•RIYANARA | 65•

3.3K 161 7
                                    

ARALYN memandang awan di langit. Fikirannya melayang mengingati kejadian dua bulan lepas. Kejadian di mana suaminya terjumpa pil yang langsung tidak pernah dia ambil. Tapi hairan, macam mana pil tu boleh ada dalam beg dia? Dah berusik banyak pulak tu.

Masa nak letak kit ujian kehamilan yang dibeli, setahunya pil tu tak ada lagi. Jadi maknanya pil tu ada lepas dia jumpa Hanin? Tapi kalau nak kata Hanin yang letak, bila masa? Gadis itu sentiasa meletakkan tangan di atas meja. Takkan dia ada tangan ketiga pula. Hairan bin ajaib.

"Darl, jauh termenung. Fikir siapa tu?" Tegur Riyyan mematikan lamunan Aralyn.

Aralyn memandang suaminya bersama senyuman. "Tak ada apa lah. Aya cuma terfikir macam mana pil yang dah luak tu boleh ada dalam beg Aya. Aya berani sumpah tu bukan Aya punya. Kalau Yan fikir logik pun kan kalau Aya beli sekali dengan test tu takkan Aya boleh makan tiga biji sekali gus. Betul tak?"

Riyyan yang mendengar turut memikirkan hal yang sama. "Haah. Okey Aya syak bila pil tu ada dalam beg Aya? Aya ada syak sesiapa tak?"

"Hmm... Aya rasa pil tu ada dalam beg tu masa Aya jumpa Hanin. Tapi kalau nak kata Hanin letak, tak mungkin. Sebab tangan dia setiap saat kat atas. Beg Aya pulak kat riba Aya. So, macam mana dia nak letak." Jawab Aralyn lembut.

Riyyan yang mendengar terkedu. "Masa tu ada apa-apa jadi tak? Orang yang mencurigakan ke? Ada tak?" Soalnya lagi.

Aralyn diam seketika. Dia cuba mengingati saat-saat dia ingin berjumpa dengan gadis itu. Tidak lama kemudian mukanya berkerut tatkala dia teringat akan sesuatu.

"Hmm... Aya tak tahu benda ni membantu ke tak. Tapi sebelum Aya jumpa Hanin tu, Aya ada terlanggar sorang ni. Tak silap Aya dia pekerja restoran tu sebab masa tu dia pakai pakaian waiter." Maklumnya.

Riyyan berkerut kening mendengar. "Terlanggar?" Aralyn mengangguk kepala. Dia menceritakan apa yang berlaku.

FLASHBACK

Aralyn yang baru masuk ke dalam restoran itu melilau mata mencari susuk tubuh yang ingin ditemuinya. Namun, tanpa sedar dia terlanggar seorang pekerja di situ menyebabkan beg yang tidak sempat dipakai sebetulnya terjatuh ke lantai.

"Cik, saya mintak maaf cik. Saya tak sengaja." Tutur pekerja perempuan itu. Beg Aralyn yang berada di atas lantai itu diambil seraya dihulurkan kepada tuannya.

Huluran itu disambut mesra oleh Aralyn. Gadis itu hanya tersenyum bersama gelengan. "Tak apa, sikit je." Balasnya.

Pekerja itu turut tersenyum sambil menundukkan badannya sedikit. "Terima kasih cik. Saya pergi dulu. Saya mintak maaf sekali lagi." Ujar gadis itu sebelum berlalu pergi.

END OF FLASHBACK

"Ha! Macam tu lah ceritanya. Tapi tak ada yang mencurigakan pun." Jelas Aralyn.

Riyyan yang mendengar sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia memikirkan sesuatu berdasarkan apa yang diceritakan isterinya tadi. Bagi Aralyn mungkin biasa. Tapi tidak bagi dia. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Tidak mahu menghiraukan hal itu, dia memeluk pinggang Aralyn dari tepi. Kepala gadis itu disembamkan ke dadanya.

"Tak apa lah darl. Benda dah lepas. Yang penting..."

Ayatnya sengaja digantungkan. Wajah Aralyn ditolak ke atas perlahan untuk memandangnya. Perut gadis itu diusap lembut.

"Dalam ni dah ada Riyyanara junior. Tak kisah lah siapapun yang letak pil tu dalam beg Aya, Yan percayakan Aya. Kalau betul pun ada orang letak, mesti ada orang lain yang suruh. Jadi, sekarang kita kena percaya dan setia antara satu sama lain." Pesannya lembut. Satu kucupan dilabuhkan di ubun-ubun si isteri.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now