Bab 8

70 7 0
                                    

Ketukan pintu menyedarkannya. Harith toleh melihat Mikhail masuk dengan fail di tangan. Mikhail tunduk melihat bingkai gambar di tangan Harith. Dia tahu itu gambar keluarga mereka.

"Nah, ni untuk tandatangan,"3 buah fail diberi. Harith mengeluh, dia letak kembali bingkai gambar itu.

Mikhail lirik gambar itu..gambar masa hari jadi Ariella yang pertama..dan juga gambar terakhir sebelum ibubapa mereka meninggal. Sayu hatinya melihat senyuman Ibubapa mereka itu.

"Apa lagi nak kena tandatangan?,"tanya Harith. Mikhail hanya mengeleng.

"Ada apa-apa tak lepas ni?,"

"Meeting dengan Datuk Emran pukul 2 petang nanti, Lepas tu tengok site kita di Subang,"kata Mikhail. Harith mengangguk.

Banyaknya kerja. Rasa macam nak berhenti saja. Tapi jika dia berhenti syarikat keluarga mereka akan jatuh..Ini saja satunya peninggalan dari arwah Ayah pada mereka 8 beradik.

"Ada apa-apa lagikah?,"tanya Harith. Mikhail perhati gambar itu.

"Bila nak mula?,"tanya Mikhail.

Harith diam, dia sandar.

"Sabar,"

"Sampai bila?,"Mikhail mengetap.

"Sampai masanya nanti,"

"Harith!,"Mikhail geram dengan jawapan itu.

"Restrain yourself,"Harith berkata lagi sekali pakej jelingan.

Mikhail pejam mata dan tarik nafas perlahan kemudian hembus.

"Asyraf tengah uruskan, kita tunggu waktu saja. Jadi sementara itu jangan ada sesiapa lakukan apa-apa,"kata Harith. Mikhail buka semula matanya.

"Apa kalian buat semalam?,"

Harith diam, dia senyum sedikit.

"You have no authority to talk to me, I'm still mad at you, Shuh,"Harith gerak jarinya kiri kanan menghalau.

"Hesh!, Macam pondan kau punya tunjuk perasaan tu, Sudahlah," Mikhail ambil fail-fail itu kembali dan beredar.

Harith senyum, bukan dia nak tunjuk perasaan, sengaja nak kacau adiknya sorang ni.

Harith sandar kembali, dia teringat kejadian semalam. Wajah pucat lelaki tu..Dia senyum sinis. Bagus memang itu yang dia mahukan.

Ting, Mesej berbunyi. Harith lihat mesej.

Asyraf
-I got it

Harith senyum..seperti yang diharapkan oleh adik no 3nya. Dia buka group wasap dan taip sesuatu. Group yang hanya 7 lelaki tu saja di dalam.

-Meeting at 8, jangan pergi mana time tu.

Aariz
-Alah, kami baru nak lepak mamak malam ni, ada perlawanan bola.

Iskandar
-Aku stay gym ni, time nilah nak buat meeting pula.

Afnan
-Meetinglah hari lain, Malam ni Chelsea vs M-city. Kami nak lepak Mamak.

Harith
-Takde,takde. Yang ni lebih penting dari Mamak kalian tu..pukul 8 sharp di 'tempat tu'.

Aariz
-Abang Long😭

Afnan
-Chelsea😭😭

Zafel
@Abg Long..Roger
@Budaknakalno2...Tak payah nak Chelsea sangatlah, dengar cakap Abang long tu.

Afnan
-Booo

Iskandar
-Tak payah nak Booo, tak comel langsung. Ella je boleh buat comel begitu.

Afnan
-Gi mampus lu
-💩💩💩

Harith senyum saja dengan mesej group itu. Ada saja yang nak digaduhkan..tak matang betul walaupun semua dah besar. Dia tatap gambar keluarganya semula.
    'Ayah, Bonda..Harith akan pastikan kematian kalian tidak menjadi sia-sia!,'

27 March 2022
-⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now