•RIYANARA | 48•

5K 285 19
                                    

DIA bangun dari sofa. Perlahan-lahan kaki melangkah ke tangga. Belum sempat dia panjat anak tangga itu, tubuhnya terlebih dahulu dicempung Riyyan.

"Ya Allah, dia ni! Lain kali bagi lah tahu ini main angkat je." Ujarnya sambil tangan mengurut dada.

Riyyan yang melihat gadis itu terkejut tergelak kecil. "Hehehehe sorry," dia panjat tangga naik ke atas.

Aralyn senyum memandang Riyyan. Sampai sahaja di atas, tubuhnya diturunkan. Tangannya dipimpin ke bilik perlahan-lahan. Sampai sahaja dibilik, Riyyan melompat baring atas katil.

"Huwargh! Bestnya boleh tidur!" Soraknya gembira.

Aralyn yang melihat gelagat lelaki itu ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Dia menanggalkan getah rambut. Getah rambut itu diletakkan di atas rak di tepi katil sebelum dia membetulkan rambut. Tanpa sedar, perbuatannya membuatkan Riyyan terkedu. Halkumnya bergerak perlahan.

"Aya memang tidur lepaskan rambut ke?" Soalnya masih memandang gadis itu. Haih Riyyan kau ni angau ni.

Aralyn menoleh memandang lelaki itu sebelum mengangguk. "Haah, baru selesa. Kenapa?" Soalnya seraya duduk atas katil.

"Tak..tak ada apa-apa." Jawabnya. Riyyan dekatkan lagi jaraknya dengan Aralyn.

"Yelah." Jantung Aralyn makin berentak laju tatkala lelaki itu duduk di tepinya.

Riyyan tersenyum memandang gadis itu. "Aya cantik lah kalau tak ikat rambut macam ni." Pujinya.

Aralyn yang mendengar terkedu seketika. mukanya berubah merah. "Terima kasih." Ucapnya.

"Welcome, darl. Jom tidur nak tak Aya? Yan mengantuklah. Esok nak bangun subuh." Cadang Riyyan.

"Yelah." Aralyn baring mengadap siling yang bercorak itu.

Riyyan memandang gadis itu. "Aya betul ni okey tidur dengan Yan?" Soalnya.

"Betul."

Riyyan tersenyum. "Erk... Satu lagi soalan."

"Apa dia?"

"B... Bo... Boleh tak Yan nak peluk Aya? Ka... Kalau tak boleh tak apa." Soalnya lagi dengan sedikit gagap.

Aralyn sedikit terkedu sebelum dia turut tersenyum. "Boleh je."

Riyyan yang mendengar terus memeluk gadis itu. Mukanya disembam ke bahu Aralyn. "Thanks sweetie," gumam Riyyan perlahan.

Aralyn hanya mengangguk.

"Aya nak tahu something tak?"

"Apa dia?" Dia mengiring memandang lelaki itu.

Dia sembam muka di tengkuk Aralyn. "Yan sayanggg sangat Aya." Luahnya.

Aralyn yang terkejut tatkala lelaki itu menyembam muka di lehernya, terkejut. "A... Aya pun sayang Yan." Balas gadis itu sedikit gagap. Wajahnya memerah.

Namun, tidak lama kemudian Riyyan terlelap dalam keadaan begitu. Aralyn mengucup dahi lelaki itu yang terletak di lehernya. Selang beberapa minit dia juga turut terlena.

MENJELANG waktu subuh, Riyyan yang sedar terlebih dahulu berbanding Aralyn. Dia menggeliat kecil sebelum wajah gadis yang berada dalam dakapannya kini dipandang redup. rambut gadis itu dibelai lembut.

"Kalau lah dari dulu aku layan dia baik-baik, tak tuduh dia, tak dendam dengan dia. Mesti kita dah rapat macam pasangan lain kan," monolognya seorang diri.

Dia menggeleng kepala sebelum turun dari katil. Dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Usai membersihkan diri dan mengambil wuduk, dia mendekati gadis itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now