•RIYANARA | 12•

4.7K 211 0
                                    

KAKI melangkah ke ruang tamu bersama dulang di tangan. Dulang itu diletakkan di atas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu. Air di dalam jag itu dituangkan ke dalam cawan sebelum dihidangkan kepada Tengku Razeef dan Riyyan yang sedang berbual itu.

Tengku Razeef hanya tersenyum memandang cucu menantunya itu. "Terima kasih, Husna." Ucapnya lembut.

Aralyn turut membalas senyuman itu. "Sama-sama." Punggung dilabuhkan di sebelah Riyyan manakala Tengku Azlina melabuhkan punggung di sebelah Tengku Razeef.

"Qashah ada buli Husna tak?" Soal lelaki itu membuatkan Riyyan mencebik.

"Tokpa ingat Qashah ni apa nak buli isteri sendiri. Sampai hati tokpa." Ujarnya dengan suara merajuk.

"Mana lah tahu kan."

Aralyn hanya ketawa melihat gelagat datuk dan cucu itu. "Tak ada lah tokpa. Qashah baik sangat. Tokpa jangan risau lah." Jawab Aralyn lembut.

Mereka berbual dan bergelak ketawa sehingga petang melabuhkan tirai. Sempat mereka menunaikan solat asar, maghrib dan isya' bersama.

Jam ditilik sekilas. "Haa takpe lah tokpa, tokma. Kitorang balik dulu. Nanti kitorang datang lagi." Pamit Riyyan sebaik sahaja turun ke bawah.

"Yelah. Hati-hati bawak kereta tu. Baca doa dulu jangan lupa." Pesan Tengku Razeef.

Riyyan dan Aralyn mengangguk perlahan. Mereka kemudiannya bersalaman dengan pasangan itu sebelum melangkah ke kereta. Kereta dipandu keluar dari kawasan itu.

❦ ════ •⊰❂⊱• ════ ❦

IKATAN rambut dilepaskan sebelum tubuh dibaringkan di atas katil. Gadis itu hanya berbaring menghadap siling. Hendak menoleh ke kanan nanti kata berdosa belakangkan suami. Menoleh ke kiri, merah mukanya dek kerana malu nanti. Haih... Mana satu ni.

"Dah kenapa tu? Muka gelisah je dari tadi. Okey tak?" Tegur Riyyan yang baru keluar dari bilik air itu.

Aralyn yang terkejut dengan teguran itu kembali membuka mata. "T... takde apa-apa." Senyuman nipis terlakar di bibir.

Riyyan yang seolah-olah dapat membaca fikiran gadis itu turut tersenyum. "Takpe lah. Ara tidur je lah pusing sana. Iyan bagi ara masa sampai ara betul-betul selesa." Ujar lelaki itu.

"B... Betul ke?"

Wajah lelaki itu dipandang lama sehingga soalannya dibalas dengan anggukan. Senyuman manis diberikan buat suaminya.

"Terima kasih." Ucapnya sebelum memalingkan tubuhnya ke kiri serentak membelakangkan Riyyan. Matanya dipejam rapat bersedia untuk tidur.

Riyyan hanya memandang gadis itu bersama senyuman. Matanya turut ditutup.

Sedang mereka diulit mimpi, bunyi guruh di langit mengejutkan Aralyn dari lenanya. Mata yang terpejam segera dibuka. Bantal digenggam erat tatkala dentuman kembali menyapa gegendang telinga. Sememangnya dari kecil dia begitu fobia dengan bunyi guruh.

"Argh!" Gadis itu terjerit kecil tatkala mendengar bunyi guruh yang teramat kuat. Matanya dipejam rapat. Tubuhnya menggigil.

Riyyan yang mendengar jeritan itu terjaga dari lena. Matanya digosok perlahan. Bahu gadis itu dipegang lembut. "Ara, kenapa ni?"

Dengan rasa takut yang bersisa dalam diri, tubuhnya dipusing ke kanan dan tubuh sasa itu didakap erat. Nafasnya tidak teratur dek kerana begitu takut akan guruh. Riyyan yang seakan-akan memahami situasi gadis itu pantas membalas pelukannya.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now