Berus-berus Mekap dibersihkan, Selesai kelas Amali mereka. Belajar benda baru lagi.
"Girls, Rabu ni nak keluar tak?,"Tanya Darina.
"Keluar ke mana?,"Elexa mengira berus mekapnya.
"Keluarlah, Girl's day out,"Darina senyum.
"Kamu punya Girl's day tu nanti muncul lelaki, macam 2 minggu lepas,"Darissa menyampuk. Darina sengih.
"Yang tu terserempak, bukan saya ajak pun. Okay kali ni No boy allow, Kita pergi shopping nak?,"Ariella dengar saja perbualan itu sambil mengeringkan berus-berus mekapnya dengan mini hairdryer yang dia bawa itu. Semata nak keringkan berus mekap saja.
Tiba-tiba mesej masuk. Ariella tatap phonenya. Khairul?. Dia capai phonenya dan buka mesej itu.
Khairul Enginner
-Kamu free tak rabu ni?, Saya nak ajak kamu keluar Dating esok nak tak?Ariella tersentak..Khairul ajak dia Dating?. Hatinya teruja. Sabar Ella, jangan terlalu teruja.
Ariella
-Ya, saya free rabu😊
-Mungkin saya boleh pergi.Ariella senyum, Tapi abang-abangnya bagaimana?. Nak bagi alasan apa ni dia nak keluar dengan Khairul?. Mesej masuk lagi.
Khairul
-Okay, jumpa di Suria KLCC esoknya.
-Hari ni saya ada kerja, tak boleh rehat sekali..Maaf😔Ariella
-Oh tak mengapa, Saya faham, Saya pun baru habis kelas. Esok pun kita boleh jumpa.Khairul
-Thanks sayangAriella meruap malu bila dipanggil begitu, dia ni ada-ada saja panggilan dia nak panggil.
"Ella, wah senyum sampai telinga ya. Siapa tu?,"Darina ingin tahu.
"Tak ada sesiapa,"
"Mesti si Khairul tu, Yelah dah kapelkan...Orang ada boyfriendkan mesti seronok,"Darissa angkat keningnya berkali. Ariella tunduk malu.
"Kami baru kapellah,"kata Ariella.
"Baru kapel pun, apa masalahnya,"
"Yelah, Saya risau juga sebenarnya. Semua lelaki yang saya kapel semuanya putus begitu saja. Saya tak ada luck langsung dalam percintaan. Semua tak sampai sebulan," Ariella mengeluh teringat 5 Ex-boyfriendnya yang terputus entah ke mana.Paling lama 2 minggu je tapi itu pun putus juga, Kecewa betul hati.
"Don't say that girl. Mana tahu yang ni setiakah?, Si Khairul tu okay juga sebenarnya. Zamirlah cerita pada saya,"Darina senyum teringat boyfriendnya itu.Ariella diam, Hm haraplah yang ni boleh kekal.
"So macam mana?, Esok nak keluar tak?,"tanya Darina teruja.
"Saya tak boleh pergi, Khai ajak keluar," Kata Ariella.
"Khairul ajak?, Wahh First date ya,"Elexa sendeng rakannya. Ariella senyum.
"Yalah kut, Harap abang-abang saya izinkan saya keluarlah. Mereka kalau lelaki ni susah sikit,"
"Alah Girl, kamu dah besarlah. Takkan setiap masa mereka nak perhati kamu sampai tak boleh kapel langsung,"
"Entah-entah yang Ex-ex kamu putus tu mesti mereka yang suruhkan?, Yelah tak nak adik kesayangan mereka jadi milik orang lain,"teka Darina.
"Ish mengarut, takkan abang-abang saya nak buat begitu," Ariella menafikan anggapan Darina.
Memanglah abang-abangnya Overprotective sikit, tapi mereka takkan buat begitu, dia tahu.
******************************
Gedegang, Air tin jatuh dari mesin itu. Khairul ambil airnya."Khai, lepak jom esok. Aku bosan gila dah ni,"Kata Johari.
