Ariella lihat kelendernya, 29hb Jun. Dia macam ingat sesuatulah tentang tarikh ni. Tapi apa?. Ariella berkerut cuba ingat..Ada apa 29hb ni ya?. Ariella teringat. Hari kematian bonda dan ayah!.
Walaupun dia tak ingat wajah Ibubapanya tetapi dia tetap ingat tarikh kematian itu.
'29 jun tarikh Ayah dan Bonda jumpa Allah SWT, Ingat tarikh tu ya Princess,'
Ya abang, Memang dia sentiasa ingat. Setiap tahun dia akan melawat kubur Ibubapanya. Agak-agak sempat tak dia nak lawat kubur lepas habis kelas nanti?. Ariella lihat jadualnya. Kelas tamat pukul 4.30, Sempat rasanya nak lawat sekejap. Ariella senyum. Beg digalas terus keluar dari biliknya.
Dia bergegas ke ruang makan. Wah bau sedap ni. Seperti biasa suara si kembar itu bergaduh dan suara abang Iskandar membebel memeriahkan suasana.
"Selamat pagi!,"Ariella senyum.
"Pagi Princess,"Abang-abangnya membalas. Ariella senyum.
"Abang-abang sekalian, Hari ni kita ke kubur nak?,"Terhenti segala keriuhan itu, semua toleh kearah Ariella.
"Kubur?, kenapa?,"Iskandar hairan.
"Ish, tak ingatkah hari ni hari apa?,"Ariella cebik. Suruh dia ingat, abang-abangnya sendiri tak ingat. Mereka berpandangan.
"Ah ya, Abang dah ingat sekarang..29 jun,"Kata Harith. Yang lain diam..ohh.
"Yup, jadi kita lawat Ayah dan Bonda petang ni nak?,"Ariella senyum mengajak.
"Petang ni?, Abang kena tengok site petang ni,"Harith mengeluh, Hari ni pula klien nak tengok site.
"Yakah?,Abang Asy?, Abang Is?,"Ariella toleh pada Iskandar.
"Abang nak beli barang petang ni,"kata Asyraf, gilirannya beli barang dapur.
"Abang kena ajar budak-budak baru,"kata Iskandar. Ariella diam, dia toleh pada Zafel dan si kembar itu.
"Abang ada kelas petang,"kata Zafel.
"Samalah, time-time ni nak buat kelas extra. Bosan betul,"Afnan mengeluh.
"Hmm, jadi semua sibuklah hari ni?,"
"Maaf sayang,"Harith serba-salah.Ariella mengeluh saja, Dia terfikir sesuatu.
"Kalau begitu, boleh tak Ella pergi sendiri?,"Ariella meminta.
"Nak pergi sendiri?, kamu tahukah kubur mereka?,"
"Ish tahulah, macam tak pernah melawat saja. Masa raya tu Ella yang jumpa kubur mereka tau,"Ariella cebik. Harith senyum saja.
"Bahayalah kamu pergi sendirian, esoklah kita pergi beramai-ramai,"
"Tak nak, esok dah 30hb. Tak sama dengan hari ni, Ella nak pergi hari ini juga,"Kata Ariella.
"Tapi,"
"Ella nak lawat mereka saja, bukan nak pergi mana-mana pun. Bolehlah abang, Ella janji lepas lawat mereka Ella terus pulang,"Ariella meminta.Harith diam, dia teragak ingin benarkan adiknya pergi kubur bersendirian. Tapi bukan ada apapun di situ, mungkin tak bahaya. Haraplah.
"Baiklah,"Harith mengalah.
"Abang izinkan?,"Ariella gembira.
"Ya, pastikan pulang terus selepas habis lawat sebelum pukul 6, Dan jangan berbual dengan sesiapa,"Pesan Harith.
"Yeah, terima kasih abang!,"Ariella gembira, tak sabar nak lawat Ibubapanya.
*
*
Tanah perkuburan Al-Nur. Seorang lelaki berdiri menatap kubur di hadapan, kubur besar yang menempatkan pasangan suami isteri itu."Dah lama aku tak lawat kau Ariq,"Lelaki itu bersuara.
"Hari ini 29 Jun, Dah hampir 16 tahun. Kalaulah kau masih hidup mesti Syarikat kita sudah maju, Macam yang kau janjikan dulu,"Lelaki itu senyum.
"Kalaulah kau beri saja apa yang aku nak, pasti semua ni takkan terjadi. Kau yang tamak Ariq, Kau nak bolot semuanya yang kita usahakan. Kau lebih percaya lelaki tu dari aku. Kawan baik kau sejak kecil,"Lelaki itu tunduk.
Teringat peristiwa itu. Peristiwa yang buatnya hilang rasa hormat pada lelaki ni.
'Mentanglah kau berpangkat Tan Sri kau sanggup buang kawan kau sendiri!, Dasar kacang lupa kulit!,'.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...