Ariella ber outing bersama abang-abangnya. Bila lagi nak keluar satu Family. Kebetulan abang-abangnya semua free.
Mid Valley jadi destinasi mereka. Hujung minggu ni boleh tahan ramai jugalah orang bershopping dan berfood-hunting. Tambahan pula bulan ni musim pelancong datang malaysia, kiri kanan penuh pelancong dari luar negara.
"Ahh, hensemnya mak salih tu!. Jawline dia timbul,"Ariella teruja lihat Pelancong lelaki eropah itu. Time nilah boleh cuci mata pun.
"Jaga pandangan. Ingat elok perempuan ushar lelaki lain,"Asyraf tutup mata adiknya.Mereka duduk di luar butik pakaian, Menunggu Harith, Mikhail dan Zafel mencuba Kot kerja yang baru. Malas nak masuk sekali jadi mereka duduk di luar.
"Alahh Abang Asy, Bagilah chance..Tak sportinglah,"Ariella cebik. Kalau dengan rakan-rakannya memang sampai balik mereka mencuci mata.
"Tak payah mengatal sangat, Tak elok tahu buat begitu. Kamu tu perempuan,"
"Kalau lelaki boleh buat takkan perempuan tak boleh?,"Ariella cemik.
"Jangan bandingkan lelaki dah perempuanlah. Ingat lelaki akan ushar wajah sajakah?. Tu salah satu contoh,"Asyraf juih pada si kembar itu.
"C,"kata Aariz.
"Takkan C besar tu, Aku rasa D,"kata Afnan pula.
"Kau tengok yang mana?, Aku cakap yang baju hijau tu C,"Aariz berkerut.
"Ohh, Aku ingat kau refer minah pakai shortpant tu,"Afnan sengih.Masing-masing sibuk mengukur tubuh minah-minah salih yang seksi itu. Ariella terkelip, terus dia rasa malu.
"Abang Riz! Abang Nan!, Tak eloklah tengok tubuh perempuan,"Ariella marah. Toleh si kembar itu.
"Kacaulah kamu ni Ell,"Afnan kembali melihat minah salih itu.
"Sudah, jangan mengatal kalian," Iskandar cekup kepala Aariz dan Afnan supaya tunduk.
"Sakit!, Kau ni tak boleh tengok orang senanglah,"Afnan geram bila diganggu.Ariella mengeluh saja, dia toleh pada Lelaki eropah tadi. Kebetulan lelaki itu memandangnya, senyuman diberi. Mak aih machonya. Ariella turut senyum membalas.
"Ni lagi sorang, Abang cakap apa tadi?,"Asyraf tutup mata Ariella kembali.
"Abangg,"Ariella cebik.Harith ,Mikhail dan Zafel keluar dari butik itu.
"Kenapa?,"Harith lihat Asyraf menutup mata Ariella.
"Dia duk ushar mat salih tu,"Asyraf juih pada mat salih yang kacak itu.
"Ushar sikit je,"kata Ariella.
"Sikit apa siap bersenyum bagai,"
"Dia senyum takkan Ella tak balas?, Nanti dia kata orang malaysia sombong pula,"Ariella alih tangan itu dari matanya.
"Biar dicop sombong dari orang lihat sebagai perempuan gedik, kamu nak begitu?,"Kata Iskandar pula.Ariella diam, dia muncung saja bila kena marah. Inilah masalah keluar dengan abang-abang, semua tak boleh.
"Dah, jom pergi,"Harith hentikan perbalahan itu. Mereka jalan ke tempat lain pula.
Ariella berselisih dengan lelaki eropah yang dia asyik perhati itu. Lihat dari dekat memang terserlah jawline tajam itu. Ini kalau Darina lihat ni memang terliur dia rasa. Ariella angkat tangan melambai lelaki itu dengan senyuman.
"Ariella Rose!,"Serentak suara abang-abangnya menghalang.
"Hahhh, tak boleh!. Lelaki tu hensem sangat!. Jawline dia ahhh macam pelakon Henry cavill tu,"Ariella tekup kedua pipinya teruja.
"Masalah betul adik perempun sorang ni,"Afnan mengeleng.
"Jom Shopping, Kamu nak beli bajukan?, Abang belanja,"Harith peluk bahu Ariella. Ariella toleh..belanja?!
"Nak 5 helai,"Ariella teruja.
"10 abang belikan untuk kamu,"
"Ahhhh, Thanks abang!, Jom pergi,"Ariella teruja dapat pakaian baru.
"Alah kena tunggu dia shopping pulak,"Afnan mengeluh. Perempuan kalau shopping confirm lama.
"Biarlah, dari dia ushar jantan lain, ikut sajalah dia. Bukan selalu pun kita dapat keluar bersama begini,"Kata Harith. Afnan mengeluh..yelah.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...