Bab 4

75 5 1
                                    

Iskandar pulang ke rumah, Semalam dia tidur di gymnya sebab hujan lebat, malas nak drive dalam hujan jadi dia bermalamlah di gym. Nasib gym tu ada bilik rehat. Hari ni baru dia pulang..aduh letih. Dia lihat Abang ke-3 nya baring dengan laptop di riba..macam mana dia boleh guna laptop sambil baring?.

"Sunyi saja rumah ni, mana semua orang?,"Tanya Iskandar..Selalunya si kembar tu paling riuh.

"Wei, mana semua pergi?,"Iskandar tanya lagi. Asyraf menoleh.

"Oh cakap dengan akukah?,"

"Taklah cakap dengan pasu bunga tu, Of courselah aku cakap dengan kau ,buat bisu boleh,"

"Hm..tanya apa tadi?,"Asyraf menguap malas.

"Mana adik-beradik yang lain?..Takkan kau sorang saja dalam rumah ni?,"

Asyraf lihat sekeliling.

"Ada nampak orang di sinikah?,"tanya Asyraf.

"Tak ada,"

"Jadi aku sorang sajalah,"

Iskandar diam, dia mengetap geram dengan loyar buruk lelaki itu.Ada nak kena pelengkung nanti.

"Aku serius ni setan ,cakaplah elok-elok,"

"No 1 dan 2 pergi kerja, 5,6 dan 7 ada di kolej. Hari ni Ella daftar masuk semester,"Asyraf berkata malas.

Iskandar mengangguk. Ella dah masuk sem baru rupanya. Cepat betul masa berlalu.

"Kau dah makan?,"tanya Asyraf.

"Dah,"

"Baguslah, rumah ni tak ada makanan..ada roti je, tu pun tinggal serdak,"

"Dah tau tak ada makanan kenapa kau tak keluar beli?, Seronoklah makan meggi dan jajan hari-hari. Kalau sakit aku tak tahu,"Iskandar membebel, di meja penuh plastik keropok dan meggi cup. Tabiat Asyraf sejak dulu lagi.

"Malaslah aku nak keluar. Alah kalau sakit pergi hospital, kalau mati tanam. Tak kacau kau pun,"Ujar Ashraf.

Ishraf jeling, Orang cakap ada je nak melawan. Mentanglah kau abang.

"Lantak kaulah, aku nak mandi..penat gila hari ni,"Iskandar jalan ke tangga.

"Oh yalah, lupa nak cakap...No 2 ada pesan sesuatu,"Ujar Asyraf. Iskandar toleh kearah abangnya kembali.

Asyraf bangun dari pembaringan dan sandar..Dia alih pada Iskandar.  

"'Mereka' dah kembali,"

Wajah Iskandar berubah keruh, 'Mereka'?. Dia mencerum matanya. Asyraf tak lut dengan pandangan tajam itu.

"No 1 nak buat meeting malam ni, jangan pergi mana-mana,"

"...Semuakah?, Termasuk -,"

"No, jangan libatkan dia. Dia tak tahu apa-apa,"

Iskandar mengangguk. Dia beredar naik ke atas..Banyak perkara bermain di fikiran. Dah hampir bertahun,Kenapa mereka kembali?..
*
*
Ariella siapkan makan malam untuk keluarganya..Hm,cukup atau tak ya lauk malam ni?. Dia akan jadi sibuk nanti bila sudah masuk kelas. Dalam masa yang sama dia teruja kerana dapat belajar dengan pensyarah kegemarannya. Cik Estelle.

Dia letak pinggan lauk ke meja..dah selesai. Masa untuk panggil abang-abang. Ariella toleh ke atas..Mana mereka ya?. Dari Margrib tadi tak turun. Nasib dia uzur hari ni taklah kalut sangat. Ariella jalan ingin naik. Tiba-tiba abang-abangnya muncul serentak.

"Hah, Ella baru nak panggil kalian,"Ariella senyum.

"Dah siap masakkah?,"Zafel turut ke bawah.

"Dah, Marilah kita makan,"

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now