Papan kekunci ditaip, 4 monitor berada di hadapannya. Satu monitor memerhati pergerakan seseorang, 3 lagi untuk kerjanya. Mejanya penuh dengan fail hitam. Semua kerja dari Inspektor itu.
Dia berhenti sebentar dan renggang tangannya berehat. Dia tarik satu fail dan bukanya. Gambar Ariella terpapar di dalam Fail itu. Lama dia tatap wajah gadis itu
"Wei Bro, Kau nak perhati perempuan tu berapa lama lagi?,"tanya Badri yang muncul tiba-tiba.
"Ish kacaulah kau ni,"Lelaki itu cebik. Badri perhati perempuan itu.
"Cantik, macam tak sangka dia ada keluarga begitu,"kata Badri.
"Dia mangsa saja..tak tahu apapun, pandai keluarganya simpan rahsia ni,"
"Either dia tak tahu atau dia memang naif untuk tahu, muka pun nampak innocent sangat,"kata Badri.
"Jangan pandang dia sangat,"Lelaki itu tolak rakannya keluar dari kawasan mejanya. Badri cebik.
"Bro, kau jangan,"
"Jangan apa?,"
"Perempuan tu salah seorang suspek yang Inspektor tu suruh perhati,"
"Suspect?..I would'nt call her suspect"
"See?, kau jangan nak tangkap cintan dengan dia pula..Ingat Identiti kau tu. Ingat matlamat kau,"Kata Badri keras. Lelaki itu ketawa.
"Jangan risaulah, jika aku tangkap cintan pun ia akan jadi susah...,"kata Lelaki itu.
"Maksud kau?,"tanya Badri.
Lelaki itu lempar satu fail pada rakannya. Badri lihat fail itu..semua matlumat pasal perempuan itu. Semakin dia baca, dahinya semakin berkerut.
"Wei seriuslah..6 orangkah?, Ini yang betulkah?,"tanya Badri.
"Ya, itu yang betul,"
"Habis tu kenapa tak pernah keluar berita?," Pelik sebab 6 orang ni semuanya orang berada.
"Sebab racun dia tu,"
"Racun?,"Badri berlerut.
Lelaki itu sandar, matanya perhati wajah perempuan itu.
"Every Roses have its thorn, but she have 7 poisonous one. And that thorns release their poison to protect the rose from the bug, without noticing it slowly harm the flower," Lelaki itu tatap gambar keluarga itu.
"In this case, those 6 victim are a bugs, The thorns will release poison when the bugs approach the rose. When this bug is exposed to the thorn, the thorn's poison will kill the bug without the other bugs being aware of it,"kata Lelaki itu. Badri terdiam.
"Duri tak nampak tu sebab mereka ditugaskan untuk lindungi ros saja, tapi bila tiba masanya racun tu akan merebak dan ros yang mereka lindungi tu akan layu perlahan-lahan akibat racun itu,"
Badri diam mendengarnya..Terus dia rasa resah dan tak sedap hati. Sebab ni kah Tuan Inspektor tu beri kes ni pada mereka?.
"Kesimpulannya duri-duri ni memang psycholah ya?..Mereka sangka mereka lindungi tetapi mereka melukai ros tu,"
"Hmm begitulah,"
"Tapi kenapa?, macam mana mereka boleh jadi begini?,"tanya Badri.
Lelaki itu diam. Dia perhati mangsa-mangsa itu.
"Sebab undang-undang,"kata Lelaki itu.
Badri diam..huh?. Lelaki itu perhati gambar keluarga itu...Undang-undang negara ni yang buat mereka begitu. Malang sungguh. Kalaulah dia boleh.. Lelaki itu terfikir sebentar.
"Bad, tadi kau cakap jangan tangkap cintan dengan gadis ni kan?,"
"Hmm?,"
"Aku ada plan terbaik,"Lelaki itu senyum.
*
*
"Abang Mika, tahu tak harga topi ni?,"Ariella tunjuk gambar topi Balenciaga putih itu. Mikhail tatap."Yang Ori atau fake?,"
"Yang Orilah,"kata Ariella.
"Hm lebih kurang 2 ribu,"
"2 ribu?!.Untuk Topi saja?,"Ariella terkejut. Gila mahal.
"Itu kalau ori, jika fake punya hanya puluhan ringgit saja,"
Ariella mengangguk faham. Oh begitu ya.
"Kenapa tanya ni?, Kamu nak belikah?,"tanya Mikhail.
"Umm,"Ariella teragak sedikit.
Mikhail lihat kelakuan adiknya.
"Siapa punya?, Kamu nak bagi pada siapa?,"tanya Mikhail serius.
"Ka..kawan..Sebab lusa ni birthday dia jadi Ella ingat-,"
"Kawan lelaki?,"tanya Mikhail. Ariella sengih sedikit.
"Kalau lelaki abang tak benarkan. Beli saja topi di pasar malam,"
"Tapi dia nak yang ni lah,"Kata Ariella. Iskandar jeling tajam.
"Boyfriend kamukah tu?,"
"Ma-mana ada..kawan saja,"Ariella gugup.
"Baru kawan dah minta macam-macam, kalau jadi boyfriend nanti macam mana?, Kalau dia nak kereta sport kamu nak bagi jugakah?," Mikhail tak suka dengan cara adiknya beri saja apa lelaki itu nak.Ariella tunduk sedikit, Memanglah tapi lelaki tu kawan rapat dia, mungkin boleh jadi boyfriend dia sudah tentulah dia nak ambil hati lelaki tu.
"Apa riuh rendah ni?,"tanya Harith yang baru keluar bilik.
"Budak ni nak beli topi balenciaga yang mahal tu untuk boyfriend dia,"
"Abang Mika!,"
"Kamu ada boyfriend?, Siapa dia?,"Harith berkerut.
"Bukan boyfriendlah abang, kawan rapat saja. Lusa birthday dia jadi Ella ingat nak bagi hadiah,"Ariella berkata semakin perlahan. Harith diam.
"Hadiah apa kamu nak bagi tu?,"tanya Harith.
"Hm?, Um Topi ni,"Ariella tunjuk gambar topi itu. Harith tatap gambar itu.
"Hm, belilah"Mikhail tersentak..what?!. Ariella terus senyum.
"Betulkah ni bang?, Abang bagikah?,"
"Ya, Mika order topi tu untuk Ella secepat mungkin,"kata Harith.
"Thank you abang!, Sayang abang ketat-ketat!,"Ariella peluk Abang longnya itu.
"Ya, sayang kamu juga princess,"Harith balas pelukan adiknya. Ariella senyum.
"Ella turun dulu, nak masak makan malam,"Ariella turun ke bawah.Mikhail toleh pada Harith dengan wajah berkerut, Harith senyum saja buat biasa.
"Bagi peluang lelaki tu merasa duit kita, nanti tak boleh dah,"Kata Harith. Mikhail diam.
"Aku nak kena belilah ni?,"
"Ya belilah, untuk Princess kita,"Harith senyum beredar. Harith mengeluh keras. Malas betullah.9 July 2023
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...