KENINGNYA berkerut tatkala mendengar sayup-sayup suara bising dari bawah. Lengan suaminya dicuit. "Abang. Abang dengar tak bunyi tu?" Soal Tengku Naura.
Tengku Rayqarl diam seketika untuk mendengar bunyi yang dikatakan oleh isterinya itu. "Haah lah. Kejap biar abang turun tengok." Tengku Rayqarl melangkah turun dari katil.
Tengku Naura yang melihat suaminya itu turut berdiri. "Nak ikut."
"Tak payah lah love, bahaya. Mana tahu perompak ke apa." Halangnya lembut sebelum melangkah ke pintu.
Wanita itu menggeleng perlahan. "Tak ada, tak ada. Kalau abang pergi sorang pun bahaya jugak." Bantahnya.
"Haa yelah, jom." Tangan isterinya digenggam erat. Perlahan-lahan dia melangkah keluar.
Baru sahaja mereka ingin menapak ke tangga, mereka bertembung dengan Rhea yang turut keluar dari bilik. "Eh mummy, daddy. Mummy dengan daddy pun dengar ke bunyi bising tu? Rhea baru ingat nak pergi check." Ujar gadis itu lembut.
"Eh bahaya lah kalau Rhea pergi sorang. Jom ikut mummy dengan daddy." Ajak Tengku Rayqarl.
Mereka bertiga menapak ke tangga. Sampai sahaja di tangga, mereka membulat mata tatkala melihat Aralyn sedang memegang pisau dan tidak jauh dari situ, ada Riyyan yang cuba menenangkan gadis itu.
"Allahuakbar!"
Tengku Naura menekup mulutnya dek kerana terkejut melihat kelakuan menantunya itu. Wajah suaminya dipandang.
"Abang, apa kita nak buat ni abang? Emosi Husna tak stabil sangat dah tu. Dia tak sedar tu apa dia buat." Ujar wanita itu cemas.
Tengku Rayqarl berfikir seketika sebelum dia menemui cara untuk menenangkan situasi di dapur itu. "Macam ni, macam ni. Abang dengan love pergi turun ikut tangga kecemasan kat dapur tu, nanti kita pergi belakang Husna slow slow dan abang akan cuba ambik pisau tu dari tangan Husna, lepastu love cepat-cepat peluk Husna, tenangkan dia. Boleh? Rhea pulak tunggu sini dulu. Nanti kalau tak reda jugak baru Rhea tolong. Okey?" Cadang Tengku Rayqarl seraya memandang wajah isteri dan anaknya itu.
Tengku Naura dan Rhea hanya mengangguk. Tidak menunggu lama, mereka memulakan rancangan itu. Kaki melangkah ke arah hujung tingkat itu untuk menuruni tangga kecemasan yang menghubungkan antara tingkat itu dengan dapur.
"Aralyn letak pisau tu Aralyn. Tolong jangan macam ni, sayang." Pujuk Riyyan sedari tadi. Tanpa sedar dia telah menggunakan panggilan itu dek kerana terlalu risau akan gadis itu.
Aralyn menggeleng kepala. "Saya takkan letak selagi awak tak buat apa saya mintak!" Bentaknya. Dadanya turun naik menahan rasa yang bercampur baur.
Tengku Rayqarl dan Tengku Naura yang baru tiba di dapur itu pantas melangkah ke arah Aralyn. "Love pergi cuba tenangkan dia dulu." Bisiknya perlahan seraya menundukkan badan di bawah meja bar itu.
Tengku Naura hanya menurut arahan suaminya. Tubuh Aralyn didekati. "Ya Allah Husna. Husna, kenapa sayang? Jangan macam ni, letak pisau tu. Bahaya." Tutur wanita lembut.
Aralyn terkedu mendengar suara ibu mertuanya itu. Dia pantas menoleh ke kiri. Tangan kirinya yang memegang pisau itu menggigil hebat. Baru sahaja dia hendak menjatuhkan tangannya, pisau itu terlebih dahulu dirampas oleh Tengku Rayqarl dari belakang membuatkan gadis itu terperanjat hebat. Tengku Naura segera berlari ke arah menantunya sebelum tubuh langsing itu didakap erat.
Aralyn jatuh terduduk di atas lantai dek kerana lututnya yang terasa lemah. Lengan wanita yang sedang memeluknya itu dipeluk erat. Esak tangisnya menjadi semakin kencang. Tengku Naura mengusap lembut belakang menantunya itu.
"Shh, sayang. Bawak mengucap. Istighfar, ingat Allah. Jangan terlalu ikutkan hati." Pujuk Tengku Naura lembut.
Kepalanya digosok perlahan. Dek kerana badannya yang masih lemah, ditambah pula dengan tangisannya yang tidak berhenti sedari tadi membuatkan gadis itu pengsan dalam dakapan Tengku Naura.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...