•RIYANARA | 41•

6.2K 359 38
                                    

SEMINGGU telah berlalu. Selama itu jugalah Aralyn dan Riyyan semakin dingin antara satu sama lain. Sedang dia menonton televisyen, susuk tubuh lelaki itu menyapa pandangan.

"Awak nak pergi mana?" Soalnya hairan.

"Keluar." Jawabnya senada.

"Pergi mana?"

"Cari perempuan yang boleh ganti tempat kau."

Jawapan Riyyan membuatkan Aralyn terkesima. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Kepala mengangguk perlahan. "Nanti dah jumpa kahwin terus. Jangan buat maksiat pulak." Balas gadis itu tenang.

Riyyan yang mendengar terkedu. Niatnya hanya untuk melihat riak cemburu gadis itu namun dia terlupa satu perkara. Aralyn Husna di hadapannya sekarang tidak seperti dulu lagi. Dia melangkah keluar dari rumah tanpa menghiraukan gadis itu.

Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah. Sebuah restoran dituju. Tidak sampai 30 minit, dia tiba di destinasinya. Enjin dimatikan sebelum dia melangkah turun. Dia masuk ke dalam restoran itu.

"Assalamualaikum, sorry lambat." Sapanya sebelum duduk di hadapan seorang gadis.

Gadis di hadapannya itu hanya tersenyum. "Tak apa. Ni kenapa abang Qashah nak jumpa Nad?"

Riyyan memandang wajah gadis itu serius. "Abang nak tanya pasal Husna."

Nadine berkerut dahi. "Kenapa dengan Husna?"

"Dia memang betul-betul amnesia atau dia pura-pura?" Soalnya serius.

Nadine yang mendengar soalan itu terkedu. "Betul-betul lah." Jawabnya ringkas.

"Nad, abang Qashah tahu dia mesti ada bagitahu Nad, cerita kat Nad apa yang abang pernah buat kat dia dulu. Tapi tolonglah jujur dengan abang. Abang nak tebus balik salah abang. Please Nad." Kata Riyyan seakan-akan merayu.

Nadine yang kasihan melihat sepupu kepada suaminya itu mengeluh perlahan. "Abang Qashah janji abang Qashah takkan sakitkan hati dia lagi? Takkan seksa dia lagi?" Tanya gadis itu serius.

Riyyan mengangguk kepala. "Abang janji abang takkan sia-siakan dia lagi." Janji lelaki itu.

Nadine menceritakan perkara sebenar kepada Riyyan. Riyyan hanya mendengar dengan teliti.

"Abang jangan lah marahkan dia. Tanya dia elok-elok nanti."

Riyyan tersenyum nipis memandang gadis itu. "Thanks Nad." Ujarnya perlahan.

Nadine mengangguk kepala. "Nad doakan abang dengan dia cepat berbaik. Okey lah. Nad pergi dulu." Katanya sebelum bangun dari kerusi.

Riyyan hanya mengangguk. "Thanks again."

"Nothing much. Assalamualaikum." Pamit gadis itu seraya berlalu pergi.

Riyyan menjawab salam yang diberi. Tidak menunggu lama dia turut keluar dari restoran itu. Keretanya dipandu laju pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dia terus naik ke bilik tanpa menoleh memandang Aralyn.

Pintu dihempas. Rambutnya diramas kasar. "Kenapa kau tipu aku Aralyn!" Tempiknya.

Nafasnya menjadi kencang. Dia melangkah masuk ke bilik air. Tidak tahu apa perasaannya tika ini. Sedih? Gembira? Marah? Kecewa? Semuanya bercampur baur menjadi satu. Yang pasti dadanya sesak.

Pili air dibuka sebelum dia berdiri di bawah pancuran itu. Matanya terpejam rapat. Kau tahu kenapa dia buat macam tu, Riyyan. Semuanya sebab kau! Desis Riyyan dalam hati. Dia tersandar di dinding. Perlahan dia melorot jatuh ke lantai.

PERUT yang berbunyi minta diisi itu mengganggu kerja Aralyn. Dia pantas menutup laptop di ribanya. Laptop itu diletakkan di atas meja di hadapannya.
Dia bangun lalu menuju ke dapur. Bahan-bahan untuk memasak dikeluarkan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now