-20 tahun lepas-
"Ini anak kami, Shafiq Fareeq, Panggil Fareeq saja,"Dato Mohsin mengusap kepala Fareeq yang bersembunyi di belakangnya.
"Hai Fareeq, comelnya dia. Sebaya si kembar kami agaknya,"Puan Sri Alina senyum.
"Ya baru 5 tahun,"Datin Aida senyum.
"Aariz, Afnan mari jumpa kawan baru, Harith bawa mereka ke sini,"Anak lelaki sulungnya dekati, Si kembar itu bersembunyi di belakang Harith.
"Aariz, Afnan mari jumpa kawan,"
"Kenapa mata dia pelik?,"Afnan bersuara.
"Eh, Afnan kenapa cakap begitu?, Tak baiklah,"Puan Sri Alina menegur.
"Dah mata dia pelik, warna tu,"
"Afnan, Jangan celupar,"Harith menegur pula. Afnan diam dan tunduk.
"Mata dia tak pelik, cuma warna lain dari kita. Ikut mata Anty Aida tu,"Harith mengusap kepala Afnan.
"Ya, Mata Anty pun warna grey. Tengok ni,"Datin Aida senyum tunjuk matanya. Afnan diam..Ohhh.
"Nak mata macam tu juga!,"
"Eh kamu ni,"Aariz berkerut.
Ketawa saja mereka yang mendengar. Fareeq terkelip-kelip saja, Dah kenapa nak warna mata sama macamnya?.
*
*
Aariz dan Afnan menjenguk di sebalik tangga, Fareeq perhati saja di belakang mereka.
"Kita tunggu apa ni?,"Fareeq pelik.
"Syhh, diamlah..tengok saja,"Afnan sengih.
"Dia dah datang,"Aariz teruja. Fareeq turut menjenguk di belakang Afnan.Iskandar yang baru pulang dari latihan di sekolah terus ke dapur, Peti sejuk dibuka. Jus kegemarannya dikeluarkan. Rutin setiap kali balik dari latihan. Jus dituang ke dalam gelas, Iskandar mula minum jus itu. Sebaik saja air masuk ke tekak, dia rasa sesuatu yang pelik. Tersembur air itu..Masin!!. Terbatuk-batuk dia.
"Ahahahaha!!,"Ketawa kuat si kembar itu bila prank mereka berjaya. Fareeq terkelip melihatnya.
"Aariz!, Afnan!,"Iskandar tempik geram.
"Lariiii!!,"Afnan tarik tangan Fareeq supaya berlari sekali.Riuh rumah itu dengan sesi kejar-mengejar dan tempikan.
"Apa riuh rendah ni?!,"Mikhail terpaksa masuk campur bila si kembar itu sembunyi belakangnya.
"Mereka masukkan garam dalam jus Is!,"Iskandar marah.
"Mana ada!, Abang Is tipu,Kami tak buat pun!,"Afnan menafikan.
"Tak payah tipulah!, Aku tahu kalian buat!,"Iskandar ingin menyerang sebelum Mikhail menghalang.
"Iskandar, Stop,"
"Apa kecoh ni?, Dari atas dengar,"Harith muncul pula bersama Asyraf.
"Harith, Handle si kembar ni. Mereka prank Iskandar,"
"Abang Mika!,"Aariz dan Afnan merungut.
"Kalian buat apa pula ni?, Aariz?, Afnan?,"Harith pandang si kembar nakal itu.Tunduk saja Aariz dan Afnan, Fareeq terpinga saja berada di ruang pergaduhan. Teragak-agak dia tak tahu nak buat apa.
"Asy, Jaga Fareeq. Kalian berdua ikut abang,"Harith mengarah.
"Jom Fareeq, kita main komputer,"Asyraf mengajak.Fareeq teragak untuk tinggalkan dua rakannya itu. Tetapi Mata Harith beri isyarat suruh pergi. Terpaksa dia ikut Asyraf pergi. Aariz dan Afnan tunduk saja gugup.
"Abang Asy, Aariz dan Afnan okaykah?. Abang Hayes tak pukul merekakan?,"Fareeq menyoal sambil bermain game di komputer bersama Asyraf.
"Jangan risau, Abang Hayes takkan pukul. Cuma mereka kena hukumlah. Kamu jangan nakal-nakal macam mereka tau kalau tak nak Abang Hayes hukum juga,"Asyraf berkata. Fareeq mengangguk faham.4 bulan dah dia berkawan dengan adik-beradik itu, Walaupun janggal pada mulanya sebab dia tak ada adik-beradik. Tapi keluarga itu tetap layannya seperti seorang adik juga..Buatnya rasa gembira.
*
*
"Fareeq!, Kami dapat adik girl!!,"Afnan gembira. Fareeq yang baru tiba terkejut, Nasib tak rempuh pintu tadi.
"Girl?, Alhamdulillah tahniah Alina. Dapat juga perempuan,"Datin Aida tumpang gembira.
"Setelah 7 orang lelaki, Dapat juga anak perempuan di saat akhir ni,"Pun Sri Alina senyum.
"Eh apa cakap begitu?, Kamu muda lagi still boleh tambah,"
"Cukuplah Sin, 8 orang dah semuanya. Kalian tu yang patut tambah, Bagi adik pada Fareeq," Tan Sri Ariq tepuk bahu rakannya. Mereka ketawa bersama.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...