Mid Valley mall, Ariella tiba lewat dari sebelumnya..Aduh semua sebab abang-abangnyalah ni. Dia bergegas ke Big Apple, Semua sudah menunggu di situ. Dia mencari kelibat rakan-rakannya.
"Ella!, sini-sini,"
Ariella toleh pada Darissa yang melambai..dia senyum dekati. Ariella terhenti bila lihat begitu ramai orang di situ...Mereka bawa lelaki?!.
"Kenapa lambat?,Penat kami tunggu, nasib movie tak start lagi,"Kata Darina.
"Maaf, jalan jammed..Kalian tak cakap pula ada lelaki sekali,"Ariella teragak. Abang Harith cakap tak boleh keluar dengan lelaki.
"Kami tak ajak pun, kebetulan saja terjumpa tadi..Mereka pun nak tengok cerita yang sama tu yang join sekali tu,"Darissa senyum.
"Tak mengapalah, Alang-alang dah jumpa tu kita join sekalilah..baru meriah,"Darina sengih.
Ariella diam saja. Dia lihat 4 orang lelaki itu, pernah nampak mereka di kolej..tapi mereka dari course apa?.
"Lambat lagi movie nak start, marilah duduk dulu,"
Ariella duduk sebelah Darissa. Mereka berhadapan dengan 4 lelaki itu..8 orang duduk satu meja.
"Oh my god,macam blind date pula kita,"Darina teruja.
"Kan, Kitorang selalu lihat kalian berempat...budak-budak beauty,"Kata seorang lelaki.
"Tulah kami kenal Darina saja..yang empat lagi tu tak berapa sangat..kira bertuah jugalah kita dapat berkenalan,"
"Nama saya Johari,"Lelaki pertama tadi kenalkan diri.
"Saya Zamir panggil Zam saja,"Zamir senyum pada Darina, Darina kenyit matanya.
"Saya Mukhriz Adnan,"
"Saya Khairul,"Khairul terakhir kenalkan diri, Matanya asyik memandang Ariella yang berada di hadapannya.
"Kami pula, Saya Darina seperti yang kalian tahu. Ini rakan-rakan saya,"
"Darissa,"
"Elexa,"
"Ariella,"Ariella yang terakhir kenalkan diri. Dia sedikit gugup bila Khairul asyik menatap dirinya.
"Ariella ya?..Mata kamu tu Ori atau lens?,"tanya Zamir selamba. Ariella diam..dia tak suka betul orang cakap pasal matanya.
"Ori,"Itu saja jawapan.
"Seriuslah?,"
"Dia ada heterochromia..Sebab tu warna mata dia berbeza,"Darina tolong jawab bila lihat rakannya bagai tak selesa.
"Wau so...apa ayat tu ya?,"Khairul cuba fikir.
"Pelik, Saya tahu,"Ariella tolong jawab,Dia agak apa orang nak cakap.
"Instead of pelik..I say..
Unique,"Khairul senyum. Ariella terkaku, jantungnya berdengup kencang."Eh jomlah, Movie nak start dah,"Johari bangun.
Mereka jalan kekuar dari Big Apple menuju ke GSC. Masing-masing berjalan beriringan. Ariella jalan bersama Khairul.
"Saya selalu nampak kamu, Mereka cakap kamu yang paling cantik di dalam beauty course,"Kata Khairul.
"Mana ada, Khabar angin saja tu,"Ariella senyum nipis. Khabar angin yang abang-abang kembarnya bawa.
"Tapi rasanya khabar angin tu betullah, Lihat dari depan baru saya tahu kamu memang cantik, Macam bidadari,"
Merah wajah Ariella mendengar kata manis itu. Dia mengeleng sedikit cuba untuk tidak terpaut hati.
"Kalian nak Popcorn?,"Tanya Johari.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...