•IYANARA | 30•

7.2K 314 38
                                    

PINTU bilik itu ditolak perlahan. Aralyn dan Tengku Naura yang sedang berbual itu tersentak. Pandangan dihalakan ke pintu. Namun tidak lama, Aralyn mengalihkan pandangannya dari terus memandang lelaki itu.

"Ya, Qashah. Kenapa?" Soal Tengku Naura lembut.

Riyyan hanya menggosok tengkuknya. "Er... Tak ada apa mummy. Saja nak datang tengok Husna," jawab Riyyan lembut.

Aralyn mendiamkan diri sedari tadi.

"Mummy, apa kata malam ni Qashah yang jaga Husna?" Cadang Riyyan memandang ibunya itu.

"mummy okey je tapi kena tanya Husna lah. Husna okey ke?" Soal Tengku Naura lembut.

Mahu menolak nanti kasihan pula pada mertuanya hendak menjaga dia. Perlahan kepala mengangguk. "Husna okey je mummy. Mummy pergi lah tidur. Kesian daddy." Bicara gadis itu lembut.

"Betul ni?"

Aralyn hanya mengangguk perlahan.

"Okey lah kalau macam tu. Qashah jangan buat hal lagi eh, kalau tak mummy sendiri yang kelar awak dengan pisau tu." Ugut Tengku Naura seraya memandang tajam wajah anaknya itu.

"F... Faham mummy." Tutur Riyyan yang sedikit gerun dengan ibunya itu.

Mata tertancap pada wajah Aralyn pula. "Mummy keluar dulu eh, sayang. Bye, selamat malam." Dahi gadis itu dikucup lembut.

Tengku Naura melangkah keluar dari bilik itu. Riyyan menutup pintu lalu menguncinya. Aralyn tidak mengangkat langsung matanya dari memandang selimut dek kerana takut akan lelaki itu.

"Jangan risau, aku takkan marah or apa-apa kan kau. Ku tidur je, aku tidur sini." Ujar Riyyan bernada biasa.

Aralyn yang mendengar kata-kata lelaki itu hanya diam. "Thanks." Dia baring membelakangkan lelaki itu.

"Hmm... Tidur, jangan buat benda lain."

Mata cuba dipejam namun terasa berat. Dia menoleh ke belakang memandang lelaki itu. Dia berpaling sebaik sahaja meyakini bahawa lelaki itu telah lena. Wajah lelaki itu dipandang lama.

Sampai bila Iyan nak buat Ara macam ni? Bisik hati kecilnya. Airmata mengalir deras di pipi, namun pantas diseka lembut. Dia berpaling ke kiri semula membelakangkan suaminya itu. Gadis itu hanya mampu menangis tanpa sebarang suara. Tidak lama kemudian dia turut terkena bersama airmata.

Riyyan membuka matanya perlahan-lahan. Dia sebenarnya masih belum tidur sedari tadi kerana ingin menunggu gadis itu lena dahulu. Kakinya melangkah ke katil dan berdiri di hadapan lelaki itu. Wajah gadis itu yang masih basah dan mata yang semakin sembab membuatkan dia terkedu seketika.

"Aku... Aku nak sangat jadi orang yang ada dengan kau waktu kau sedih, waktu kau stress, waktu kau happy dan bila-bila je lah. Tapi aku mintak maaf, aku tak boleh. Maafkan aku dah berlaku kejam pada kau, maafkan aku sebab layan kau dengan teruk. Maafkan aku," tuturnya perlahan.

Dahi Aralyn dikucup lembut. Tangannya ingin sekali mengusap wajah lembut itu. Namun, dia membatalkan niatnya kerana tidak mahu gadis itu terjaga.

"Goodnight." Gumamnya sebelum membuka langkah ke sofa. Riyyan baring semula di atas sofa itu walaupun tengkuknya sakit dek kerana sofa itu tidak muat untuknya yang tinggi. Dia cuba memejamkan mata. Tidak menunggu lama dia turut terlelap.

Aralyn yang merasakan bahawa apa yang dilakukan lelaki itu tadi hanya mimpi, mengalir deras airmatanya. Alangkah indah kalau semua itu menjadi kenyataan dan bukan mimpi semata-mata.

Tepat jam dua pagi, Aralyn tersedar dek kerana rasa dahaga yang menerjah diri. Dia bangun dari baringnya dan mencapai botol air kecil miliknya. Air itu diteguk perlahan. Botol itu ditutup sebelum diletakkan di atas rak di sebelah katilnya semula. Dia menoleh ke kanan untuk melihat keadaan Riyyan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now