Birthday Ariella tak lama lagi, sudah 20 tahun usianya cepat betul masa berlalu. Abang-abangnya pasti nak buat majlis untuknya. Memang setiap tahun begitu, walaupun hanya sambut dengan abang-abang saja dia tetap gembira.
"Kamu nak hadiah apa tahun ni Ella?,"tanya Iskandar sambil elus rambut Ariella yang sedang baring di ribanya.
"Ella tak kisah asalkan dari abang-abang,"Ariella senyum, Sungguh dia tak kisah apa hadiah pun sebab dia tahu semua hadiah yang bakal diterima mewah-mewah belaka. Abang-abang semua tak nak kalah dalam berinya hadiah. Dah macam buat pertandingan hadiah siapa paling Ariella suka akan menang. Haihhh.
"Tahun lepas aku bagi apa tah?, Tahun ni nak bagi apa ya?,"Afnan berfikir.
"Tahun lepas kau bagi Bingkai gambar je,"
"Oh yalah, Bingkai gambar dari kristal. Tahun ni aku bagi gambar pula,"Afnan sengih. Ariella ketawa saja."Gambar apa tu Abang Nan?,"
"Mana boleh bagitahu, tak surpriselah,"Afnan sengih.
"Sayang, Kamu nak ajak rakan-rakan kamu tak?,"Harith bersuara. Ariella toleh pada abang sulungnya.
"Rakan-rakan?, Bolehkah?," Jarang dia sambut birthday dengan rakan-rakan ni.
"Yang 3 orang tu sajalah, Jangan ramai-ramai sangat,"kata Harith. Dia tak suka orang ramai di rumah itu..tak selesa. Ariella senyum teruja.
"Okay bang, Ella ajak mereka nanti,"Ariella senyum, teringin nak sambut birthday bersama rakan-rakannya. Tiba-tiba dia teringat seseorang. Kalau dia ada bersama pasti lagi seronok, Tapi abang Harith benarkankah?.
Ariella terus bangun menghadap abangnya. Ariella teragak sebentar..Urmm.
"Abang Harith, Boleh tak..Ella ajak seorang lagi,"
"Hm?, Kamu nak ajak siapa?,"tanya Harith. Ariella gugup sebentar.
"Erm...Sha-Shafiq,"Adik beradik lain toleh bila dengar nama itu.
"Kamu nak ajak dia datang sekali?,"Afnan berkerut.
"Er...ya?, Dia kawan Ella juga,"
"Dia bukan kawan kamulah!,"Aariz dan Afnan menbidas.
"Kamu nak ajak dia sajakah?,"Harith bersuara. Ariella toleh pada abang Longnya semula.
"Ya..kalau abang bagilah..Ella tak kisah kalau-,"
"Baiklah, jemputlah dia,"kata Harith. Ariella terkejut mendengarnya. Adik-beradik lain turut terkejut.
"Abang bagi?,"Ariella ceria.
"ABANG BAGI?!,"Aariz dan Afnan terkejut.
"Ya abang bagi..Tapi hanya dia saja dan kawan-kawan kamu tu,"kata Harith.
"Ahh!, Terima kasih abang!,"Ariella peluk abangnya erat..gembira teramat dapat jemput lelaki itu.
"Ya, tapi kali ni saja,"Harith usap kepala Ariella. Ariella mengangguk.
"Ella nak call Darissa, Darina dan Elexa,"Ariella beredar dari situ.
"Along!, Kau dah kenapa?!,"Afnan berkerut.
"Apa dia?,"
"Kenapa kau tiba-tiba bagi Ella jemput lelaki tu?,"tanya Iskandar.
"Sebab ianya Birthday Ella. Dia berhak jemput rakan-rakannya,"
"Kau tak pernah macam tu pun masa birthday dia sebelum ni?,"Asyraf pelik. Harith senyum.
"Bagi peluang Ella bergembira. Lagipun Budak Shafiq tu baik juga orangnya,"Bak!, Terjatuh botol yang Iskandar pegang, Masing-masing ternganga terkejut dengan kata-kata abang mereka itu.
"Along!, Kau waras ke tak ni?!,"Aariz terkejut.
"Siapa kau?!, Kau menyamarkah?!, Mana Abang Harith kami?!, Cakap cepat!,"Afnan mencekup baju Harith marah.
"Aku Harithlah!,"Harith mengetuk kuat kepala Afnan..Argh!. Afnan pegang kepalanya berkerut sakit.
"Riz, Dia memang Abang Harith. Ini tak ketum mesti minyak petrol ni,"Afnan dekati kembarnya, Aariz mengusap kepala Afnan yang diketuk itu.
"Tak payah nak terkejut sangatlah,"Harith jeling ke atas.
"Apasal kau tiba-tiba cakap begitu?, Bukan kau cakap jauhi Ariella dari mana-mana lelaki. Kau dah berkenan dengan budak tukah?,"Mikhail tak faham perangai abang sulung mereka itu. Harith mengeluh.
"Adalah sebab aku bagi Ella jemput budak tu,"kata Harith. Mereka diam.
"Apa sebabnya?,"Mereka bertanya serentak.
"Tak payah tahulah, ini hal aku je,"Harith beredar dari situ.
Mereka berpandangan, Apa yang Harith rancang ni?.*
*"Birthday kamu bila?,"tanya Darina sambil makan pocky.
"4 hari lagi, Kami buat malam lepas Margrib. Jangan lupa hadiah saya ya,"Ariella sengih.
"Of courselah kami takkan lupa, Tapi hadiah saya tak berapa grand macam yang abang-abang kamu berilah,"Darina sengih.
"Tak mengapa, asalkan kalian sudi datang saja. Saya tak pernah ada rakan sambut hari lahir saya lagi,"
"Nanti share location rumah kamu ya, Kami pun tak pernah pergi lagi rumah kamu. Mesti besarkan?,"Darissa senyum.
"Tak besar pun, biasa-biasa je,"Ariella senyum.
"Sinikan kelas Puan Julia?,"Elexa tunjuk makmal komputer itu.
"Ya, Betullah tu,"
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...