Kelas Miss Estelle ialah kelas yang paling ditunggu oleh pelajar Kecantikan. Minggu lepas mereka belajar jenis berus dan barang mekap yang lain. Kali ni mereka akan belajar asas solekan berdasarkan jenis warna kulit.
"Jenis solekan berbeza pada warna kulit dan bentuk wajah, Tak boleh main hentam saja nak mekap ala dolly, smokey semua tu...Ya, memang cantik tapi jika warna mekap tak sesuai dengan warna kulit, ia takkan naikkan seri dan akan jadi hodoh,"kata Miss Estelle. Para pelajar mengangguk saja dan mencatat di nota mereka.
"Today, we will do a simple basic makeup..Let see. Ah Ariella, mind be my demo?,"
Ariella tersentak..dia jadi demo?!.
"Sure!,"Ariella gembira..dia teringin nak disolek oleh MUA terkenal ni.
Ariella duduk di hadapan, Rakan-rakannya senyum saja..ada yang merakam.
"Wajah Ariella bujur dan kecil, kulitnya juga putih. Saya nak buatkan hidungnya mancung, dagu tajam dan serlahkan warna matanya. So basic mekap macam mana kita boleh buat pada wajah begini?,"tanya Miss Estelle. Mereka berpandangan.
"Firstly, we put a foundation..Just a little bit, kita nak nampakkan warna kulit naturalnya,"Miss Estelle campurkan warna-warna foundation itu. Dia mula menempek di wajah Ariella... Senyum saja Ariella kerana dimekapkan.
"Jangan terlalu tebal cause this is natural makeup, Move on to eyes.Saya nak buatkan matanya nampak besar. Ni saya gunakan eyeliner jenis air, sebab ia senang dan saya suka gunakannya,"
Para pelajar lain rakam saja gaya solekan itu. Ada yang catit nota juga.
"Next, Eyeshadow..Warna eyeshadow bergantung pada warna mata kalian. Tapi kita ni kebanyakkan warna mata hitam jadi boleh pair dengan banyak warna..ada yang mata warna coklat, ada yang warna silver..bergantung. Tapi ini...,"Miss Estelle lihat Ariella.
"Warna matanya berbeza kedua belah, Coklat and..I assume Hazel?,"tanya Miss Estelle. Ariella mengangguk. Selalunya dia tak berapa suka orang tanya perihal matanya. Tapi dia di kelas Miss Estelle, Nak tak nak kena tahan sajalah.
"Agak susah nak dapatkan warna eyeshadow yang sesuai dengan mata itu, but i think i have a perfect colour,"
Miss Estelle angkat satu bekas besar, Bekas yang menempatkan hampir 50 jenis warna eyeshadow itu dibuka.
"We doing a simple natural makeup jadi saya tak nak warna yang boleh buatkan warna mata itu tenggelam..Saya nak serlahkan warna mata itu..Jadi kita gunakan warna nude macam ni..,"Miss Estelle calitlah warna itu di kelopak mata Ariella, dia blendkan warna juga supaya nampak natural.
"Bulu mata kamu lebat ya, Saya suka orang yang ada bulu mata lebat ni..senang nak mekap,"Miss Estelle senyum sambil sapu lebihan warna itu. Ariella senyum.
"Abang-abang saya semua cakap begitu,"kata Ariella.
"Abang kamu tu En Amir Zafelkan?,"tanya Miss Estelle.
"Ya betul tu,"Ariella hanya jawab dengan mata tutup. Miss Estelle senyum.
"En Zafel tu..dah berpunya tak?,"bisik Miss Estelle perlahan. Ariella terus buka mata bila dengar soalan itu...Huh?.
"Okay, selesai..lihat cantikkan?..tak terlalu ketara warnanya dan serlahkan warna mata Ariella,"
"Wahhh,"Kagum para pelajar lain melihatnya.
"Next kita akan buat...,"
Ariella diam saja memadang Miss Estelle, dia teringat kata-kata tadi itu. Kenapa Miss Estelle tanya begitu padanya?.
