•RIYANARA | 38•

6.2K 343 20
                                    

LAUNGAN azan yang berkumandang dari masjid berdekatan menyedarkan Aralyn dari mimpinya. Mata dibuka perlahan. Tubuhnya seakan-akan terpaku apabila sedar bahawa dia sedang baring di dalam pelukan lelaki itu. Wajahnya dan Riyyan yang sangat rapat itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Pipi lelaki itu diusap lembut.

"Ara rindu nak macam ni dengan Iyan. Buat Ara rasa tenang. Tapi kita tak boleh." Tutur gadis itu dengan suara yang seakan-akan tidak mahu keluar.

Bibir menarik senyuman pahit. Airmata yang sudah bergenang itu sedaya upaya ditahan. Dahi lelaki itu dikucup lembut dan lama. Rambut lelaki itu diusap sebelum dia menolak tangan Riyyan yang berada di pinggangnya ke bawah. Dia melangkah turun dari katil. Tuala dan pakaian diambil seraya berlalu keluar dari bilik.

Riyyan yang telah sedar sedari tadi pantas membuka mata sebaik sahaja bunyi pintu tertutup menyapa telinga. "Iyan pun sama." Balasnya perlahan.

Dia memejamkan semula matanya. Tidak lama kemudian dia tersedar sesuatu. Matanya dicelik kembali. Dia guna panggilan 'Iyan, Ara'? Takkan dia dah ingat. Soalnya dalam hati.

Dia bangun dari katil dan melangkah ke tingkap. Pintu tingkap bilik itu dibuka. Pandangan dihalakan memandang luar. Rindu? Ara Iyan? Dia dah ingat atau... Matanya membulat memikirkan andaian dalam fikirannya.

Sedang dia berfikir, pintu biliknya terbuka. Muncul Aralyn yang baru masuk ke dalam bilik. "Awak pergi lah mandi, kejap lagi ramai pulak." Suruh Aralyn.

Riyyan yang mendengar suruhan itu pantas menoleh. "Aralyn, kau still tak ingat aku ke?" Soalnya tiba-tiba.

Aralyn yang mendengar soalan itu hanya berkerut kening. "Kenapa awak tanya macam tu?"

"Answer me."

"Ya, saya still tak ingat siapa awak." Jawab gadis itu ringkas.

Riyyan hanya mengangguk. Dia mengambil tuala dan keluar dari bilik itu. Aralyn yang melihat hanya menayangkan wajah blur. Dia kemudiannya turut keluar dari bilik. Sedang dia membuat air untuk dirinya, dia disapa seseorang.

"Hoi!"

Aralyn menoleh memandang wanita itu. Ketika itu hanya dia sahaja yang berada di dapur manakala yang lain memasak di bawah bangsal luar rumah. Senyuman nipis terlakar di bibir. "Nek Teh sihat?" Soalnya lembut.

"Huh! Tadi aku sihat. Nampak kau terus sakit. Sakit hati!" Jawab wanita itu dengan nada penuh kebencian.

Aralyn yang mendengar hanya terkedu. Nek Senah berasa tidak puas hati tatkala gadis itu mendiamkan diri, pantas dia mengangkat tangan menampar wajah Aralyn.

Lah! Nek jangan tiber sangat boleh tak? Halah halah halah.

"Nek, nek sakit. Nek jangan nek." Adu Aralyn sangat wanita itu memukul dirinya.

Riyyan yang baru menapak keluar dari bilik air membulat mata melihat wanita itu mengambil air yang sedang mendidih di atas dapur. "Aralyn!"

Dengan pantas dia berlari ke arah isterinya. Tubuh gadis itu didakap erat sebelum air panas tadi terkena belakang badannya. Matanya terpejam rapat menahan pedih itu. Bahu gadis itu dicengkam kuat tanpa sengaja.

Aralyn yang terkejut akan cengkaman itu membuka matanya. Dia terkedu melihat wajah lelaki itu bertukar merah seolah-olah menahan sakit. "Q... Qashah." Gumamnya perlahan.

Riyyan memandang gadis itu. "Kau okey?" Soalnya perlahan.

Aralyn mengangguk laju. Mereka yang tadinya di luar, turut masuk ke dalam rumah. Puan Hawa pantas melangkah ke arah anak menantunya.

"Mak Teh! Kenapa mak Teh buat anak menantu Hawa macam ni?" Soal puan Hawa tidak puas hati.

Aralyn dan Riyyan hanya memerhati.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now