•RIYANARA | 54•

4K 205 12
                                    

MINYAK wangi disembur sedikit ke baju kemejanya. Aralyn yang menghidu haruman itu memejam mata. "Hmm, wangi." Pujinya.

Riyyan tersenyum memandang isterinya. "Cuba kalau Aya pakai," minyak wangi itu disembur juga ke baju aralyn.

Aralyn terpinga-pinga seketika. Dia ketawa perlahan. Mereka kemudiannya melangkah turun ke ruang tamu. Susuk tubuh Tengku Rayqarl dan Tengku Naura yang sedang bergurau senda menyapa pandangan. Riyyan berdehem perlahan.

"Tak payah nak buat kilang gula dekat sini, habis semut serang rumah ni nanti." Seloroh Riyyan.

Rayqarl memandang anak dan menantunya itu. "Suka hati daddy lah. Kenapa? Dengki?"

Bibir Riyyan mencebik. "Tak ingin lah Qashah nak dengki. Ingat dia sorang ada bini? Kita pun ada lah." Bahu gadis di sebelahnya itu dipeluk dari tepi.

Aralyn tersenyum manis. "Yan, nanti Aya nak mintak izin melawat kubur arwah Tasha boleh?" Soal Aralyn perlahan.

Riyyan terkedu. Wajah isterinya dipandang. "Pergi dengan mummy boleh?" Rambut gadis itu diusap.

"Memang nak pergi dengan mummy pun."

"Kalau macam tu pergilah." Ujarnya memberi keizinan.

Aralyn tersenyum lebar. "Thank you hubby." Tangan lelaki itu dikucup. Riyyan mengucup dahi gadis itu.

"Tengok tu. Kita tak boleh, dia boleh? Huh!" Celah Tengku Rayqarl menjeling anaknya.

Riyyan mencebik. "Biar lah. Daddy dengki."

Rayqarl menggomol isterinya lagi. Riyyan yang tidak ingin mengalah turut menggomol Aralyn. Aralyn dan Tengku Naura ketawa kegelian. Wajah mereka dilarikan.

"Dah lah tu. Pergi kerja cepat." Tubuh Tengku Rayqarl ditolak lembut.

"Daddy drive eh? Ehhh ehhh ehhh?"

"Apa pulak? Patutnya anak yang drive untuk ayah." Balasnya.

"Oh ya eh? Qashah tak pernah dengar lagi ayat tu, baru first time dengar. Ya lah, Qashah drive. Tapi nanti belanja starbuks." Ujarnya sambil ketawa. Kunci kereta Rayqarl dicapai.

Rayqarl menggeleng kepala dengan gelagat anak lelakinya itu. Wajah isterinya dipandang. "Abang pergi dulu eh love. Take care. Anything just call me or Qashah. Okey?" Dahi wanita itu dikucup lembut.

"Eh! Dah, jom!" Ajak Riyyan.

Aralyn mencium tangan suaminya. "Hati-hati."

Riyyan senyum manis sebelum mengangguk. "Bye darl,"

Pipi gadis itu dikucup. Dia melangkah pula ke arah ibunya.

"Bye mummy." Tangan wanita itu dikucup lembut. Dahi Tengku Naura turut dicium sebelum tangan Tengku Rayqarl ditarik ke pintu.

"Bye." Ujar Tengku Naura dan Aralyn serentak.

"Oit! Oit! Sabar lah. Dengki cakap dengki. Main tarik-tarik pulak halah." Mereka melangkah ke kereta.

"Mana ada." Bibirnya dimuncungkan. Pintu kereta dibuka untuk Rayqarl. Dia turut masuk ke dalam perut kereta. Kereta itu dihidupkan sebelum bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Tengku Rayqarl yang melihat wajah cemberut anaknya melepaskan tawa. Pandangan dihalakan ke hadapan. Mereka menuju ke starbucks terlebih dahulu. Mereka hanya membeli dengan cara 'take away' memandangkan mereka ingin cepat.

Coffee yang dibeli dihulurkan pada Tengku Rayqarl. Lelaki itu tersenyum. "Thanks." Ucapnya sebaik sahaja menyambut huluran itu.

"My pleasure." Riyyan senyum manis.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now