Bab 13

69 6 3
                                    

Seusai solat subuh, Ariella duduk sebentar di tikar sejadah. Hari ni cuti, dia nak buat apa ya?. Nak masak abang-abangnya tak bagi kononnya dia cedera, padahal cedera ringan saja. Nak keluar memang taklah. Dia mengeluh. Nak buat apa hari ni ya?.

Ariella bangun dan lipat telekung dan sejadahnya. Baru pukul 7 pagi...Dia capai phone dan skrol medson.

Rakan-rakannya ada post gambar masing-masing. Darina dengan boyfriendnya, Darissa dengan OOTDnya, Elexa kadang buat story saja. Dia pula?.

Ariella mengeluh, ada pun gambar kucing dan permandangan yang dia tangkap. Tiada langsung gambar dia nak OOTDkah. Abang-abangnya tak bagi langsung dia post gambarnya di Instagram atau Medson lain. Post sekejap saja lepas tu padam balik.

'Ini untuk keselamatan kamu Ariella, Jangan post gambar kamu di mana-mana lama sosial pun. Kita tak tahu manusia zaman sekarang ni, macam-macam mereka boleh buat dengan gambar kita,'

Itu apa yang Abang Harith cakaplah, Dia akur sajalah kerana ada kebenarannya juga kata-kata abangnya itu..Banyak kes stalker anak-anak gadis zaman sekarang sebab post gambar saja. Seram pula dengar.

Ariella mengeluh dan baring ke katil, waktu begini dia sambung tidur ni. Tapi entah kenapa dia tak rasa mengantuk pula. Ariella lihat jamnya.  Ah, dari duduk saja baik dia pergi mandi, segar sikit tubuhnya. Ariella bangun terus capai tualanya.

*
*

Zafel hirup kopinya sambil menonton TV, Tak banyak siaran yang menyeronokkan pagi ni. Hujung minggu jadi dia tak perlu ke Kolej, Sekali sekala rehatkan diri tiada masalahkan. Tak nak pegang laptop atau pen atau kerja assignment para pelajar pun.

Asyraf turut di sofa menatap Ipadnya. Entah apa yang dia buat pun tak tahulah. Mikhail turun ke bawah, tangannya ligat mengikat tali leher.

"Kau tak pergi kerjakah?,"tanya Mikhail.

"Hujung minggu ni kau suruh pergi kerja apajadahnya?. Bagilah orang rehat juga sekali sekala,"Zafel cebik.

Mikhail senyum saja.

"Mana si kembar nakal tu?,"tanya Mikhail.

"Tak tahu, dah masuk alam barzakh agaknya,"Zafel tukar siaran, Astro pun tak ada siaran seronok sikitkah?.

"Hm, samalah yang sulung tu pun..Eloklah, suruh malaikat maut kejut dia terus. Penat aku asyik jadi alarm saja, dahlah kerja di pejabat tu pun tolak kat aku," Mikhail membebel.

Abang sulung mereka susah betul bangun pagi. Kalau tak kejut tu mau petang ni baru bangun. Zafel mengeleng saja.

Berita pagi dibuka..Berita tentang letupan kereta di kawasan perumahan terpapar.

     'Kereta jenis BMW berwarna putih dipercayai meletup di kawasan perumahan Seri Damai House pada pukul 2.30 pagi semalam. Menurut pemilik kereta tersebut En Norman Aziz,35  Dia terjaga dari tidurnya bila dengar letupan kuat itu hingga memecahkan cermin rumahnya.

      Isteri beliau segera menelefon Bomba bila lihat kebakaran di kawasan rumah mereka yang berpunca oleh letupan kereta itu. Tiada kemalangan jiwa berlaku, pihak bomba masih mengenalpasti punca kebakaran itu,'

Zafel jungkit tepi bibirnya sedikit, Dia hirup kopinya. Mikhail turut lihat berita itu dengan senyuman sinis.

"Mesti frustkan?, Kereta baru pakai sebulan dah meletup, dahlah bayar tak habis lagi,"Kata Asyraf sambil makan keropok cheezel di sisinya.

"Biarkan, biasa dia siapa suruh buat begitu pada Princess kita. Tanggunglah sendiri,"Zafel senyum.

Ariella turun ke bawah perlahan, Dia jenguk ke ruang tamu..abang-abangnya di situ.

"Selamat pagi,"Suara Ariella menyapa. 3 lelaki itu menoleh.

"Morning Princess, awal kamu bangun,"Pelik selalunya hujung minggu ni Ariella akan bangun lambat.

"Ella tak boleh tidur dah, sebab tu bangun awal,"Ariella senyum.

"Bagaimana lutut kamu?,"tanya Zafel.

"Okay saja bang,"Ariella senyum.

Iskandar muncul dari dapur.

"Ella, kenapa turun?, kamu cedera tu,"

"Alah Ella cedera sikit je, bukan patah pun kaki ni. Ella masih boleh jalanlah,"

"Betul ni?,"Iskandar tak percaya.

"Betul Abang Is, jangan risaulah,"
Ariella senyum.
Haih, Rimas juga kadang kala dengan sikap terlebih prihatin abang-abangnya itu.

"Wei, kau dah siapkah?.Aku lapar ni,"Kata Asyraf.

Iskandar toleh pada abangnya, dia perasan pek keropok di sisi Asyraf.

"Kau buang dulu keropok tu, kalau tak aku tak bagi kau makan,"

"Hah?, kau dah kenapa?,"Asyraf berkerut, dia makan keropok je pun!.

"Pagi-pagi dah makan makanan tak berkhasiat, macam mana kau nak sihat?, Orang sarapan patut makan roti atau bijirin. Kau dengan perut kosong makan junk food dulu!,"Iskandar membebel.

Asyraf diam saja, Zafel berdehem sedikit hirup kopinya..sebelah tangan perlahan tarik bantal di sisi menutup pek kuaci tong garden yang dia makan sedari tadi. Tak nak kena bebel juga.

Dengar keriuhan di atas buatkan semua mendongak. Dua kembar nakal tu sudah bangun.

"Abang Mika!, Abang Long kita dah meninggal!, Afnan hempuk dengan bantal tadi!,"Aariz mengadu.

"Dah dia tak nak bangun, aku hempuklah dengan bantal..tak tahu pula dia nak meninggal!,"Afnan turut lari turun.

"Hm eloklah, tengahari ni kita pergi tanam terus,"Mikhail beredar ke dapur.

"AARIZ!, AFNAN!!,"Tempikan Abang Long mereka bergema seluruh rumah. Ketawa sakan dua kembar itu.

Ariella senyum saja, beginilah kehidupan hujung minggu. Kalau tak riuh rumah sehari memang tak sah.

31/3/2022

-Last update tuk ujung bulan Mac, Gonna be busy after this. Wish me luck😁
-⭐⭐⭐⭐⭐

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now