Ariella bangun dari tidur, Urgh perutnya sakit. Setiap bulan macam ni teruk betullah. Dia lihat jam, dah pukul 7 pagi. Kelasnya pukul 8.30. Dia kena bangun sekarang.
Ariella turun dari katil. Urghh sakittt. Dia cuba tahan dan menuju ke bilik air.
10 minit dia bersiap, Hari ni gilirannya buat sarapan. Ariella meringkut sakit. Aduh sungguh dia tak boleh tahan...Sejuk tubuhnya rasa, Kepalanya rasa pening. Ariella ke katil dan terus baring.
*
Ketukan pintu menyedarkannya, Ariella terpinga. Dia terlelapkah tadi?. Perutnya masih mencucuk."Ella?, Kamu dah bangunkah?,"Suara Abang Iskandar kedengaran.
"Irghh,"Itu saja bunyi dia boleh buat.
Pintu dibuka sedikit dan Iskandar jenguk.
"Ella, kamu okaykah?,"tanya Iskandar. Selalunya adiknya sudah berada di bawah buat sarapan, Tapi hari tiada apa di meja sebab itu dia naik jenguk.
"Perut sakit,"Ariella mengadu. Iskandar terus masuk dekati adiknya, dia berkerut.
"Sakit kenapa?, kamu salah makankah?, Ciritkah tadi?, Nak abang bawa ke hospital?,"Iskandar tanya bertalu. Risau lihat wajah pucat adiknya itu.
"Bukan sakit tulah..Ni sakit bulan,"kata Ariella. Iskandar diam..Ohh sakit yang tu.
"Jangan tidur begini nanti lagi sakit, Abang buat sup bayam untuk kamu nanti, makan panas-panas. Kamu nak heatpad tak?,"tanya Iskandar, Dah biasa lihat adiknya sakit sengugut begini. Mereka tak mampu buat apa cuma boleh bagi adik mereka selesa sajalah.
"Kolej,"
"Tak payah pergi kolej, kamu dah sakit begini rehat saja di rumah. Nanti abang suruh Zaf beli surat MC untuk kamu,"Iskandar baringkan Ariella di posisi betul, diselimuti tubuh adiknya itu.Ariella diam saja tak mampu nak bersuara, letih menahan sakit akhirnya dia tertidur. Iskandar mengeluh saja. Dia beredar keluar dari bilik itu, dialah kena buat sarapan hari ni.
*
Mikhail tatap saja sarapan di meja itu. Egg and toast, Salad, buah-buahan. Ni mesti Iskandar buat sarapan ni..Mana Ariella?. Eskandar muncul membawa bubur oat ayam. Dia perasan Mikhail.
"Hah bangun dah kau,"
"Mana Ella?,"Mikhail hairan, bukan hari ni giliran Ariella buat sarapankah?.
"Dia senggugut,"kata Iskandar. Mikhail mengangguk faham. Dia duduk di tempatnya.Tak lama kemudian Asyraf muncul. Dia terhenti bila lihat sarapan di meja. Dia berkerut melihat sarapan di meja.
"Aku buat sarapan,"Kata Iskandar.
"Oh, kamu rupanya. Mana Ella?,"Asyraf dekati, Berkhasiatnya sarapan pagi ni.
"Ella tak sihat, Senggugut,"kata Iskandar. Asyraf mengangguk dan beredar ke dapur.
"Kau nak pergi mana?,"tanya Iskandar.
"Aku nak masak megi,"
"Jangan mengada!, Makan apa yang ada saja,"Iskandar menghalang.
"Jangan halang akulah,"Asyraf ingin ke dapur.
"Try me,"Iskandar mencabar Asyraf ke dapur.Asyraf diam, Dia mengeluh keras malas nak bergaduh. Dia duduk di tempatnya. Iskandar senyum kemenangan.
Dengar riuh rendah di bawah menandakan si kembar itu sudah turun.
"Meatball!,"Afnan berlari ke meja makan.
"Jangan ambil aku punya, Nan!,"Aariz mengejar.
"Tak ada meatball hari ni, makan apa yang ada saja,"kata Iskandar. Si kembar itu berhenti, mereka lihat sarapan yang ada.
"Mana Ella?,"Tanya Aariz.
"Ella tak sihat, Aku ambil alih,"
"Ella tak sihat?, Apa jadi?, Dia demamkah?,"tanya Aariz.
"Aku nak tengok dia,"Afnan pusing.
"Tak payah kacau dia, Dia tengah senggugut,"Mikhail berkata hentikan Afnan.
"Senggugut?,"Afnan berkerut, apa benda tu?.
"Ohhh, Piyet piyet,"Aariz berkata perlahan pada Afnan. Afnan buat mulut O dan mengangguk.
"So memandangkan Ella tak sihat, makanlah apa yang aku masak ni,"
"Alah, makan salad breakfast. Kebulurlah aku nanti,"Afnan mengeluh.Zafel muncul pula sambil mengikat tali lehernya.
