PINTU almari itu dibuka. Baju Riyyan di dalam almari itu diambil sebelum dia melangkah ke katil semula. Airmatanya bertakung menunggu masa untuk tumpah.
"Yan tahu tak Aya rindu Yan. Sangat-sangat. Yan kata tak nak seksa Aya. Habis tu kenapa buat macam ni. Yan cakap tak nak buat Aya sedih lagi. Tapi Aya tak boleh. Sekarang ni makin kerap bayang-bayang Yan muncul. Aya rindukan Yan. Baby kita pun rindu papa dia. Apa Aya nak buat?" Rintihnya seorang diri.
Airmatanya tidak mampu ditahan lagi. Dia menghidu baju itu sambil memejam mata. Tengku Naura yang kebetulannya lalu di bilik itu terpandang akan menantunya. Dia menapak masuk ke dalam.
"Una?" Sapanya lembut.
Aralyn menoleh memandang ibu mertuanya. "Mummy." Gumamnya.
Tengku Naura melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. "Una rindu Qashah?" Soalnya lembut.
Aralyn mengangguk kepala. "Dia tipu Una my. Dia kata dia tak nak Una sedih sebab dia. Tapi kenapa dia buat Una macam ni? Apa salah Una? Dia kata dia sayang Una dengan baby tapi kenapa dia tinggalkan kita?" Luahnya tersedu-sedan.
Tengku Naura terkedu. Pantas dia menarik tubuh itu masuk ke dalam dakapannya. Belakang gadis itu diusap lembut. Matanya dipejam rapat. Dia turut merindui anaknya itu.
Ibu mana yang tidak sedih bila dapat tahu anak yang dikandungkan, dilahirkan dan dijaga selama dua puluh tujuh tahun telah tiada. Malah, sehingga kini dia merasakan bahawa anak lelakinya itu masih hidup. Bukan dia hendak menidakkan takdir tapi entahlah. Dia sendiri tidak faham akan hatinya.
"Una, Una tak boleh macam ni sayang. Nanti kandungan Una terjejas. Lepas balik dari jalan-jalan semalam Una langsung tak makan. Kesian baby dalam tu lapar nanti. Kita makan eh? Mummy suapkan. Nak?"
Aralyn menggeleng. "Tak apa lah mummy, Una tak lapar." Tolaknya lembut.
"Mana boleh macam tu. Una makan lah eh? Mummy suap. Nanti Una sakit, baby sakit. Mummy tak nak menantu dengan cucu mummy sakit. Nanti tak seronok. Bulan depan Una dah nak bersalin kan?" Pujuk wanita itu lagi.
Aralyn yang melihat kesungguhan ibu mentuanya itu menghela nafas berat. Dia mengangguk tanda akur. Tengku Naura tersenyum manis.
"Jom kita turun,"
Tengku Naura memimpin gadis itu untuk keluar dari bilik. Aralyn hanya menurut. Baru sahaja mereka sampai di pintu bilik, tubuh Aralyn rebah menyembah lantai membuatkan mata Tengku Naura terbuntang.
"Ya Allah, Una! Adik! Abang! Tolong!" Kepala Aralyn dipangku di atas riba.
Tengku Rayqarl dan Rhea yang berada di dapur saling berbalas pandangan sebelum berlari mendapatkan Tengku Naura. "Mummy, kenapa ni?" Soal Rhea cemas.
"Kakak, dia tiba-tiba pengsan. Mummy baru nak ajak dia turun makan." Jawab wanita itu.
Rhea membantu Tengku Naura mengangkat Aralyn ke katil. Telefon dikeluarkan sebelum dia menelefon Nadine untuk merawat gadis itu. Pasangan itu memandang wajah menantu mereka dengan penuh rasa gusar di hati.
Lebih kurang lima belas minit berlalu, Nadine sampai di rumah agam itu. Kaki melangkah masuk ke dalam sebaik sahaja memberi salam. Bilik Riyyan yang menempatkan Aralyn dituju. Tidak membuang masa, dia mula memeriksa sahabatnya itu.
"Alhamdulillah tak ada apa yang serius pada Una dengan kandungan dia. Cuma dia kekurangan air dan vitamin. Kalau boleh mummy kena jugak paksa dia makan. Kalau tak nanti Nad terpaksa bawak dia pergi hospital dan tahan dia beberapa hari." Maklum Nadine lembut.
Tiga beranak itu hanya diam memandang sayu wajah Aralyn. "Terima kasih Nad." Ucap Tengku Naura lembut.
Nadine hanya tersenyum manis. "Sama-sama mummy. Tak ada apa lah. Tanggungjawab Nad sebagai doktor dan sahabat kan? Okey lah, Nad tak boleh lama. Nad pergi dulu nanti ada apa-apa bagitahu Nad okey?"
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...