•RIYANARA | 9•

4.2K 216 16
                                    

LANGKAH kaki dibawa melangkah mengikuti majikannya itu. Pakaian di situ dipandang satu persatu.

"Kau nak yang mana pilih lah. Aku belanja." Maklum Raish senada.

Gadis itu menggeleng perlahan. "Takpe lah bos. Baju saya dah ada lah. Tak payah susah-susah." Tolak Qayra lembut.

"Boleh tak kau ikut je? Aku tak nak nanti partner pengapit aku pakai baju yang tak sesuai dengan aku." Ujar lelaki itu lagi.

"Tapi..."

"Takde tapi. Pilih or aku potong gaji kau."

Matanya membulat mendengar ugutan lelaki itu. "Apa bos ni main gaji-gaji ni. Bos jangan nak meniber sangat boleh tak? Apa kena mengena pilih baju dengan gaji saya?" Soal Qayra tidak berpuas hati.

"Sekarang ni kau bos ke aku bos? Aku kan? So, can you just listen to me?" Soalan gadis itu diabaikan.

"Ish! Yelah yelah. Halah, main gaji pulak. Huh," protes Qayra sebelum memilih baju.

Raish yang melihat cuba menyembunyikan senyumannya. Inilah sebab dia kagum dengan gadis itu. Tidak seperti kebanyakan gadis di luar sana yang menghabiskan wang hanya pada pakaian. Sedangkan di rumah almari baju dah tercabut pintu banyaknya baju tu tapi tetap cakap tak ada baju nak pakai. Heh...

"Bos!"

Bunyi satu tepukan dari Qayra membuatkan lelaki itu kembali tersedar ke dunia nyata. Dia berdehem sebelum bersuara. "Haa kenapa?"

"Yang ni okey tak?" Sehelai dress yang tidak mengikut bentuk badan ditunjukkan kepadanya. Tidak terlalu melebih, tidak terlalu ringkas namun tetap kelihatan cantik. Alah... Bak kata omputih, simple but elegant. Haa begitulah lebih kurang.

Kepala mengangguk sekali. "Okey. Cantik, simple." Jujur Raish lembut.

Jawapan dari lelaki itu membuatkan Qayra tersenyum manis. "Kejap eh bos. Saya pergi cuba kejap." Kaki dibawa ke fitting room sebaik sahaja lelaki itu setuju.

"Qayra, Qayra. Comel." Monolog Raish sendirian. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang terdapat di butik itu sementara menunggu Qayra.

Selang beberapa minit kemudian, gadis itu keluar dengan memakai baju yang dipilihnya sebentar tadi. "Okey tak bos?"

Pandangan mata Raish seolah-olah terpaku memandang pekerjanya itu. Dia berdehem sekali lagi. "Okey, cantik. Sesuai dengan kau." Jawab Raish.

"Betul ni?" Pandangan bersinar dihalakan ke arah lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk kepala.

Senyuman terlakar di bibir mendengar jawapan Raish. "Okey bos tunggu jap saya tukar baju balik." Ujarnya sebelum kembali ke ruang mencuba.

Usai memilih baju, mereka melangkah pula ke restoran untuk mengalas perut. Tepat jam 5 petang, Raish menghantar gadis itu pulang.

"Thanks teman aku hari ni." Ucap lelaki itu bernada biasa.

Qayra hanya membalas dengan senyuman. "Alah tak ada apa lah bos. Lagipun bos dah janji nak naikkan gaji saya bulan ni kan? So, ini kira kerja jugak lah. Saya pun nak ucap terima kasih lah sebab belanja saya hari ni. Saya janji nanti saya belanja bos pulak." Balas gadis itu.

"Aku cuma tak nak partner pengapit aku nampak selekeh je." Tuturnya selamba membuatkan Qayra membulat mata.

"Apa-apa lah bos. Saya keluar dulu. Assalamualaikum." Pamitnya sebelum menapak keluar dari kereta milik lelaki itu.

"Waalaikumussalam,"

Keretanya kembali meluncur laju sebaik sahaja gadis itu selamat masuk ke dalam rumah. Senyuman tidak lekang dari bibir. Gelagat gadis itu ketika membeli barang tadi berlegar di ingatan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now