PUNGGUNG dilabuhkan di atas satu kerusi di meja yang terletak sedikit jauh dari tetamu. Nafas lega dihela. Satu jam berdiri sahaja. Sudahlah dia memakai tumit tinggi.
Haih... Ini kalau bukan sebab Nadine tidak hingin dia memakai benda alah itu. Nadine ni pun satu hal. Dah tau dia tak suka pakai heels sibuk juga suruh pakai. Memang lah semasa di Singapura dahulu dia telah terbiasa memakai kasut itu, namun tidaklah setinggi ini. Gila lah perempuan ni. Rungut hatinya. Kakinya digosok perlahan.
Bunyi deheman dari belakang membuatkan gadis itu pantas menoleh. "Kenapa tu?" Soal lelaki itu sebelum duduk di kerusi yang selang dua tempat dari Aralyn.
Dia tersenyum nipis sebelum menggelengkan kepala. "Tengku buat apa kat sini?" Wajah lelaki itu dipandang sekilas tanda hormat.
"Takkan saya tak boleh datang majlis kawan baik sendiri? Lagipun saya kan pengapit." Jawab Riyyan.
Aralyn pantas menampar dahinya perlahan. "Tak. Maksud saya kenapa tengku duduk sini? Kenapa tak berbual dengan diorang?" Soal Aralyn lagi dengan lebih jelas.
"Ouh! Saja. Lagipun saya tengok awak sorang-sorang kat sini. Saja tegur," senyuman manis terlakar di bibir.
Aralyn terkedu seketika tatkala melihat senyuman lelaki itu. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya. Jaga pandangan kau, Aralyn Husna. Pesan hatinya.
"By the way... Tak payah panggil saya tengku. Panggil nama je cukup. Tengku tu rimas lah." Ujar Riyyan dibalas dengan anggukan dari gadis itu.
Belum sempat Aralyn membuka mulut, satu suara garau terlebih dahulu menyapa. "Adik buat apa kat sini?" Tegur Hayder menyentakkan mereka.
Riyyan yang mendengar panggilan lelaki itu sedikit tergamam.
"Eh! Hayder." Sapa Riyyan sebelum bangun dari kerusi sebelum mereka bersalaman cara lelaki.
"Abang kenal ke?" Soal Aralyn memandang abangnya itu.
"Bestfriend abang." Jawab Hayder ringkas.
Jawapan dari lelaki itu membuatkan Riyyan tersenyum lebar. "Takpe lah. Aku pergi sana dulu. Bye Aralyn. Untill we meet again." Pamit Riyyan sebelum berlalu ke arah pengantin lelaki.
Aralyn dan Hayder yang mendengar panggilan lelaki itu tersentak. Aralyn tersentak kerana ini kali pertama dia mendengar orang memanggilnya dengan nama hadapannya itu. Manakala Hayder pula terkedu tatkala melihat senyuman lelaki itu. Sudah hampir beberapa tahun dia tidak melihat senyuman itu. Pandangannya dialihkan pula kepada adik perempuannya itu.
"Kenapa abang pandang adik macam tu?" Soal Aralyn yang hairan dengan pandangan abangnya itu.
Hayder hanya menggeleng perlahan. "Jom lah masuk. Aunty dengan uncle suruh masuk. Tetamu pun dah takde ni." Ajak Hayder lembut. Aralyn hanya mengangguk kepala sebelum mengikut langkah abangnya.
MATANYA ralit memandang gadis yang sedang rancak berbual itu.
"Weyh Hayder. Adik kau tu dah ada berpunya ke?" Soal Ariez membuatkan pandangan Riyyan beralih ke arah lelaki itu.
Hayder berkerut kening memandang rakannya itu. "Asal?" Soalnya kembali.
"Takde lah. Kau tak nampak ke mamat ni dari tadi asyik usha adik kau?" Kini semua mata memandang ke arah Riyyan.
Riyyan yang sedar akan pandangan rakan-rakannya itu hanya menayangkan wajah blur. Apa? Dia ada buat salah ke? "Asal pandang-pandang? Ada hutang?" Suaranya sengaja dibuat garang.
"Yang kau pandang Husna tak lepas dari tadi tu kenapa?" Soal Hilman pula.
"Lah! Dah aku ada mata aku pandang lah. Apa guna ada mata kalau tak guna." Jawab Riyyan ringkas.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romansa[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...