Ariella bersiap untuk keluar. Keluar dating dengan Khairul!. Dia dah minta izin dari Abang Long untuk keluar, mengejutkan abang long izinkan. Seronoklah dia.
Ariella lihat pakaiannya di almari, nak pakai baju apa ni ya?. Ditilik setiap pakaian yang ada, kenalah nampak cantik di mata lelaki itu. Dia cuba padankan setiap baju yang ada.
Macam singkat je baju ni tetapi cantik, dia lihat model-model majalah semua pakai begini, Nampak trendy sangat.
Ariella capai baju tshirt itu dan pakainya. Dipadankan dengan kot hitam dan skirt pendek paras lutut dan legging warna hitam..Cantik!. Ariella sengih, Mesti Khairul terpegun nanti. Dia lihat jam, Alamak dah pukul 11. Janji pukul 11.30.
Ariella keluar dari biliknya. Semasa di tangga dia bertembung dengan Mikhail.
"Abang,"Ariella senyum ingin turun. Mikhail terus pegang lengan Ariella sebelum dia turun.
"Baju apa kamu pakai ni?,"tanya Mikhail lihat pemakaian adiknya. Baju t-shirt singkat, kot hitam dan skirt paras lutut.
"Baju nak keluarlah,"Ariella hairan.
"Keluar pakai baju tu?, Dengan skirt pendek. Kamu pakai singletkah?,"Mikhail berkerut bila pakaian Ariella nampak ketat.
"Mana ada, ni shirtlah,"
"Shirt apa pendek begini?, Nampak pusat kamu, kamu nak tunjuk pada siapa?..Pergi tukar,"Mikhail tak suka pemakaian itu.
"Alah abang, ni dah eloklah. Sebab tu Ella pakai kot labuh ni,"
"Kot labuh kalau pakaian seksi begini tak ada gunanya juga, Ingat orang nak tengok kot labuh kamu tukah?, Pergi tukar sekarang,"
"Abangg,"Ariella rengek sedikit.
"Now Ariella,"Mikhail bertegas.
Ariella mengeluh saja dan beredar ke bilik. Mikhail mengeleng saja jalan menuju ke biliknya. Tanpa sedar Ariella tengah menjenguk di sebalik pintu menunggu abangnya masuk bilik. Line Clear!
Ariella lari turun ke bawah bila Mikhail sudah masuk bilik. Dia senyum berjaya lepas.
"Pergi mana El?,"
Tiba-tiba dia terhenti bila Iskandar, Zafel dan Asyraf di ruang tamu. Alah banyaknya abang-abang dia.
"Um..kelu-,"
"Mikhail cakap suruh tukar pakaiankan?,"tanya Iskandar.
"Alah, Tak bolehkah Ella pakai sekali je?, Lama tau duduk dalam almari tu,"Ariella cebik.
"No, kamu nak pakai seksi begini. Kalau jadi apa-apa nanti siapa susah?,"
"Nak jadi apa?, Ella duduk dengan kawan-kawan saja,"Ariella pelik.
"Pergi.Tukar.Sekarang,"Iskandar berkata satu-persatu.
Ariella mengeluh malas, dia jalan naik ke atas semula. Setegas Abang Mikhail, dia lebih takut pada Abang Iskandar.
5 minit kemudian, Ariella turun dengan blous ungu dan palazo hitam.
"Dah, tak seksi dah. Kalau ni still seksi Ella pakai baju kurung pula,"Ariella merungut masih tak puas hati. Para abang tilik saja pakaian adik perempuan mereka.
"That's better,"kata Iskandar. Ariella cebik.
"Dahlah, Ella pergi dulu,"
"Okay jom,"Iskandar bangun. Yang lain turut bangun.
"Jom pergi mana?,"Ariella hairan.
"Pergi sekalilah. Aariz!, Afnan!. Turun cepat!," Iskandar melaung.
"Eh kenapa?, Abang nak pergi tempat lainkah?
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...