"Lepak..Sorry guys. Aku ada date,"kata Khairul."Date dengan siapa?, Sheila?,"
"Nope, dengan Ariella,"Khairul minum airnya.
"Ariella?, Awek barukah?,"tanya Johari.
"Taklah, Dia gadis yang tengok wayang sekali dengan kita 2 minggu lepas tu..Yang mata pelik tu,"
"Ohh, saya ingat dah. Aik kamu kapel dengan diakah?, Sheila macam mana?,"Mukhriz pelik.
"Still lagi dengan Sheila, Yang ni just sparepart saja,"kata Khairul.
"Siapa?, Gadis mata pelik tu?,"
"Diakan kaya. Pangkat Tengku lagi. Rugilah kalau saya nak lepaskan peluang ni,"
"Peluang apa?, Nak mengikis duit diakah?,"Khairul senyum saja. Dia sandar di mesin itu.
"Saya perasan sesuatu. Gadis tu senang betul dilenturkan, Sepanjang saya kawan dengan dia semua kata-kata saya dia ikut. Saya minta duit dia bagi, saya minta belanja makanan dia ikut, Saya minta topi mahal ni masa birthday 2 hari lepas dia belikan. Senang, naif, mungkin sedikit lembab,"Khairul senyum sambil belek topi Balenciaga yang berharga ribuan itu. Gembira dia dapat topi yang dia idamkan itu.
"Jadi kamu nak jadikan dia mesin ATM kamulah ya?,"tanya Johari.
"Hm, why not. Lagipun dia takkan tahu dia dipermainkan..She attracted to me,"Kata Khairul.
"Ko memang jahatlah. Nanti suruhlah dia beli Topi untuk aku juga,"Johari sengih.
"Aku nak Jaket kulit yang viral tu,"kata Mukhriz pula.Mereka ketawa dan beredar dari situ. Tanpa sedar ada dua pasang telinga yang sudah berasap mendengar perbualan itu. Mengetap dua lelaki itu dengan rancangan Khairul.
"Sabar,"
"Aku takkan maafkan lahanat tu sebab permainkan Ella,"
"Memandangkan kita dah tahu plan dia, Kita bincang dengan Abang Long nanti,"******************************
"Tuan Laith!," Shah dekati ketuanya."Apa dia kau ni?, Kacaulah,"Inspektor Laith mula rimas dengan anak buahnya itu.
"Ni, ada faks dari..Mr Incognito,"Shah berkata perlahan.
Inspektor Laith terus ambil kertas itu, dia lihat isinya.
Rabu, 11.30am, Suria KLCC. New victim🌹Inspektor Laith diam, New victim?. Apa maksud bunga ros ni?. Dia fikir sebentar dengan ayat itu.
Adakah...Mawar dah jumpa serangga baru?!. Laith mula resah andai apa yang dia fikir jadi kenyataan.
"Shah, Esok kumpul anak buah yang lain, Kita akan buat serbuan,"kata Laith.
"Serbuan?, Tuan pastikah ada mangsa baru nanti?, Mungkin ini sekadar prank?,"
"Hotak kau!, prank apa kalau hantar faks begini di balai polis, Kau tak tahu apa-apalah!,"Inspektor Laith marah."Maaf,"Shah tunduk terkulat-kulat bila dimarahi.
"Sudahlah, apapun esok kita ke sana. Aku nak kita berjaya kali ni," Laith tatap kertas itu.
"Tapi, macam mana lelaki tu tahu pasal esok ni?, Orang tengok pun pasti tak percaya. Siap masa dan tempat pula tu,"
"Adalah cara dia, sebab tu aku upah dia," Laith memang dah tahu keupayaan Mr Incognito ini. Hanya lelaki ni saja boleh lawan mereka.
Ini Faks yang betul dan dia yakin mereka akan bertindak. Kali ni dia akan pastikan dia henti mereka semua!.
9 July 2023
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...