Bab 56

21 1 1
                                    

Sudah 2 hari sejak kehilangan Harith, Mikhail, Iskandar dan Ariella. Hari ini Aariz dan Afnan ke kolej seperti biasa, itupun sebab dipaksa. Jenuh bergaduh dengan dua abang mereka pagi tadi.
   
'Kenapa kami perlu ke kolej pula sedangkan Abang-abang lain dan Ella masih hilang?!,' Aariz tak puas hati.
   
'Sebab aku suruh, pergi jelah Kolej tu, Hal abang-abang lain biar kami handle,'kata Zafel.

Aariz mengeluh keras, Mereka kena ke kolej tetapi Zafel tak perlu pula, Mentanglah Pensyarah.
      
"Aku tak puas hati betul sekarang ni, Patutkah kita belajar sekarang sedangkan abang-abang kita yang lain tak dapat dikesan?,"Aariz membebel sendirian. Afnan di sebelah hanya diam.
      
"Nan, Kenapa senyap saja?, Tak sihat lagikah?,"Aariz hairan, selalunya Afnan yang paling riuh antara mereka adik-beradik.
      
"Jom keluar,"Afnan keluar dari kereta. Aariz terkaku.

Para pelajar sudah memenuhi kolej itu, bertemu rakan-rakan dan berbual tentang aktiviti yang bakal dibuat.

Aariz mengikut Afnan dari belakang, Ini bukan jalan ke kelas mereka. Afnan nak ke mana ni?.
     
"Kamu nak ke mana ni Nan?,"Aariz bersuara, Afnan hanya diam saja.

Dia berhenti bila sudah jumpa apa yang dia cari. Darina, Darissa dan Elexa yang tengah berjalan sambil bergelak ketawa. Rakan-rakan Ariella.
      
"Eh, Tu si kembar kecoh tukan?,"Darina perasan kehadiran abang-abang kembar Ariella itu.
      
"Mereka buat apa di bangunan Beauty ni?,"Elexa hairan.
      
"Hai guys, Buat apa di sini?, Ariella mana?,"Darina menyapa si kembar itu.
      
"Um, Dia masih tak sihat,"Aariz garu belakang kepalanya. Takkan nak cakap Ariella kena culik kut?.
       
"Demamkah?,En Zafel tak bagitahu pun sebab apa. Dia just cakap Ariella tak sihat saja,"Elexa menyampuk pula.
        
"Ya demam, lebih kuranglah,"
      
"Jadi kalian buat apa di bangunan ni?,"Darina pelik.
      
"Er, kami nak jumpa seseorang,"
      
"Seseorang?, Ini kawasan bangunan budak Beauty kut, Semua perempuan di sini. Hah!, Kalian ada secret crushkah pada budak Beauty?, Siapa dia?,"Darina sengih ingin tahu.
      
"Bukanlah!, Tak payah masuk campurlah,"Aariz cebik, kecoh betul mulut minah ni.
      
"Alah nak malu pula. Yang kamu tak habis-habis nak pandang saya dari tadi ni kenapa?. Tahulah saya cantik,"Darina berkerut bila Afnan asyik memandangnya tak berkalih.

Afnan hanya diam saja, Matanya menusuk ke wajah gadis di hadapannya. Bagai membaca sesuatu dari wajah itu.
     
"Kamu, orang terakhir yang jumpa Ariellakan?,"tanya Afnan. Darina tersentak dengan soalan itu. Aariz terus toleh pada Darina, Apa?.
    
"Apa?, Maksud kamu?,"Darina cuba tahan gugupnya.

Afnan dekati Darina sedikit, Wajahnya ditunduk dekat pada wajah Darina. Darina alih sedikit wajahnya sedikit gugup dan merah, bau haruman Acqua di gio milik lelaki itu betul buat jantungnya berdengup kencang. Sumpah dia suka bau itu.
     
"Tell that brother of your, I say congrats for the hacking,"kata Afnan perlahan mampu didengari oleh Darina. Darina pandang Afnan semula dengan mata meluas.

Afnan berundur jauhi Darina, sudah dapat reaksi yang dia nak dia terus pusing beredar.
      
"Wei Afnan,"Aariz turut beredar mengikut kembarnya.
       
"Rina, Apa Afnan cakap tadi?, Kamu ada jumpa Ella?,"Elexa berkerut.
        
"Bila kamu jumpa tu?,"Darissa turut ingin tahu. Darina hanya diam.
        
"Tak ada apalah, Saya jumpa dia sebelum kolej start lagi..Tak ada apalah,"Darina senyum semula. Darisa dan Elexa berpandangan.
       
"Okay, tapi apa yang Afnan bisik tadi?,"
       
"Dah, kelas dah nak bermula. Jom masuk cepat,"Darina beredar dari situ elak disoalsiasat lagi.
*
*
Zafel masuk ke bilik meeting mereka di belakang almari bilik Harith. Lampu dipasang supaya benderang. Kaki menapak kearah satu bingkai gambar, bingkai itu dialih menampakkan satu peti besi sederhana besar.

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now