"Ella!, Betulkah berita tu?!,"Darina bertanya sebaik saja Ariella keluar dari kereta.
"Huh?, berita apa?,"Ariella terpinga.Dari tempat parking lagi dia dah lihat Darina bagai menunggu.
Abang-abangnya turut keluar dari kereta.
"Ada orang confess dekat kamu semalam?,"tanya Darina.
"Hah?!,"Ariella terkejut..macam mana rakannya tahu ni?!
"Mana dengar tu?,"Afnan menyampuk.
"Oh, Rakan saya bagitahu..Kecoh jugalah di dorm perempuan semalam. Mereka tanya saya sebab kita kawan,"kata Darina. Ariella terus malu..Berita tu dah sampai Dorm perempuan?!.
"Ella!,"Darissa dan Elexa muncul. Mereka tercungap.
"Ell, kamu ada boyfriendkah?!. Sampai hati tak bagitahu!, Siapa lelaki yang laung confess dekat kamu tu?,"Elexa ingin tahu.
"Hah?!,Kamu tengokkah?,"tanya Darina.
"Ya!, Saya on the way nak balik tiba-tiba dengar lelaki melaung dari bangunan baiduri. Lepas tu saya nampak Ariella sekali. Dia cakap dia cintakan Ariella,"
"Ahhhhh!, Seriuslah?!,"Darina teruja.
"Ya saya dengar jelas kut!, Terkejut saya semalam,"
"Ella!, Siapa lelaki tu?, Sampai hati kamu rahsiakannya,"Darina goyang bahu Ariella.
"Girls..Saya..Sebenarnya..,"Ariella gagap, wajahnya sudah merah.
"Dia hensem tak?, Pelajar jurusan apa?,"tanya Elexa ingin tahu.
"Girls, Darina, Elexa stop..Abang-abang Ella ada ni. Hormat sedikit,"Darissa hentikan.Darina dan Elexa tersedar yang 3 abang itu masih di situ, mendengar saja dengan wajah keruh.
"Er, maaf En Zaf. Abang-abang,"Darina serba-salah. Maklumlah terlalu teruja hingga dia tak sedar orang sekeliling.
"Dah sampai mana berita ni pergi?, Semua dah tahukah?,"tanya Zafel.
"Er..mungkin?. Dorm perempuan pun kecoh semalam. Ada yang siap suruh boyfriend mereka buat juga laung nama awek di bangunan baiduri. Mereka kata romantik,"Kata Darina.
"Romantik?,"Afnan berdengus."AIREEN BATRISYA!, I LOVE YOU!!,"
Semua toleh ke bangunan baiduri bila dengar laungan itu. Seorang pelajar melaung nama girlfriendnya di atas bangunan itu dan rakan-rakan di bawah bersorak, ada yang merakam. Si girlfriend tersipu malu.
"Dah jadi trend pula benda ni, cepat sungguh,"Kata Elexa.
"Silap hari bulan Pengarah tak bagi naik dah bangunan tu,"Darissa mengeleng.
Zafel mengeluh keras, Menyusahkanlah!.
"Kalian jangan buat cerita macam-macam, cukup sekadar semalam saja,"pesan Zafel.
"Baik Encik,"Darina, Darissa dan Elexa mengangguk.
"Pergi masuk kelas,"kata Zafel.
"Ell, kau jumpa lelaki tu lagi bagitahu kami!. Ingat pesan Abang Harith tadi,"Aariz beri amaran.
"Ya, okay,"Ariella mengangguk laju."Jom, kelas Puan Mahani nanti,"Darissa mengajak..Semua beredar dari situ.
"HEY!, YANG TERPEKIK MACAM BERUK NAK MENGAWAN PAGI-PAGI BUTA NI DAH KENAPA?!, TURUN DARI SITU SEKARANG!!!," Suara Zafel menempik kuat mengejutkan para pelajar di situ.
Mereka di bangunan Baiduri terus beredar untuk turun, kecut perut dengan tempikan itu.
*
*
Kelas sudah tamat, Aduh letihnya rasa. Ariella mengemas barang-barangnya. Mata menatap
phone. Mesej dari abang-abang saja.Abg Harith (No 1)
-Balik terus Ella.Abg Zafel (No 5)
-Abang di kereta, datang sini terus.Abg Afnan Nakal (No 6)
-Ella, kamu dah habis kelaskah?, Nak abang ambil kamu tak?Abg Aariz Nakal (No 7)
-Kamu dah habis kelas?, Pergi ke kereta terus dan jangan jumpa lelaki tu.Ariella mengeluh, Over sungguh abang-abangnya ni. Risau apapun tak tahulah. Tapi seharian ni dia tak nampak lelaki tu. Mana dia agaknya ya?. Ariella mengeleng, Ish jangan fikir macam-macamlah. Cukuplah kena marah dengan abang-abangnya semalam.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...