•RIYANARA | 44•

6.2K 338 18
                                    

PINTU  rumah itu dibuka perlahan. Mereka kemudiannya melangkah masuk ke dalam. "Malam ni aku masak tau. Kau turun lah makan eh." Arahnya memandang Aralyn.

Aralyn menggeleng kepala. "Saya tak nak makan." Balasnya dengan suara serak.

"No. Kau kena makan. Kau tu tak sihat lagi." Ujarnya tegas namun masih berlembut.

"Saya tak nak.. jangan paksa boleh tak? Hish!" Bentak gadis itu sebelum naik ke bilik.

Pintu bilik ditutup sebelum beg diletakkan di atas katil. Tudung ditanggalkan dari kepala. Riyyan menolak pintu itu perlahan. Dia sedikit terkedu setelah sekian lama tidak melihat gadis itu tidak berhijab. Riyyan berdehem kecil.

"Tak boleh sayang, kau kena makan jugak sikit." Ujarnya lembut.

Aralyn yang terkejut itu pantas mengambil tudung tadi dan menutup kepala. "Kenapa awak masuk tak ketuk pintu?" Soalnya tak puas hati.

"Lah! Aku pulak kena. Pintu ni yang tak tutup rapat. Lagipun, suka hati aku lah. Ni bilik isteri aku jugak. Kenapa tutup kepala tu? Bukannya berdosa pun kalau aku tengok." Anak mata Aralyn ditatap.

Aralyn menggigit bibir. Pandangannya dialihkan. "Awak nak apa ni? Cakap lah. Saya nak mandi pulak ni." Soal Aralyn menukar bicara.

"Hm okey fine. Tapi malam ni turun makan tau. Kalau tak aku naik bilik kau aku dukung kau turun eh sayang." Pesannya seraya mengenyit mata. Dia kemudiannya keluar dari bilik gadis itu.

Aralyn mengeluh perlahan. "Dari dulu suka paksa-paksa." Gumamnya perlahan. Tudung dibuang semula. Pintu dikunci terlebih dahulu sebelum mengambil tuala. Kaki menapak ke bilik air untuk membersihkan diri.

Riyyan mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak tomyam. Dia tahu itu makanan kegemaran Aralyn kerana makanan kegemaran mereka boleh dikatakan 90% sama. Siap masak dia masukkan tomyam itu ke dalam mangkuk dan dihidangkan di atas meja bar.

"Aralyn! Jom turun makan! Aku dah siap masak ni!" Laung lelaki itu dari bawah.

Aralyn yang mendengar menghela berat nafasnya. Telefon diletakkan di atas meja. Dia menyarung tudungnya kembali. Tidak lama kemudian, dia turun ke dapur.

Riyyan yang sedang menanti kehadiran gadis itu tersenyum gembira. "Yeay! Jom makan." Kerusi untuk Aralyn ditarik.

Aralyn hanya akur. Dia duduk di kerusi itu. Pinggan diambil untuk mengisi nasi. Belum sempat dia menyentuh senduk nasi itu, Riyyan terlebih dahulu mengambil pinggannya.

"Biar aku bubuh." Ujarnya seraya mencedok nasi dan lauk untuk isterinya itu. Pinggan dihulurkan semula pada Aralyn.

"Thank you." Ucap Aralyn sebaik sahaja menyambut huluran itu. Riyyan yang masih tersenyum nipis itu hanya mengangguk. Doa makan dibaca terlebih dahulu sebelum mereka mula makan.

"Sedap?" Soal Riyyan.

Aralyn mengangguk sekali. "Sedap, pandai awak masak." Jawab Aralyn ringkas.

Riyyan menayangkan muka bangganya. "Biasa ah!" Bangga lelaki itu.

Arslyn memutarkan bebola matanya. Nasinya dimakan sehingga habis. Dia melangkah ke sinki untuk membasuh pinggan. Riyyan yang sudah siap makan juga berlalu ke sinki. Pinggan diletakkan di dalam sinki sebelum dia membasuh tangan.

"Basuhkan untuk aku boleh, sayang?" Soalnya memandang Aralyn.

Aralyn hanya mengangguk. Pinggan Riyyan tadi turut disabun. Riyyan yang melihat tersenyum nipis. Pinggang gadis itu dipeluk dari belakang.

"Thanks, sayang." Ucapnya. Dagu diletakkan di atas bahu gadis itu.

Aralyn yang terkedu hampir melepaskan pinggan. Riyyan hanya melihat. Aralyn cuba untuk mengabaikan lelaki itu. Siap basuh pinggan, dia menutup paip air. "Qashah, s... Saya nak naik." Tutur gadis itu dalam keadaan gugup.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now