Gambar Jamil dipangkah, selesai satu mangsa mereka. Tinggal dua saja lagi.
Harith mengetuk-ngetuk jarinya ke meja sambil memandang gambar dua lagi 'bakal jenazah' itu. Salah seorang lelaki di gambar tu memang dia takkan lupakan..Teringat apa yang orang itu buat pada keluarganya 16 tahun lepas.
"Apa kita nak buat dengan seorang lagi ni?,"Mikhail bersuara.
Di bilik itu, semua adik-beradik lelaki berkumpul. Bilik rahsia disebalik almari baju yang hanya 7 orang tu saja dibenarkan masuk kecuali Ariella. Agak besar juga bilik rahsia ni, siap ada sofa dan meja snooker lagi.
"Lelaki tu pasti dah tahu yang dia bakal jadi mangsa seterusnya, sebab dua 'sahabat' karibnya dah mampus,"Ujar Iskandar sambil menunggu giliran bermain snooker. Sekali-sekala layan dua kembar ni bermain.
"Opss, sorang lagi masih komalah..tak mampus lagi,"Kata Mikhail. Ya, Raslan tak mampus lagi. Tak sangka dia boleh koma pula. Betullah firasat Afnan hari itu.
"Tak kisahlah, janji sorang ni saja tinggal,"kata Harith. Mereka lihat gambar itu.
"Malangnya dia tak boleh minta bantuan sesiapa sebab dia bekas banduan,"Kata Asyraf berbaring elok di sofa sambil tatap laptopnya.
"Wei giliran kau,"Aariz beri ruang pada Afnan. Afnan membongkok badannya mengambil posisi untuk memukul bola.
"Rasanya kita ada dua orang yang perlu diperhati..Lelaki ni dan Tuan Inspektor tu,"Harith tunjuk gambar Inspektor polis yang menyiasat kes ini.
"Ini Inspektor yang datang rumah kita hari tukan?,"Zafel berkerut lihat gambar itu.
"Ya dialah tu. Dia dah mula syak kita,"Kata Mikhail.
"Semua salah dua kembar siam ni lah,"Iskandar berkata seraya memukul belakang Afnan dengan kayu snookernya.
"Aduh bongok, Sakitlah sial!. Orang nak pakai lama lagi kut tulang belakang ni!,"Afnan mendesir sakit. Aariz sengih kelakar, nasib dia duduk jauh.
"Korang buat kerja tak clean tau tak, lelaki tu tak mampus pun, lepas tu tinggal macam tu saja,"kata Iskandar.
"Dah polis tu datang, takkan kami tak lari?,"kata Aariz.
"Bukan salah kami, dia yang datang awal..kami tak sempat nak bunuh dia,"Afnan pertahankan diri.
"Tapi dia tak nampak kamikan?, Cuma sekilas sajakan?..Apa masalah?,"Aariz turut menyokong adik kembarnya.
"Hm, sebab tu aku cakap jangan bagi dua ekor ni buat, tak pasal-pasal kita dah jadi suspek, setan pun tak mati,"Zafel mengeluh keras.
"Yelah salah aku. Aku hilang kawalan, Maaf,"Afnan mengaku kesalahannya. Dia tunduk sedikit. Mereka diam.
"No, tak perlu salahkan diri atau sesiapa. Memang polis sudah masuk campur dalam hal ni,"kata Harith. Dia tak nak Afnan rasa begitu. Afnan senyum dan angkat bahunya, dia sambung bermain snooker.
"Apa nama Tuan Inspektor tu?,"tanya Iskandar.
"Inspektor Laith Kamel,"Balas Mikhail.
"Hah?, Naik camel?..Naik untakah?..Unta Afrika atau Unta padang pasir?,"laju saja mulut Afnan menyoal.
"Hesy, mana ada unta dekat Afrika, gila apa kau ni,"Aariz menampar kepala Afnan.
"Laith Kamel, kau buat lawak lagi aku potong markah assignment korang,"Zafel beri amaran.
"Eh, apa kena-mengena aku?, Potong markah budak ni sorang sudahlah," Aariz berkerut. Dia tak cakap apapun apasal dia kena sekali?.
"Inspektor ni bukankah yang..,"Ashraf bagai teringat sesuatu.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...