"Ella tak sihat hari ni, Aku buat sarapan. Jangan tanya dah,"Iskadar berkata awal-awal, tahu akan ada lagi soalan 'Mana Ella'.Zafel terhenti, dia lihat makanan kemudian pada Iskandar.
"Tak sihat?, Dia MCkah hari ni?,"
"Ya, nanti kau tolong uruskannya,"Zafel mengeluh, dia toleh pada si kembar yang masih berdiri itu.
"Tunggu apa sini?, pergi makan cepat,"
"Tapi..salad,"Afnan buat muka sedikit.
"Jadi kambinglah pagi ni Nan,"Asyraf makan roti itu.
"Jangan merungutlah, syukur sikit ada juga makanan, Ni kalau aku tak tengok dapur tadi pakat kebulurlah kalian,"Iskandar beredar ke dapur.Tak lama lepas itu Abang Long turun ke bawah dengan briefcase. Harith tatap adik-adiknya..Haih lainnya hari ni...
"Ella senggugut," Ujar semua adik-beradik di situ kepada abang sulung mereka.*
*
Ariella buka matanya bila dengar phone berbunyi, Alarm apa dia set waktu-waktu begini?. Tangannya mencapai phone dan tutup alarmnya..kacau betullah!.Ariella mengeluh keras. Perutnya masih sakit. Dia lihat jam..dah pukul 10. Ariella bangun perlahan dan jalan menuju ke tandas.
Iskandar masuk ke dalam bilik adiknya dengan dulang makanan. Dengar bunyi air tahulah adiknya dalam bilik air, diletak dulang itu perlahan atas meja. Bunyi notifikasi mesej buatnya toleh. Iskandar tatap mesej itu, terus dia ambil phone adiknya.
NOTIFIKASI
Khairul Sem 4
-Ella, kamu tak datang kolejkah?, I miss you🥺Iskandar mencerum matanya, Dia tekan notifikasi itu masuk ke laman mesej. Banyak mesej Ariella bersama lelaki itu.
Dia skroll membaca mesej yang ada, Semakin dia baca semakin sakit hati rasa. Jari pantas saja copy mesej-mesej yang menyakitkan hati terus forward kepada Abang Long.
'Mesej lelaki itu dari phone Ella, jangan mesej..aku nak padam,'
Selesai menghantar mesej, dia padam segala bukti yang ada. Phone diletak kembali ke katil bila dia dengar bunyi pintu bilik air dibuka. Ariella terkejut sedikit bila abang Iskandar di dalam biliknya.
"Abang Is,"
"Are you okay princess?,Still hurt?, Abang buat bubur bayam untuk kamu, Dari tadi tak makan nanti perut masuk angin,"Iskandar senyum. Ariella senyum nipis jalan perlahan ke katil.
"Abang ni buat susah saja, Ella boleh turun makanlah nanti,"
"Alah nak susah apa untuk adik kesayangan abang sendiri. Ni ada sup juga, makan panas-panas sedap. Ada coklat jika kamu teringin benda manis. Heatpad dan minyak angin jika kamu sakit belakang,"Iskandar sediakan semuanya.Ariella senyum saja dengan semua yang abangnya bawa itu.
"Abang ni tahu saja apa yang wanita perlukan,"
"Mestilah, kamu satunya perempuan dalam rumah ni, kalau abang tak jaga siapa lagi nak jaga?. Harapkan abang-abang lain boleh tengok jelah,"Kata Iskandar. Ariella senyum.
"Kalaulah bakal suami Ella tak prihatin macam ni, Ella tak nak kahwin dengan dia,"Ariella sengih. Iskandar diam.
"Tak payah kahwinlah Ell, Susah nak cari lelaki yang prihatin macam abang zaman sekarang ni,"Ariella ketawa.
"Mana boleh, Ella nak kahwin nak ada suami hensem, anak-anak comel. Rumah besar yang ada playground untuk anak-anak Ella bermain. Mesti comel nanti,"Ariella mula berangan, dia terbayangkan seseorang. Adakah lelaki itu jodohnya?.
"Kamu siap ber-anak bagai, Dah ada boyfriendkah?,"Iskandar cuba mengorek rahsia. Ariella malu sedikit.
"Mana ada, tak ada sesiapalah bang,"Ariella menafilan tetapi telinga merah saja. Iskandar diam, Okay takpa, takpa.
"Dahlah, abang nak kemas bawah. Pastikan kamu habiskan makanan ni ya lepas tu berehat,"Iskandar memesan.
"Okay Abang, Terima kasih,"Ariella senyum saja.Iskandar keluar dari bilik adiknya, dia keluarkan phone. Mesej dari abang Long.
Harith
-Bagus, Teruskan kumpul maklumat yang ada.Iskandar simpan kembali phonenya, kaki melangkah turun ke bawah sambil kepala fikirkan kata-kata Ariella. Seperihatin manapun lelaki tu takkan sama dengan perihatin adik- beradik, Dia akan pastikan Ariella tak jadi mangsa lelaki durjana di luar sana
7 July 2023
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...