Ariella pulang ke rumah, Jam menunjukkan pukul 7.47 minit malam. Aduh penatnya rasa.
"Ariella,"
Terkejut si gadis itu dengar suara abangnya. Dia lihat Abang sulungnya berpeluk tubuh memandangnya. Semua abang-abang berada di ruang tamu.
"Abang Harith,"
"Kenapa lambat?, Dah pukul berapa ni?, Abang cakap apa pagi tadi?,"Bertalu soalan diberi.
"Er Abang, sabar dengar dulu..Ella memang keluar mall pukul 6 tapi jalan jammed. Ada accident di hadapan. Sampai subang baru lancar,"Kata Ariella.
"Betulkah?,"
"Ya betul bang, Ella cuba balik secepat yang mungkin,"Kata Ariella. Harith diam.
"Hm baiklah. Lain kali jika jammed mesej abang, Kamu buat abang risau tau tak,"
"Maaf abang. Ella naik dulu..nak solat,"
"Ya pergilah cepat, ada 30 minit lagi nak habis Margrib,"
Ariella senyum dan beredar..dia berselisih dengan Abangnya. Harith terbau sesuatu pantas dia pegang lengan Ariella. Ariella terhenti kenapa?.
"Kenapa ada bau perfume lelaki kat kamu?,"Harith berkerut. Ariella tersentak.
"Hah perfume lelaki?!,"Aariz dan Afnan berkata serentak.
"Perfume apa?,"Iskandar bangun dekati Ariella.
"Ella, kenapa bau perfume lelaki?, kamu cakap girls sajakan?,"Mikhail turut bau perfume itu. Dia tahu bau perfume adiknya. Dan ini bukan perfume Ariella. Ni bau kasar dan keras.
"Hugo boss, Lelaki saja pakai perfume ni. Ariella, kamu keluar dengan siapa?,"Tanya Iskandar.
"Abang-abang sekalian, bagi Ella solat dulu. Nak habis waktu dah ni..Nanti Ella cerita,"Ariella lihat jam...Harap sempatlah, dia tak nak qada.
"Hm pergilah solat dulu,.nanti turun,"Harith lepaskan pegangannya.
Ariella mengangguk dan terus lari naik ke atas..ada beberapa minit lagi. Abang-abangnya perhati saja..Wajah masing-masing keruh memikirkan pelbagai kemungkinan.
**************
Ariella turun ke bawah selepas solat Isyak, Alang-alang saja tu. Dia lihat abang-abangnya di ruang tamu."Ariella, Mari sini,"Harith memanggil adik bongsunya.
Ariella mengeluh perlahan..Dia dekati abang-abangnya. Semua mata memandangnya serius..rasa macam duduk di muka pengadilan saja. Ada Tuan Hakim serta penolongnya.
"Baiklah, Bagitahu abang kenapa ada bau perfume lelaki di tubuh kamu?,"
"Saya t-
"Jangan cakap kamu try ya, Abang tak percaya,"
Ariella diam. Dia baru nak sebut.
"Um..Baiklah, Sebenarnya memang ada lelaki dengan kami tadi,"
"Dah agak dah!,"
"Ariella, sampai hati kamu tipu abang ya,"Harith geram.
"Tak, dengarlah dulu. Plan asalnya memang kami 4 orang perempuan saja. Lepas tu tiba-tiba kami terserempak dengan geng lelaki satu kolej dengan kami nak tengok wayang sekali. Alang tu kawan Ella cakap suruh join sekalilah..Tu yang..,"
"Tapi kenapa ada bau perfume lelaki pada kamu?..Bau perfume tu melekat jika kamu dekat dengan mereka saja,"
Ariella diam..perlukan dia cakap ni?..Tapi jika dia tipu abang-abang marah pula.
"Bau perfume tu lekat sebab..Ella terpeluk salah seorang lelaki tu,"
Terkejut para abang mendengarnya.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...