'Harith, jaga adik-adik untuk bonda ya'
Harith tersedar dari tidurnya...Alarm jam menjerit-jerit minta ditutup. Harith raup mukanya..Matanya masih terpejam, malas nak tutup alarm jamnya itu. Dah lama dia tak mimpi begitu.
Alarm ditutup menyedarkannya, dia buka mata memandang susuk tubuh lelaki di hadapannya.
"Hah,ingat meninggal dah. Alarm kau ni tak larat nak menjerit setiap 10 minit tau. Bingit tau tak," Mikhail membebel. Abang sulung mereka ni kalau tak kejut memang sampai kiamat tak bangun, Silap-silap bangun kat padang mahsyar pula.
"Apa kau nak?,"
"Bangunlah,dah pukul 9 pagi dah.
Mentang-mentang kau bos boleh nak masuk kerja lewat ya,"Mikhail tarik langsir beri cahaya dalam bilik itu. Harith berdengus keras dan bangun. Malasnya nak pergi kerja.
"Ada apa-apakah pagi ni?,"tanya Harith sambil raup rambutnya ke belakang.
"Our baby girl dah mula berdaftar hari ni,"Mikhail senyum.
"Oh,Ella dah masuk kelaskah?,"Harith lihat kelender.
"Baru daftar saja, masuk kelas 3 hari lepas tu,"
"Mangkuk-mangkuk yang lain?,"
"Mangkuk no 3 macam biasa dengan komputer dia, Mangkuk 4 masih di gym dia, mangkuk 5,6,7 ada di kolej dengan baby girl,"Mikhail selesai beri laporan pasal adik-beradik lain. Harith mengangguk. Dia turun dari katil dan mengeliat.
"Bersiaplah cepat, Ella buat bihun goreng sarapan ni. Kau sorang je dapat kerak bihun," Mikhail sengih, siapa bangun lambat tak ada rezekilah. Bukan tak tahu orang dalam rumah ni semua pelahap.
"Hm Nice, aku memang suka kerak bihun pun,"Harith berkata penuh sarkastik.
Mikhail beredar ingin keluar,dia berhenti sebentar..
"Oh lupa pula nak cakap...'Mereka' dah pulang,"Kata Mikhail lalu keluar.
Wajah Harith berubah beku, Dia tahu siapa 'Mereka' tu.
Kaki melangkah ke Almari baju serta membukanya. Baju-baju yang tergantung dalam almari itu ditolak ke tepi, Tangan meraba dinding rak itu..
Krekkk,dinding itu disliding ke tepi mempamerkan satu pintu rahsia di dalamnya.Kata laluan ditekan dan pintu terbuka.
Bilik disebalik Almari hanya mereka 7 beradik saja tahu, kecuali Adik perempuan mereka. Bilik yang menyimpan seribu satu rahsia. Harith lihat gambar-gambar di papan..Ada yang dipangkah merah ,ada yang ditulis nota.
Matanya lirik pada 3 gambar yang berada dekat itu. Mereka dah balik ya..Bibirnya mengukir senyuman sinis, Aura gelapnya terbias. Silap besar kalian pulang ke sini semula. Malang betul.
15 November 2021
*My Second Protective babies Story is up🤩 So Happy dapat banyak watak macam ni. I like Protective-sibling relationship .So annoying yet so caring.
(In real life hanya mampu berangan sajalah).
*Hope you enjoy and don't forget to vote⭐⭐⭐⭐⭐
================================
WATAK-WATAKTengku Amir Harith
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...