Assignment ke-2 kelas Amali Kosmetik berakhir juga. Bermacam-macam hasil solekan dilakukan. Ariella lihat dirinya di cermin, Hasil make up dari Darissa.
"Cantiklah kamu mekap Rissa,"Ariella senyum kagum.
"Kamu pun apa kurangnya..Natural makeup kamu nampak menyerlah di wajah saya. Light sangat,"Darissa senyum. Seronok dapat Ariella sebagai pasangan. Dia tahu Ariella begitu pandai make up.
"Saya masih perlu belajar. Miss Estelle cakap saya lemah bab buat kening,kena praktis lagi,"Ariella mengeluh. Hebat jugalah pensyarahnya dapat lihat kelemahannya. Memang professional MUA lah.
"Kamu lemah bahagian kening saja okaylah tu. Saya kena highlight banyak kesalahan kut. Blusher, kening, eyelashes, contour..Ahhhh banyaknya nak kena praktis,"Darissa mengeluh.
"Janganlah cakap begitu Rissa, Kamu hebatlah saya yakin kamu akan dapat markah penuh,"Ariella senyum. Darissa turut senyum.
"Jika saya lulus pun siapa nak tengok?, Papa saya tak perduli pun pasal saya. Sibuk dengan bini baru dia tu,"Darissa cebik.Ibubapa Darissa bercerai masa Darissa 13 tahun, Bapa Darissa berkahwin lain masa dia 15 tahun. Hubungan Darissa dan Ibu tiri tak berapa rapat. Boleh kira dengan jari berapa kali saja kawannya ni pulang ke rumah bapanya.
"Janganlah cakap begitu, Saya yakin mereka akan bangga juga. Ibubapa mana aja tak bangga dengan anak mereka. Kamu satu-satunya anak yang mereka ada,"Ariella beri semangat. Darissa senyum nipis.
"Not anymore, Mak tiri saya hamil sekarang. Papa dah ada anak baru,vbertambah kuranglah kasih sayang dia pada saya,"Ariella diam, dia pegang erat tangan Darissa.
"Kami ada..Saya, Darina, Elexa..kami ada untuk kamu,"Kata Ariella. Darissa senyum saja mengenggam tangan itu."Yang mana sudah selesai boleh berkemas, Tahniah untuk sesi assignment kedua kita. Yang mana saya highlight kesalahan tu boleh teruskan praktis ya, jangan mengalah,"Miss Estelle senyum.
"Baik Miss!"Ariella cuci berus mekapnya, Dah pukul 12.30..laparnya rasa.
"Ella, kamu nak makeup remover tak?,"Darina hulurkan botol besar itu.
"Tak mengapalah, Saya nak pakai mekap ni,"Ariela senyum. Darissa toleh.
"Kamu nak pakai mekap tu?, Sis, tak cantiklah. Buanglah,"
"Tak nak, Saya nak pakai sampai balik, Biar semua lihat kawan baik saya mekap cantik,"Ariella sengih. Darissa diam.
"Tak cantiklah Ella,"
"Mana ada, Ianya cantik dan saya sukakannya,"Ariella tetap pendirian. Darissa tunduk sedikit, dia senyum.
"Jadi, saya pun tak nak buanglah mekap ni,"Darissa tutup kembali botol removernya.
"Huh?, kenapa?,"
"Sebab kawan baik saya mekapkan saya, dan saya sukakannya,"Darissa sengih. Ariella terharu mendengarnya.
"Rissaaa, sayang kamu!,"Ariella peluk rakannya erat.
"Sayang kamu juga bestie,"Darissa senyum."Hey apa ni?, Ni yang bikin saya jeles ni. Sampai hati lupakan kami,"Darina cebik.
"Kita tak penting pun Rina, Biarlah kita dilupakan,"Elexa peluk bahu Darina.
"Janganlah cakap begitu, Kami sayang kalian juga,"Ariella dan Darissa turut peluk dua rakan mereka itu. Mereka ketawa saja.Para pelajar Beauty keluar dari bilik itu. Ariella dekati Miss Estelle.
"Miss, perlukan bantuan?,"tanya Ariella.
"Oh boleh juga, tolong bawa ni ke bilik saya,"Miss Estelle hulurkan beg mekap itu. Ariella senyum dan pegang beg itu..Berat.
"Ell, kami tunggu di kafe,"kata Darina.
"Okay,"Ariella mengikut Miss Estelle ke bilik pensyarah.
"Miss memang bawa beg ni setiap harikah?,"tanya Ariella.
"Ya, kena bawa juga sebab kadang ada emergency call perlukan MUA. Beg ni memang wajib ada,"Miss Estelle.
"Mesti seronok jadi MUAkan?, Dapat tengok artis-artis terkenal dan model..Terujanya rasa,"Ariella sengih.
"Hmm, pada mulanya memang seronok. Tetapi lama-lama kamu akan rimas dengan mereka ni. Tak semua Artis dan Model peramah. Ada yang sombong, ada yang bongkak dan ada yang berlagak pandai seolah mereka saja betul. Tapi kita kena sabar sajalah sebab MUA dibayar mengikut kepuasan pelanggan,"kata Miss Estelle. Ariella diam, yakah?.
"Ada juga ya begitu?, Jadi macam mana Miss handle mereka?,"tanya Ariella. Miss Estelle senyum.
"I don't, Kadang geram juga dengan kecerewetan mereka, tapi sabar sajalah. Saya pegang satu saja. Customer is gold but sometimes they can be rock, So be patient if you want a gold,"Miss Estelle beri nasihat. Ariella mengangguk.
"Tak sabar nak habis belajar, Saya harap sangat dapat jadi MUA hebat seperti Miss,"Ariella senyum.
"InsyaAllah, Kamu boleh. Keep practicing. You got a talent,"Miss Estelle usap kepala Ariella. Ariella sengih saja.
"Saya harap sangat abang Zaf sukakan Miss, Saya nak Miss jadi kakak ipar saya, boleh saya belajar mekap dari Miss tiap hari
Merah wajah pensyarah itu mendengarnya.
"Ya mungkin...Tapi abang kamu jual mahal, Dia tak pandang saya,"Miss Estelle mengeluh, susah betul nak lembutkan hati jejaka kacak tu.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...