•RIYANARA | 15•

5.1K 260 41
                                    

TELEKUNG disimpan di dalam almari. Punggung dilabuhkan di atas katil. Sekeliling bilik itu diperhatikan. Kosong. Hanya ada sebuah katil bersaiz queen, meja solek, sliding wardrobe dan meja lampu yang terletak di sebelah katil itu. Kaki melangkah keluar dari bilik.

Wajah Riyyan yang sedang duduk di sofa di ruang tamu menyapa pandangan. Dia melangkah ke arah lelaki itu. "Iyan, Ara nak minta izin nak keluar boleh?" Soalnya meminta izin.

"Pergi je lah." Jawab Riyyan dingin.

Senyuman terlakar di bibir. "Thank you." Ucap Aralyn sebelum masuk ke bilik untuk bersiap.

Usai bersiap, dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke pintu. Kereta dituju sebelum kaki melangkah masuk ke dalam. Telefon diambil dan nombor seseorang didail.

"Hello, assalamualaikum." Sapa suara di hujung talian sebaik sahaja menjawab panggilan itu.

"Waalaikumusalam. Eh Qis, kau busy ke?" Soal Aralyn lembut.

"Tak sangat. Kenapa?"

"Aku ingat nak ajak kau teman aku keluar. Nak tak?" Ajaknya.

"Sekarang ke?"

"Eh taklah. 50 tahun lagi. Sekarang lah nyah." Seloroh Aralyn sebelum ketawa perlahan.

"Haa okey, boleh. Tapi kau ambik aku lah." Ujar Qayra yang berada di hujung talian.

"Okey kalau macam tu lagi 15 minit aku sampai." Maklum Aralyn. Beberapa minit kemudian dia meletakkan panggilan. Tali pinggang keledar ditarik dan dipakai. Kereta Honda Accord berwarna lunar silver metallic itu kemudiannya brrgerk keluar dari perkarangan rumah suaminya.

Seperti yang diberitahu olehnya tadi, dia tiba di rumah sahabatnya itu dalam masa kurang dari lima belas minit. Dia menanti rakannya di depan rumah itu. Seketika kemudian, kelihatan satu susuk tubuh melangkah keluar dari rumah itu.

"Husna!" Tutur gadis itu sebelum masuk ke dalam. Tubuh gadis itu dipeluk sebaik sahaja pintu kereta ditutup.

Aralyn hanya ketawa kecil. "Tau lah rindu aku tapi behave sikit." Pelukan gadis itu dibalas.

"Giler tak rindu? Eh jap. Asal kau tiba-tiba ajak aku keluar? Mana abang Qashah?" Soalnya seraya memakai tali pinggang keledar.

Kereta itu kembali membelah jalan raya. Soalan yang diajukan oleh Qayra sedikit sebanyak menyentak hatinya. "Ada je cuma dia tak berapa sihat. Tu yang aku ajak kau." Senyuman manis dihadiahkan buat gadis itu.

"Ouh. So, kau nak beli apa ni?" Wajah Aralyn dipandang sekilas.

"Beli barang untuk bilik kitorang. Tapi barang aku je lah." Jawabnya lembut.

Qayra hanya mengangguk faham. Mereka menuju ke pusat membeli-belah yang tidak jauh dari tempat mereka. Kaki melangkah turun dari kereta. Troli diambil sebelum ditolak ke dalam bangunan itu.

Kedai yang menjual aksesori seperti rak dituju. Satu rak untuk menyangkut pakaian menarik pandangan. Rak itu terdapat tiga besi penyangkut dan bersaiz rendah. Sesuai untuk dia menyangkut telekung dan sejadah di situ. Kotak yang mempunyai gambar rak itu dicari. Dia menunduk ke bawah untuk mengambil rak itu yang masih berada di dalam kotak.

Qayra hanya memerhati. Kakinya melangkah pula ke arah ruang yang menjual wallpaper pelbagai corak. Corak geometri yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah diambil. Qayra turut mengambil kertas dinding yang bercorak lain. Usai membayar, mereka melangkah keluar dari kedai itu.

"Lepas ni kau nak pergi mana?" Soal Qayra seraya memandang rakannya itu.

"Aku ingat nak beli novel lah. Dah lama tak borong novel ni." Jawab Aralyn sebelum ketawa perlahan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now