Ariella keluar dari biliknya, Hari ni Abang Iskandar buat sarapan,
bolehlah dia bangun lewat sikit. Hari cuti sajalah nak bangun lewat pun. Nasib Abang-abangnya jenis tak kisah anak dara bangun lewat."Eh, Abang Harith..Selamat pagi,"Ariella senyum bila lihat Abang sulung turut keluar dari bilik.
"Selamat pagi sayang Abang, Baru bangun ya?,"Tahu dah perangai adik bongsunya yang akan bangun lewat setiap kali cuti, tak kira hujung minggu atau cuti peristiwa..Ikut perangai dialah ni.
"Ya, tapi Ell dah mandi. Boleh hantar abang pergi kerja,"Ariella sengih.
"Yelah, Jom kita turun,"Harith mengusap kepala adiknya.
Ariella turun bersama Harith, di bawah riuh dengan suara abang-abang yang lain..Suara si kembar tulah yang paling riuh pun.
"Aku punyalah tu!,"Afnan geram.
"Kau dah ambil dah, sudahlah..jangan tamak haloba sangat,"Aariz melawan.
Bergaduh apa pula dua orang ni?.
"Abang Riz,Abang Nan kenapa ni?,"Ariella pelik.
"Oh Selamat pagi Bunny,awal bangun. Selalu pukul 12 baru bangun,"Aariz senyum menyapa.
"Ni pun dah lewatlah, pukul 10 dah..Kenapa Abang Riz dan Abang Nan bergaduh?,"
"Dia ni ambil meatball Abang Riz,"
"Tu meatball akulah!,"
"Tak payah nak kelentonglah, kau dah makan 5 biji tau tak,"Aariz ketuk kepala Afnan. Afnan berdengus geram.
"Hey sudahlah, pasal meatball pun nak bergaduh macam budak-budak!,"Zafel jengkel dengan perangai si kembar itu.
"Duduklah Sayang, jangan hiraukan perangai dua ekor ni,"Harith tarik tangan adik perempuannya duduk di sebelah. Ariella pandang abang-abang kembarnya resah..dia tak suka bila ada pergaduhan antara adik-beradik ni. Tak suka abang-abangnya bermasam muka.
"Abang Nan, Nah ambillah meatball Ella,"
"Tak payah Ell, Jangan bagi dia makan banyak, nanti jadi lembu,"
"Hampeh berani kau panggil aku lembu!,"Afnan tendang kaki Aariz. Aariz membalas tendangan itu. Saling berlawan kaki bawah meja pula.
"Makan saja Princess, Jangan layan dua ekor tu,"Asyraf gigit roti sandwich tuna itu. Beginilah jika Owner gym buat sarapan..semua berkhasiat walafiat.
"Hari ni ada apa-apakah?,"Harith bertanya pada Mikhail.
"Ada meeting mingguan,lepas tu jumpa klien, lepas tu kita kena ke site,lepas tu-,"
"Jangan cakap pasal kerja di meja makanlah,"Asyraf rimas bila dengar tentang kerja.
"Diamlah Nerd,"Mikhail jeling tajam pada Asyraf. Asyraf berdengus saja.
"Sudah,jangan bergaduh depan rezeki. Aariz, Afnan jika kalian tak berhenti jangan harap kalian dapat makan malam ni,"Harith mula bertegas. Terdiam si kembar yang masih bergaduh itu..Mereka duduk diam semula dan makan dengan sopan.
***********
"Abang~,"Ariella senyum memandang abang sulungnya yang tengah bersiap untuk ke pejabat."Kenapa sayang?,"Harith betulkan tali lehernya. Walaupun malas tetapi dia tetap kena pergi.
"Tak ada apa, Abang nampak kacak sangat hari ni. Ella sukalah,"Ariella memuji, semua abang-abangnya kacak tak dinafikan.
"Kamu nak apa ni?, bagitahu jelah sayang,"Dah terbiasa dengan pujian adik kecilnya ni, mesti dia nak minta sesuatu. Ariella senyum sedikit.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...