Lebih kurang 15 minit masa diambil untuk selesai, Itupun berselang-seli dengan bercakap juga. Jika tidak solekan begini ambil masa 5 minit saja.
"Selesai, ini mekap asas. Natural, light and beauty. Tak terlalu rimas dan tak ubah wajah asal kalian,"kata Miss Estelle.
"Cantik!,"
"Tulah, Selalu kami pakai bedak dan foundation je, tak sangka boleh buat mekap begini,"
"Nak try buatlah nanti,"
Ariella lihat wajahnya di cermin..Cantik!, Tak ubah wajah asalnya malah nampak berseri pula, terutama matanya. Nampak menyerlah kedua warna matanya.
Dia senyum kagum dengan cara mekap Miss Estelle itu.
"Minggu depan kalian akan berlatih buat asas mekap begini, Berpasangan. Jadi praktislah dulu di rumah ya,"
"Baik Miss!,"
Kelas tamat, para pelajar mula keluar. Ada yang berkumpul pada Miss Estelle lagi. Ariella dekati rakan-rakannya.
"Cantiklah kamu Ella,"Darissa kagum.
"Peratus kecantikan kamu meningkat 200%,"Kata Elexa pula. Ariella senyum malu.
"Masa Miss Estelle mekap pun saya rasa macam pro sangat..Sekejap saja dia buat,"kata Ariella.
"Untuk kelas seterusnya, kita berpasangan berdua ya Ella..Make me beautiful,"Darina rangkul lengan Ariella.
"InsyaAllah, saya tak berapa pandai sangat. Tapi saya akan cuba,"
"Jom keluar, saya lapar ni,"Elexa usap perutnya. Pagi tadi tak makan apapun.
4 rakan itu keluar dari kelas, Sepatutnya tak tamat lagi kelas mereka tapi disebabkan Miss Estelle ada kerja nanti jadi terpaksa tamat awal.
"Eh Ella, tu Abang kamu,"Elexa juih pada Zafel yang tengah berjalan.
"Abang,"Ariella senyum.
"Hai En Zafel,"Darissa, Darina dan Elexa turut menyapa. Zafel mengangguk.
"Baru habis kelas ya, awalnya,"
"Ya, Miss Estelle ada kerja nanti jadi kami habis awal,"Ariella senyum.
Zafel tatap adiknya lama.
"You look different,"kata Zafel. Ariella senyum.
"Abang perasan?...Ella jadi demo tadi. Miss Estelle mekapkan...cantik tak?,"Ariella tunjukkan wajahnya.
Zafel diam saja.
"Hm, Can-,"
"Oh hai Zafel,"Miss Estelle menegur dari belakang, dia senyum lebar melihat Zafel di situ.
"Hai,"Zafel hanya membalas ringkas.
"You ada kelaskah?, nak pergi mana?,"tanya Miss Estelle.
"Baru habis, Saya nak ke bilik,"
"Kebetulan, I pun nak ke bilik. Nak bersiap sebab ada orang panggil mekap, Maklumlah buat dua kerja,"
Zafel mengangguk saja. Dia toleh pada adiknya pula.
"Kalian nak makankah?,Pergilah cepat. Kelas pukul 12kan?,"tanya Zafel.
"Ya, kami pergi dulu ya..Terima kasih Miss Estelle.,"4 rakan itu beredar.
Ariella toleh ke belakang sedikit. Miss Estelle tengah berbual dengan Abangnya, dia fikir sesuatu. Takkanlah?.
"Ell, fikir apa?,"tanya Darissa.
"Kalian rasa Miss Estelle tu..,"Ariella diam pula.
"Kenapa dengan Miss Estelle?,"tanya Darina.
"Erm..tak ada apalah..lupakan saja,"Ariella senyum.
Tapi jika betul sangkaannya, alangkah seronoknya jika Miss Estelle jadi Kak iparnya. Setiap hari boleh belajar mekap. Berangan tak salahkan!.
30/3/2022
-⭐⭐⭐⭐⭐⭐
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...