SUSUK tubuh yang masih terbaring lesu di atas katil hospital itu dipandang sayu. Sudah seminggu lebih gadis itu terlantar di atas katil. Tangan gadis itu diusap lembut. Aya, bila Aya nak sedar? Yan rindu Aya. Bisiknya di dalam hati. Airmata mengalir lagi.
Ya, Dia yang sekarang boleh dikatakan terlalu rapuh. Kalau dulu ingin membuat Aralyn bersahabat dengan airmata. Kini, dia yang sering berteman airmata. Sakit yang dirasainya sekarang lebih perit dan pedih daripada apa yang pernah dia rasakan sewaktu kehilangan arwah tunangnya dahulu.
Mungkin kerana dia tidak sempat membahagiakan gadis itu. Mungkin kerana kini dia telah mencintai gadis itu. Sungguh dia kesal kerana terlalu ikut kata dendam. Namun apakan daya, sesalnya tiada guna. Cuma dia berharap bahawa dia masih diberi peluang untuk membahagiakan gadis itu.
"Qashah." Sapa Tengku Naura seraya menepuk bahu anak lelakinya itu.
Riyyan pantas berpaling memandang ibunya. "Mummy." Matanya diliarkan memandang sekeliling. Dia bangun untuk bersalaman dengan ibu bapanya dan ibu bapa isterinya yang turut berada di situ.
"Qashah, pergi lah makan dengan baba dengan daddy. Dari semalam Qashah tak makan. Nanti perut masuk angin. Pasal Husna tak apa. Biar umi dengan mummy jaga." Ujar Tengku Naura lembut.
"Tapi, Qashah nak tunggu Husna sedar. Qashah nak ada dengan dia." Balas Riyyan lemah.
"Pergi makan Qashah. Nanti sakit langsung tak boleh jaga Husna." Sampuk Tengku Rayqarl.
Riyyan yang mendengar suara bapanya itu mengeluh perlahan. Dia mengangguk sebelum memandang Aralyn. Kepala gadis itu diusap seperti biasa. "Aya, Yan turun makan kejap tau. Nanti Yan jaga Aya lagi." Bicaranya seraya mengucup tepi kepala gadis itu.
Itulah rutinnya setiap kali ingin berjauhan dari Aralyn. Walau ke tandas sekalipun, dia pasti akan buat begitu. Tidak lama kemudian, dia menapak mengikuti encik Haziq dan Tengku Rayqarl.
"Qashah, jangan lah risau. Baba percaya tak lama lagi Husna akan sedar. Kita cuma kena banyak doa untuk dia. Baba tahu anak baba kuat." Ujar encik Haziq sambil menepuk bahu menantunya itu.
Riyyan yang mendengar kata-kata bapa mertuanya itu berhenti melangkah. Dia berdiri di hadapan lelaki itu. "Baba, Qashah mintak maaf. Qashah pernah sakitkan Husna. Qashah seksa dia, layan dia macam sampah. Qashah dayus dengan dia. Qashah buat dia nangis. Qashah mungkir janji, Qashah tak jaga amanah yang baba bagi pada Qashah. Tapi percayalah baba, Qashah takkan buat macam tu lagi. Qashah sayang dan cintakan Husna. Qashah janji Qashah akan jaga dia baik-baik lepas ni. Qashah mintak maaf baba." Tangan tua lelaki itu dicium lama. Airmatanya jatuh setitis.
Encik Haziq dan Tengku Rayqarl tersenyum nipis. "Tak apa lah Qashah. Benda dah lepas, tak payah lah dikenang. Baba yakin Qashah boleh bahagiakan anak baba. Kita mulakan hidup baru, lupakan benda pahit yang jadi." Balas encik Haziq tenang.
Wajah Tengku Rayqarl pula dipandang. "Daddy, Qashah mintak maaf. Qashah hancurkan harapan dan kepercayaan daddy." Dia menundukkan badannya.
Tengku Rayqarl yang melihat pantas memeluk tubuh anaknya itu. "Daddy pun dah maafkan. Takpe lah. Jom pergi makan, nanti lambat makan lambat tengok Husna." Ajaknya.
Riyyan tersenyum nipis sebelum meneruskan langkahnya. Sampai sahaja di kafe hospital itu, mereka memesan makanan dan mula memenuhkan perut. Sedikit sebanyak, Tengku Rayqarl dan encik Haziq cuba memberi semangat pada lelaki itu.
Usai makan, mereka naik ke wad gadis itu semula. Mereka berbual untuk mengurangkan gundah di hati Riyyan. Menjelang waktu petang, dua pasangan itu meminta diri untuk pulang. Dia hanya memandang mereka hingga hilang dari pandangan.
Baru sahaja dia berura-ura untuk duduk, bunyi mesin pernafasan Aralyn menarik perhatiannya. Pantas dia memandang gadis itu. Dada Aralyn yang turun naik menunjukkan bahawa nafas gadis itu tidak teratur. Dia membulat mata.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...