Sebuah kereta berhenti di perkarangan rumah. Jamil keluar dari kereta melangkah perlahan ke pintu. Kunci dimasukkan ke dalam lubang. Tiba-tiba dia rasa sesuatu memerhati, segera dia toleh ke belakang..Dia mencari di dalam kegelapan malam itu. Seram sejuk rasanya..Segera dia buka pintu dan masuk ke dalam.
Dia buka lampu menerangi ruang tamu yang kosong itu. Hanya ada sepasang sofa loveseat dan meja kopi saja di tengah. Dia baru balik dari Singapura dan tak sempat berbuat apa-apa lagi. Rumah ni pun dia sewa sementara.
Jamil duduk di sofa kepenatan..Tak habis lagi jetlagnya masa naik flight..Dah lama dia tak pulang ke Malaysia selepas kejadian beberapa tahun lepas. Dia mengeluh keras..kenapalah dia balik Malaysia?.Hanya sebab dua rakannya itu memaksa saja.
Tok,tok.
Bunyi ketukan mengejutkannya..Dia bangun..apa tu?. Jamil toleh ke arah pintu. Ada orang ketukkah tadi?.Atau dia tersalah dengar?..Lama dia diamkan diri tetapi bunyi itu sudah tiada..Jamil mengeluh,salah dengar agaknya..Dia duduk kembali. Bunyi deringan phone mengejutkannya sekali lagi..Ishh. Dia lihat si pemanggil.
"Helo?..Ya aku dekat rumah ni...Apa?..Maksud kau?. Tak,aku tak dapat-,"
PRANG!.
Jamil lompat ke atas sofa terkejut bila tingkapnya dibaling sesuatu..apakah?!.Dia lihat sesuatu yang menghentak tingkapnya itu. sesuatu berbalut kain putih di situ.
"Kejap wei nanti aku call balik,"Jamil tamatkan talian..Dia jenguk ke tingkap cuba lihat siapa yang baling itu tetapi tiada orang.
Perlahan dia turun ke bawah, kakinya cuba elak dari pijak sepihan kaca tingkap itu. Dia capai perlahan benda yang berbalut kain itu. Siapa yang baling ni?.Tangannya membuka ikatan di kain itu, dalamnya ada seketul batu. Dia lihat kain itu..macam ada tulisan..Dia bentangkan kain itu.
Tergamam dia melihat tulisan berwarna merah, terus dia lempar ke lantai...Inikah yang rakannya katakan tu?.Segera dia capai phonenya dan dail nombor seseorang.
"Ni Aku...Aku pun dapat,"
Jamil tatap lama kain di lantai itu...Kain bertulisan merah seperti dalam yang bertulis 'Selamat Pulang'.
Di luar seorang lelaki berpakaian hitam dan berhud memerhati Jamil dengan binokular. Senyuman sinis dilemparkan.Tangan menekan sesuatu.
"Selesai,".
Dia terus beredar menghilang dalam kegelapan malam.
*
*
"Ariella!,"Ariella toleh lihat rakan-rakannya melambai. Dia senyum terus lari kearah mereka.
"Ahh,I miss you guys..Elexa!,You're back!,"Ariella peluk rakannya dari sabah itu.
"Yeah I'm back, Rindunya aku sama kamu,"Elexa balas pelukan Ariella.
Selepas 3 hari sejak pendaftaran Sem, Hari ni bermulalah kelas pertama mereka. Selalunya hari pertama tak banyak sangat kelas...Masuk hari kedua dan ketiga baru pensyarah nak masuk. Macam sekarang, Ketua Sem cakap Kelas start pukul 2 petang. Punya lama nak tunggu.
"Nah Ella, Ada ole-ole dari sabah,"Elexa beri satu beg kertas sederhana besar.
"Wah apa ni?,kuih cincinkah?,"Ariella ambil beg itu.
"Of courselah, your favourite ya,"
"Ahhh Elexa, sayang kamu sangat,"Ariella peluk rakannya erat, dia suka kuih cincin dari sabah..rasa ori dari kuih cincin yang dijual di KL.
"Ell, kamu drivekah?. Tadi saya nampak En Zafel datang sendiri,"kata Darissa. Selalunya Ariella akan datang dengan Pensyarah itu ataupun si kembar.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...