•RIYANARA | 55•

3.6K 199 9
                                    

TELINGA Aralyn ditiup lembut mengejutkan gadis itu. "Yan! Terkejut Aya."

Riyyan yang melihat reaksi isterinya itu ketawa perlahan. Sikat rambut dihulurkan pada gadis itu. "Sikatkan." Pintanya bersama satu sengihan.

Aralyn tergelak perlahan. Huluran Riyyan disambut sebelum rambut lelaki itu disikat kemas. "Okey dah siap."

Sengihan Riyyan semakin melebar. "Betul ni Aya tak nak ikut?"

Aralyn mengangguk kepala.

"Tak takut?"

Gadis itu menggeleng. "Agak-agaklah nak takut, mummy kan ada." Jawab Aralyn sebelum ketawa perlahan.

Riyyan turut ketawa. "Yelah. Nanti apa-apa call Yan." Kepala gadis itu digosok perlahan.

Aralyn mengangguk. Tidak lama kemudian, Tengku Rayqarl, Tengku Naura dan Rhea turun ke bawah.

"Jom." Ajak Tengku Rayqarl.

Riyyan dan Rhea mengangguk perlahan. Rambutnya dibuat serabai membuatkan Aralyn membulat mata. "Mummy! Tengok tu!" Bibirnya dimuncungkan sambil memeluk lengan Tengku Naura.

"Kenapa?" Soal Tengku Naura sambil berkerut kening.

"Dia buat messy hair. Dia tak tahu ke dia nampak lagi handsome bila buat macam tu." Adu gadis itu.

Riyyan semakin galak ketawa. "Okey lah. Bye Aya, bye mummy." Pamit Riyyan sebelum keluar bersama daddy dan adiknya.

Tengku Naura ketawa mendengar ayat menantunya itu. "Kuat jealous eh menantu mummy ni." Usiknya.

"Mana ada jealous. Cemburu je sikit." Balasnya bersama sengihan.

Tengku Naura tersenyum lebar sambil menggelengkan kepala. "Macam-macam lah korang ni. Dah jom prepare." Ujar tengku Naura. Mereka memulakan apa yang dirancang.

KAKI menapak ke kereta. "Abang drive ke awak?" Wajah Rhea dipandang.

"Abang lah." Jawab gadis itu.

Riyyan mencebik. "Ingatkan dia yang nak drive." Pintu kereta dibuka untuk Tengku Rayqarl.

"Alah! Nanti balik adik drive lah. Bukak pintu untuk adik jugak." Pinta Rhea yang sedari tadi hanya memerhati.

"Mengada." Pintu di bahagian bapanya ditutup. Pintu untuk Rhea pula dibuka. Setelah menutup pintu adiknya, Riyyan memboloskan diri ke dalam kereta.

"Thank you abang." Ucap gadis itu.

"Nak pergi mana ni?" Soalnya seraya menarik tali pinggang keledar.

"Kedai komputer nak beli ink printer." Jawab Rhea lembut.

"Okey,"

Kereta itu kemudiannya keluar dari perkarangan rumah Tengku Rayqarl.

"Duit abang bagi semalam ada lagi?" Wajah Rhea dipandang dari cermin pandang belakang.

"Ada. Baru usik seratus dua. Ada lagi 800 lebih, cukup lah tu." Balasnya.

"Yelah. Daddy ada nak pergi mana-mana ke?" Soalnya.

Tengku Rayqarl menggeleng bersama senyuman. Mereka menuju ke kedai alat komputer. Kereta diberhentikan di tempatnya sebaik sahaja sampai.

"Daddy dengan abang kena turun jugak ke?" Soal Tengku Rayqarl.

Rhea mengangguk laju. "Haruslah! Kalau tak siapa nak jadi bodyguard adik." Jawabnya sambil tersengih.

Riyyan memutarkan bebola matanya seraya menapak turun dari kereta. Rayqarl turut keluar dari perut kereta.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now