MIMPI buruk yang menyapa lenanya membuatkan Hilman terbangun mengejut. Dadanya mulai berasa senak. Jantungnya berdegup laju. Walaupun dia tidur petang, namun mimpi kali ini bukan mimpi biasa. Elisha yang sedar akan kelakuan suaminya itu pantas melangkah ke sofa memandangkan lelaki itu tidur di ruang tamu.
"Awak, kenapa?" Soalnya hairan. Peluh yang merenek di wajahnya dilap lembut.
Hilman hanya menggeleng. "Naik atas siap sekarang." Arahnya sebelum melangkah ke dapur untuk membasuh muka. Elisha hanya menurut.
Hilman kemudiannya mencapai telefon pintarnya. Nombor Riyyan didail. Namun, apakan daya cubaannya tidak berjaya kerana lelaki itu telah menukar nombor. Elisha yang telah siap memakai tudung dan menukar baju turun ke bawah bersama beg dan barang keperluan Hilman. Mereka melangkah ke kereta bersama.
"Husband, kenapa ni? Ada mimpi apa-apa ke?" Soalnya memandang Hilman. Dia sudah arif tentang kelebihan suaminya yang akan mendapat mimpi dan berasa sakit di dada kalau ada sesuatu yang buruk akan berlaku kepada orang terdekat dan rapat dengannya.
Hilman hanya mengangguk. "Husband mimpi benda buruk jadi kat Una. Husband dah cuba call Qashah tapi nombor dia tak ada dalam perkhidmatan. Rasa macam dia tukar nombor."
"Habis tu sekarang nak buat apa?"
"Husband mintak Zayne tengok rekod panggilan Una. Mesti ada nombor Qashah." Cadangnya. Elisha hanya mengangguk. Dada suaminya diurut untuk mengurangkan sakit lelaki itu.
RIYYAN yang berasa tidak sedap hati bangun dari sofa yang terdapat dalam wad itu. Katil Tengku Naura dan Tengku Rayqarl didekati.
"Qashah nak keluar kejap. Nanti Qashah datang balik eh mummy, daddy. Adik jaga mummy dengan daddy elok-elok tau." Tangan ibu bapanya itu dikucup lembut.Wajah Rhea dipandang.
"Okey abang." Gadis itu tersengih tatkala bersalaman dengan Riyyan. Satu ciuman dilabuhkan di dahinya.
"Qashah pergi dulu, assalamualaikum," pamitnya. Serentak mereka menjawab salam.
Riyyan keluar dari hospital itu dan melangkah masuk ke dalam keretanya. Dia kemudiannya memandu menuju ke tempat Aralyn mengikut lokasi yang diberikan oleh pengawal peribadinya yang diminta untuk mengikut Aralyn. Sedang dia memandu, bunyi telefon bimbitnya menyentak lelaki itu. Dia kemudiannya menyambung panggilan itu menerusi skrin di hadapannya.
"Hello." Sapanya.
"Hello, Qashah?" Soal suara di hujung talian untuk mendapatkan kepastian.
"Haah."
"Aku nak cakap kalau kau tengah drive, better berhenti sekarang. Jangan lalu jalan tu. Bahaya." Pesan Hilman memberi amaran.
Riyyan sedikit terkedu. "Kau kat mana? Boleh ambik aku?" Soalnya.
Hilman mengangguk. Seketika dia menepuk dahi tatkala teringat bahawa lelaki itu tidak dapat melihatnya. "Boleh boleh. Tunggu situ. Aku dah nak sampai." Jawabnya sebelum panggilan itu dimatikan olehnya.
Riyyan segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menelefon orang bawahannya untuk membawa pulang keretanya. Dia duduk di dalam kereta itu sementara menanti Hilman. Tidak lama selepas itu sebuah kereta Hilman berhenti di hadapan keretanya. Selang beberapa saat sebuah lagi kereta milik pekerjanya diberhentikan di belakang keretanya.
Dia melangkah ke arah pengawal yang keluar dari tempat penumpang sebelah pemandu. Kunci keretanya diberikan kepada lelaki itu. "Thanks." Ucapnya kepada pengawal itu. Dia kemudiannya berpaling dan menapak ke kereta Hilman.
Hilman menambahkan lagi kelajuannya. Wajah Riyyan dipandang dari cermin pandang belakang. "Kau ada suruh orang kau ikut Una?" Soalnya.
Riyyan mengangguk kepala. "Ada."
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...