau siapa tunang adik." Celah Hayder yang sedang berdiri di muka pintu bilik Aralyn.
Aralyn yang mendengar pernyataan abangnya itu menjongket kening. "Mana abang tau? Abang kenal ke siapa tunang adik? Macam mana abang tau adik akan suka? Siapa dia? Jeon Jungkook? G- Dragon? Park Hyung Sik? Meerqeen? Hun Haqeem? Huh?" Soal gadis itu laju.
"Wowowo! Sabar lah dik. Ramai giler artis adik minat. Siapa kook? Naga dengan payung pun ada?" Sakat Hayder.
"Abang jangan nak main-mainkan nama diorang eh!" Wajah abangnya dipandang tajam.
"Alah dik. Chill lah. Dia memang bukan artis tapi abang tau adik akan suka dia. Trust me. Dah. Zumi, jom. Tak payah layan minah senget ni."
Mata Aralyn terbuntang mendengar gelaran yang diberi oleh abangnya itu. Kurang asam mangga punya abang. Minah senget dia panggil aku? Heh. Bisik hatinya.
"Dah lah Iqa. Pergi nu laki kau dah panggil." Ujarnya seraya menjeling abangnya.
Hariqa tergelak kecil melihat gelagat dua orang kesayangannya itu. Dia kemudiannya melangkah ke arah suaminya. "Emir ni. Tak baik cakap Una macam tu. Kalau dia minah senget, Emir tu mamat senget." Usik gadis itu membuatkan Hayder membulat mata.
Aralyn yang mendengar pantas melepaskan tawanya. "Padan muka! Cakap orang lagi kan dah kena dengan bini sendiri." Ejeknya bersama sisa tawa.
Hariqa yang melihat wajah cemberut suaminya itu pantas melarikan diri. "Zumi!"
Kepala digeleng melihat gelagat pasangan itu. Dia kemudiannya menutup pintu biliknya semula. Haih... Siapa lah bakal tunang aku tu agaknya. Alah biarlah. Sekurang-kurangnya dia tahu kalau dia menerima lelaki itu ikhlas dan bukan sebab rupa atau kepentingan diri. Tidak mahu memikirkan perkara itu, dia membuat keputusan untuk mencuci muka sebelum tidur.
TALI gitar itu dipetik perlahan. Irama lagu 'Andai Ku Bercinta Lagi' yang dinyanyikan oleh kumpulan Mojo berkumandang.
Sedang dia leka bermain gitar, bahunya ditepuk seseorang membuatkan dia mendongak memandang gerangan yang menepuknya.
"Kau okey tak ni?" Soal Raish seraya melabuhkan punggung di sebelah Riyyan.
Senyuman tawar terpancar di bibir. Anggukan menjadi jawapan untuk soalan yang diajukan oleh sepupunya sebentar tadi.
"Betul ke kau nak bertunang dengan Husna ni? Dah fikir masak-masak?" Wajah sepupunya dipandang.
Sekali lagi anggukan dijadikan sebagai jawapan membuatkan Raish menghela nafas berat.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...