Bab 14

64 5 3
                                    

Ibupejabat Polis Kuala Lumpur, Bahagian siasatan Jenayah. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan berlari pantas. Dia kena laporkan benda ni pada ketuanya!. Tak hiraukan anggota lain yang tabik padanya, dia terus masuk ke pejabat.

"Tuan!,"Anggota polis itu mencari seseorang.

"Tuan Laith!..Tuan!,"Dia mencari di setiap pelusuk.

"Shah!, kau dah kenapa hah?, Menjerit-jerit macam tarzan, Aku kat sinilah,"suara seseorang memarahinya.

Shah terus toleh ke pantry. Orang yang dia cari selamba buat kopi di pantry..Shah segera dekati.

"Tuan..saya..saya dah...Huff.penat,"Shah tercungap-cungap kepenatan. Baru dia rasa penat selepas berhenti berlari.

Inspektor Laith mengeleng saja. Dia duduk di kerusi pantry itu menikmati kopinya. Shah turut duduk di hadapan Ketuanya.

"Hm kenapa kau ni?,Apa berita besar sangat sampai kau berlari separuh nyawa ni?,"tanya Inspektor Laith.

"Ni Tuan..Ni.."Shah tunjuk akhbar yang dia pegang sedari tadi.

Inspektor Laith perhati akhbar itu, wajahnya berubah sedikit.

"Mereka dah bertindak,"kata Shah.

Inspektor Laith diam, dia mengeluh perlahan. Akhbar itu ditutup kembali.

"Kita..nak buat apa sekarang ni?,"tanya Shah.

Laith diam saja...teringat peristiwa 16 tahun lepas menerpa di fikiran.

*
*
"Ariella~,"

Ariella toleh pada dua abang kembarnya berlari kearahnya.

"Abang Riz, Abang Nan, Tak ada kelaskah hari ni?,"

"Tak ada, Pensyarah kami sakit,"Afnan sengih.

"Mana kawan-kawan kamu?,"Aariz lihat sekeliling, selalunya Ariella akan jalan bersama 3 rakan tu.

"Mereka balik kuarters sebentar, malas nak ikut sebab tu Ella duduk sini,"

Aariz dan Afnan mengangguk faham.

"Kesian kamu, tak mengapa biar abang Riz teman,"Aariz peluk bahu Ariella.

"Hey, hey aku juga!,"Afnan turut rangkul bahu Ariella.

Ariella senyum saja, riuh betul abang-abangnya ni. Tiba-tiba dia terlihat seseorang..itukan?!.

"Abang Riz, abang Nan..Syh,"Ariella tarik kedua abangnya supaya sembunyi.

"Kenapa?, kenapa?,"Afnan hairan.

Ariella letak jari di bibir, dia jenguk sedikit di koridor yang berhubung dengan bilik pensyarah itu..Aariz dan Afnan turut menjenguk. Mereka lihat Abang Zafel mereka bersama seorang pensyarah cantik.

"Itu Miss Estellekan?,"Aariz kenal pensyarah yang paling cantik itu, Juga seorang MUA terkenal di luar kolej.

"Apa mereka buat tu?,"Afnan berkerut.

Mereka lihat saja abang mereka berbual dengan Miss Estelle .Miss Estelle ketawa entah apa yang dibualkan, Sesekali dia cuba pegang baju Zafel. Gaya macam nak mengoda pun ada.

"Ish,ish,ish teruknya,"Afnan mengeleng.

"Apa yang teruknya abang Nan?,"Ariella hairan.

"Ingat Abang kita nak tergodakah bila dia buat begitu?,"Aariz mengeluh.

Ariella diam, apa yang abang kembarnya maksudkan?. Tak lama kemudian Miss Estelle beredar dari itu. Zafel mengeluh saja mengeleng. Dia toleh belakang ingin beredar, terhenti dia bila lihat 3 kepala menjenguknya dari balik dinding. Sengih saja 3 kepala itu.

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now