Inspektor Laith menunggu seseorang di luar rumah, Pagi-pagi lagi dia dah terpacak di situ. Dia tahu budak tu tidak keluar rumah lagi. Sambil itu dia tatap phonenya, Setiap maklumat yang Mr Incognito beri dibaca rapi. Maklumat itu juga yang bawa dia ke rumah ni.
Bunyi pintu menyedarkannya, Lelaki yang dia tunggu keluar juga akhirnya.
"Shafiq!,"Shafiq toleh, Alah apasal?. Lelaki yang separuh usia masih tegap dengan jaket polisnya.
"Hai Uncle," Shafiq dekati pagar.
"Punya susah nak jumpa kamu kan,"Kata Inspektor Laith.
"Kenapa tak cakap nak datang?, Kalau Shafiq tiada di rumah macam mana,"
"Kamu takkan ke mana-mana hujung minggu ni, Paling tidak pun uncle boleh cari kamu di mid valley," Dia tahu yang Shafiq bekerja di Mid Valley.
"Sekarang saya nak keluar, jika uncle nak cakap apa-apa better cepat, Nanti saya lambat masuk kerja,"Shafiq tatap jam tangannya.
"Kamu pergi mana semalam?,"tanya Inspektor Laith.
"Pergi mana?, Saya kerja,"
"Sebelum tu?,"Inspektor Laith mencerun matanya.
"Saya..ke rumah tu,"Shafiq jujur.
"Aku dah cakap dah jangan ke rumah tu, Apasal kau ni degil sangat?!, Tak reti nak bersabarkah?!. Uncle dah cakap bukan masanya lagi untuk berjumpa dengan mereka!,"Inspektor itu marah. Shafiq diam.
"Macam mana Uncle tahu fiq ke situ?,"
"Tak perlu tahu mana Uncle tahu, Uncle nak dengar apa alasan kamu ke situ,"Shafiq diam, dapat rasa orang tu yang beritahu. 'Kau memang suweilah Bad!,'
"Semalam birthday Ella, Uncle tahu tak?,"tanya Shafiq. Inspektor Laith diam."Dia ajak Fiq sambut sekali, takkan Fiq nak menolak kut. Lagipun tiada apa berlaku pun di sana. Fiq siap berbual dengan yang sulung lagi,"kata Shafiq. Inspektor Laith terkejut, Shafiq berbual dengan Harith?.
"Dia berbual apa?, Apa yang dia tanya kamu?,"Rasa resah tiba-tiba, mana tahu si sulung 'soalsiasat' budak ni kah.
"Tiada yang pelik pun, Dia tanya hari Fiq di kolej, bagaimana kenal Ella, Kenapa ambil jurusan SE, Lepas tu dia cerita pasal dirinya dan keluarga, Basically perbualan biasa,"Shafiq berkata. Ya, perbualan yang biasa hingga dia naik pelik dan was-was. Seperti mereka satu keluarga.
"Takkan itu saja?,"Inspektor Laith berkerut, serius dia rasa was-was untuk percaya. Mustahil Harith akan berbual biasa saja.
"..Fiq..dapat rasa suasana seperti dulu lagi. Makan bersama satu meja, Bergaduh dengan si kembar tu, Si sulung selalu tenangkan keadaan. Rasa seperti dulu,"Shafiq tunduk.Suasana semalam rasa nostalgia sangat. Entah dia dapat rasa lagi atau tidak suasana begitu.
Inspektor Laith diam, Dia faham perasaan anak muda hadapannya ini. Shafiq dan adik-beradik tu begitu rapat...Tapi itu dulu!. Adik-beradik itu bukan seperti dulu lagi, mereka dikuasai dendam dan amarah yang Si sulung sendiri tanamkan dalam hati adik-adiknya. Duri Si sulung itu sendiri sudah menjerut adik-adik lelakinya semata ingin lindungi Bunga mereka.
"Tak boleh, mereka bahaya. Kamu tak tahu dah berapa ramai orang yang mereka sudah hapuskan, Semuanya pernah jadi pasangan Adik perempuan mereka. Uncle tak nak kamu jadi mangsa seterusnya!,"
"Itu sebab mereka serangga perosak, Tapi bukan Fiq. Fiq ialah Lebah dan Lebah lindungi Bunga dari duri-duri tu,"Shafiq senyum. Inspektor tu mengeluh keras, Degil betullah anak saudara sorang ni!.Ting!, Inspektor Laith lihat phonenya. Mesej dari Shah. Dia berkerut membaca mesej itu.
"Uncle kena pergi, ada hal,"
"Baik Uncle,"Shafiq hulur tangan bersalaman. Inspektor Laith tatap wajah Shafiq.
"Jaga diri, jangan buat benda yang bahaya, Kamu saja yang Uncle ada sekarang ni,"pesan Inspektor itu. Shafiq senyum saja.
"Uncle pun jaga diri,"Inspektor Laith beredar dari rumah itu, Shafiq perhati saja kereta Pakciknya hilang dari pandangan. Dia keluarkan phonenya dan dail nombor seseorang.
"Kau bagitahu Pakcik aku pasal semalamkah?,"Shafiq terus hambur bila talian bersambung.
"Waalaikumsalam, Nasib kau hidup lagi, Dahlah semalam tak update aku, Nasiblah siapa suruh kau diam,"
"Apa lagi yang kau bagitahu dia?,"
"Tak ada apa, Aku just maklumkan yang anak saudara nakal dia ni nak bunuh diri masuk sangkar singa,"
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...