Ariella tiba di bangunan Baiduri, Dia toleh sekeliling. Mana dia?, Ariella tunduk lihat nota itu. Nota yang dia dapat berbeza dari nota sebelum ni.
-3 jam sebelumnya-
"Girls, jom ke kafe," ajak Darina.
"Sebentar, saya nak betulkan rambut sebentar," Ariella kais-kais rambutnya yang serabai itu. Time-time ni dia terlupa bawa sikat rambut pula.
"Dah comel dah tu, tak payah comel sangat. Jenuh abang-abang kamu nak kepung,"kata Darina.
"Ish saya bukan nak bagi comel, Rambut saya dah serabai dan saya tak bawa sikat,"Ariella mengeluh.
"Nah pinjam sikat saya,"Elexa serahkan sikatnya pada Ariella.
"Thanks bestie, kamu memang penyelamat,"Ariella senyum, dia sikat rambutnya.
"Masuk tandaslah Ell, takkan nak sikat tengah jalan ni,"
Ariella sengih dan masuk ke dalam tandas yang berdekatan mereka.
Rambutnya dirapikan dan diikat sedikit. Dia pakai sedikit lipgloss untuk serikan wajah. Seorang pelajar masuk ke dalam tandas. Dia berdiri di sebelah Ariella menghadap cermin.
"Ariella Rose?,"Pelajar itu bersuara. Ariella toleh.
"Ya?,"Ariella pelik, macam mana pelajar ni tahu namanya?.Pelajar itu letak sesuatu di singki, Kemudian dia beredar tanpa suara. Aikk, macam tu je?.
Ariella lihat benda itu, tersentak dia bila lihat botol yang dia kenali. King Bee?!. Ariella pantas ambil botol itu. Dia keluarkan nota di dalam dan bukanya.
'Bangunan Baiduri 5.00, Meet me there,'
Ariella terkaku..Meet?. Lelaki ni nak jumpa diakah?!. Jantung Ariella berdengup kencang. Jumpa di bangunan Baiduri. Patutkah dia pergi?, Kenapa tiba-tiba lelaki ni ajak jumpa?.
Ariella lihat jamnya..dah pukul 2, dia nak jumpa waktu balikkah? Ariella diam, patutkah dia pergi?.
"Ella, kamu buat apa lama sangat?, Saya dah lapar ni,"Suara Darina mengejutkannya, Ariella pantas sembunyikan kertas itu.
"Maaf!,"Ariella keluar. Dia cuba tenangkan jantungnya yang berdengup kencang.
Setiap 10 minit dia lihat jam, fikir sama ada ingin pergi atau tidak. Akhirnya dia tiba juga di bangunan Baiduri itu bersendirian.
Ariella lihat sekeliling..Sunyi saja tempat itu sebab bangunan ini hanya guna waktu ada majlis atau presentation saja. Gugup Ariella rasa.
Cari nahaslah kamu ni Ariella, Entah-entah scam saja nanti. Lelaki tu sengaja perangkap kamu tak pasal je. Dia berkira ingin turun kembali.
"Kamu datang,"Suara seseorang mengejutkannya. Ariella toleh.
"Saya sangka kamu takkan datang,"Seorang lelaki keluar dari sebalik dinding.
Ariella tersentak, Lelaki itu begitu kacak dan segak. Tetapi yang menarik perhatiannya ialah mata grey lelaki itu. Dah 2 kali dia lihat mata grey itu.
"Kamu...lelaki di mesin air tukan?,"Ariella ingat lelaki itu. Dia saja lelaki bermata grey yang dia pernah lihat di kolej ini.
"I'm so glad you remember me,"Lelaki itu senyum.
"Kamukah yang bagi semua nota tu?, Kamu King Bee tukah?,"tanya Ariella sambil tunjuk botol kecil itu.
"Ya, sayalah tu. Lebah,"Lelaki itu mengaku. Ariella diam.
"Siapa kamu ni?, Dan kenapa kamu beri nota ni pada saya?,"Ariella ingin tahu, Apa motif lelaki ni?. Lelaki itu senyum."Nama saya Shafiq..Shafiq Al-Nahl. Saya pelajar semester 5,"Shafiq perkenalkan diri.
Ariella diam..Shafiq Al-Nahl. Senior dia rupanya, sebaya Abang Aariz dan Abang Afnan agaknya.
"Dan kenapa saya beri nota-nota tu pada kamu?..Obviously cause I like you,"Shafiq senyum. Ariella terkedu..hah?!.
"L-like?..Like macam mana?,"
"Like..Suka..Saya suka kamu Ariella Rose,"Shafiq senyum. Wajah Ariella terus merah.
"Ke-kenapa kamu boleh cakap begitu pula?, Dan bagaimana kamu tahu nama saya?,"Ariella malu teramat.
"Saya ada kabel, Adalah yang bagitahu nama kamu. Tapi bukan susah pun nak tahu nama kamu. Kamu saja nama Ariella dalam kolej ni. Adik kepada En Zafel dan gadis cantik bermata menawan,"Shafiq senyum.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...