Eve Trading, Harith masuk ke dalam bikiknya selepas selesai meeting. Dia labuh punggung di sofa penat teramat. Lepas satu-satu masalah. Mikhail masuk ke dalam bilik itu.
"Apa jadi?,"
"Apa dia?,"Harith toleh malas.
"Site kita di Shah Alam ada masalah?, Selama ni tak pernah ada apa-apa masalah, Aku check semua lengkap. Kenapa tiba-tiba Klien report ada masalah?,"Mikhail ingin tahu. Harith mengeluh saja.
"Sebab tanah di situ tak strategik, Memang akan ada masalah jika nak bina bangunan di tanah begitu,"
"Habis tu kenapa kita setuju nak bina juga?, Ikut saja kata-kata klien tu?,"Mikhail berkerut. Mentanglah dia klien suka hati saja nak mengarah orang.
"Dah dia klien mestilah kita kena ikut arahan dia. Dia nak bina bangunan di situ kita ikut saja arahannya. Dia bayar kita,"
"Lepas tu kalau jadi apa-apa siapa nak tanggung?, Boleh jadi runtuhan tahu tak jika diteruskan,"Kata Mikhail. Harith senyum.
"Itu bukan tanggungjawab kita lagi, Dalam surat persetujuan pun dah tulis Eve Trading takkan bertanggungjawab atas sebarang kecelakaan yang berlaku sepanjang pembinaan itu. Klien tandatangan tanpa membacanya jadi jika dia nak saman kita dia takkan menang sebab surat tandatangan dia ada,"Mikhail diam, dia duduk di hadapan Harith.
"Kita bantu dia sekali Rith, Kalau ada orang mati dalan runtuhan tu macam mana?, Aku tak nak terlibat kes bunuh."
"Tak nak terlibat?. Hey, tangan kau tu dah bunuh 2 orang dah tahu tak,"Harith ingatkan. Mikhail diam.
"Pembetulan, Aku TAK NAK bunuh orang yang tak terlibat dalam masalah kita,"Mikhail berkata lagi. Harith senyum saja.
"Jangan risau, Aku akan pastikan tiada kemalangan jiwa akan berlaku. InsyaAllah,"Mikhail mengangguk saja, Dia sandar menatap Ipadnya.
"Lelaki tu tak bertindak lagi?,"Harith bertanya semula.
"Tak, Aku tak tahu apa yang dia buat. Dah lebih sebulan ni,"Kata Mikhail. Harith diam.
"Inspektor tu pun tak kacau kau lagikah?,"Harith senyum sedikit, Kalau kacau pun apa Inspektor tu boleh buat?, Kes dah sebulan berlalu. Orang yang dia upah pun sudah bebas. Bebas dari polis sajalah. Sekarang orang itu pun sudah lepak underground demi hapuskan bukti. (Kerja Mikhail)
"Jangan leka Mika, Lelaki tu tak bertindak tak bermakna dia tak memerhati. Inspektor tu pun sama. Aku takut dia guna cara lain untuk perhati Ariella,"
Dia kenal Inspektor itu, Banyak cara dia boleh buat untuk tangkap mereka adik-beradik. Seringkali dia pesan pada yang lain agar berhati-hati.
*
*Ariella tatap botol kecil itu, Tulis apa pula kali ni?. Dia toleh sekeliling. Tiada siapa di situ tetapi bagaimana botol ni boleh berada dalam begnya?.
Dia buka dan keluarkan gulungan kertas itu. Dia baca tulisan di kertas itu.
'An attractive Flower make a Bee goes dizzzyy,'
'King Bee'Ariella ketawa sedikit dengan ayat itu, Terhibur dia rasa. King Bee..Dah hampir sebulan dia dapat nota begini.
Kadang 3 hari sekali baru dapat.
Cuma sampai sekarang dia tak tahu siapa bagi nota ni.Ariella masukkan kertas itu kembali dalam botol. Setiap botol yang dia terima akan disimpan rapi dalam beg mekapnya. Situ saja tempat yang abang-abangnya takkan cari. Setakat ni dah 20 botol ucapan yang dia dapat.
"Siapa yang nak mengurat saya ni?,"Ariella berkata perlahan.
Memang pelik cara ni.Ariella mengeleng, Tak dia tak boleh fikir begitu, mungkin orang ni nak beri semangat..Cukuplah 6 orang lelaki yang pernah mendampinginya menghilang begitu saja. Dia tak nak kecewa lagi. Ariella beredar dari situ.
Tanpa dia sedari, seseorang tengah memerhatinya. Senyuman diukir sebelum dia turut beredar dari situ.
19 September 23
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...