Bab 60

15 3 2
                                    

Ariella perhati taman bunga di rumah hijau itu, Tulip. Jarang dia lihat Bunga Tulip di Malaysia ni, Ingatkan susah nak tumbuh dengan cuaca di Malaysia ni. Ariella senyum saja dengan keindahan taman di situ.

Semalam semua abang-abangnya berada di sini, termasuk Shafiq. Dia tak tahu apa yang berlaku dan kenapa mereka kena berada di rumah ni tetapi dia hanya diam saja. Pasti ada sebab kenapa abang-abangnya masih berahsia. Tangan mengelus kelopak-kelopak bunga di situ.
  
"Cantikkan?,"

Shafiq muncul dari belakang. Ariella senyum dan mengangguk.
    
"Saya tak sangka Tulip boleh tumbuh di Malaysia,"Ariella masih mengelus bunga tersebut.
    
"Tulip perlukan suhu yang rendah dan kelembapan 80%. untuk tumbuh. Sebab itu ia ditanam di rumah hijau supaya suhu tidak terlalu tinggi memandangkan cuaca di Malaysia panas. Ambil masa juga untuk bunga ini serasi dengan cuaca di Malaysia ni,"Kata Shafiq.
      
"Kamu yang tanamkah bunga ni?,"tanya Ariella. Shafiq hanya tersenyum.
     
"Saya tak tanam, Tukang kebun yang tanam. Jika saya tanam tak jadi rumah hijau, Ia akan jadi rumah baja,"Kata Shafiq.

Ariella hanya ketawa, Dia senyum melihat keindahan rumah hijau itu.
      
"Saya pun ada taman juga dulu..Taman Ros,"Ariella membuka cerita. Shafiq mendengar.
      
"Bonda sukakan bunga, Abang Harith pernah cerita waktu Bonda hamil dia minta Ayah tanam bunga ros di taman. Bonda mengidam nak tengok bunga ros. Jadi Ayah pun ikutlah kehendak Mama penuhi laman dengan taman bunga Ros. Bonda gembira sangat, selalu habiskan masa di taman tu. Tak sangka pula masa itu Bonda lahir anak perempuan. Ayah beri nama Ariella Rose sempena bunga kesukaan Bonda,"Ariella senyum saja. Shafiq turut tersenyum.
   
"Tapi, Taman tu sudah tiada. Saya tak tahu apa berlaku. Abang cakap semua bunga di situ layu selepas Ibubapanya kami meninggal. Saya cuma ingat sedikit sebanyak saja,"Dia mengeluh. Shafiq senyum saja.
    
"Ia sebuah taman yang cantik. Kamu suka berlari-lari di taman itu. Kadang kamu petik kelopak bunga itu dan makan..Panik Abang-abang kamu masa tu tapi kamu tetap dengan tabiat suka makan kelopak bunga ros,"Shafiq berkata. Ariella toleh.
      
"Saya ingat di situ ada fountain dan kolam ikan koi. Saya ingat Afnan bawa kamu berenang dalam kolam ikan tu, Aariz join sekali. Lepas itu kita kena marah dengan Abang Harith, Sekali saya kena marah sebab tak halang,"Shafiq ketawa teringat masa lalu. Ariella hanya diam.
      
"Kita berempat rapat sangat dulu, Mungkin sebab kita saja budak-budak masa itu. Kamu rapat dengan saya berbanding si kembar tu. Tapi apapun kita tetap rapat,"Shafiq tersenyum.
Ariella tunduk sebentar.
      
"Kamu pernah duduk bersama keluarga saya dulu?. Kenapa saya tak ingat kamu jika kamu cakap kita begitu rapat?,"Ariella berkerut. Shafiq mengeluh perlahan dan toleh.
     
"Banyak yang kamu tak ingat Ariella. Tapi lebih baik jika kamu tak ingat apa-apa. Kebenaran akan jadi menyakitkan jika kamu tahu semuanya,"kata Shafiq. Ariella tatap mata lelaki itu.
       
"Tapi kebenaran itulah yang mungkin akan buat saya ingat memori zaman kecil saya. Saya langsung tak ingat apa-apa pasal Ibubapa saya, Taman tu dan kamu. Saya cuma boleh dengar apa yang abang-abang saya ceritakan dan boleh bayangkan saja..,"Ariella berkata perlahan.

Shafiq dekati Gadis itu.
      
"Kamu nak tahu kebenarannyakah?, Bagaimana jika kebenaran itu sesuatu yang kamu tak boleh terima?,"tanya Shafiq. Ariella diamkan diri.
     
"Kamu tahu kebenaran tentang sayakah?. Boleh kamu cerita apa berlaku?,"tanya Ariella pula.

Shafiq terdiam, dia tunduk sebentar. Kemudian dia mengeleng.
      
"Bukan tempat saya untuk cerita, Saya pun tak tahu sangat apa berlaku. Kamu kena tanya abang kamu sendiri,"kata Shafiq. Ariella mengeluh saja.

"Oh, Sini kalian rupanya!,"

Ariella dan Shafiq toleh ke arah Aariz dan Afnan yang baru masuk ke rumah hijau itu.
      
"Mentanglah kitorang dah tahu siapa kau, Terang-terang ya berdating dengan Ariella?,"Afnan mencekak pinggang.
       
"Mana ada, Kami baru nak berdating, Kalian kacau daun lah,"Kata Shafiq.
      
"Hotak kaulah,"Aariz duduk di bangku rumah hijau itu. Sejuk juga di sini rupanya.
      
"Ni rumah siapa sebenarnya?, Kau kata bukan rumah kau,"tanya Aariz.
      
"Rumah Mr. Incognito,"Shafiq senyum.
      
"Mr. Incog-something tu bukan kaukah?, Kau ada identiti lainkah?,"Afnan membelek bunga di situ. Shafiq senyum.
       
"Maybe,"

Ariella toleh pada Shafiq.
       
"Jadi siapa di depan saya sekarang ni?. Shafiq Al-Nahl?, Shafiq Fareeq atau Mr Incognito?,"tanya Ariella.
Shafiq toleh pada Ariella. Dia senyum nipis.
       
"Saya boleh jadi Shafiq Al-Nahl jika bersama kamu, Saya boleh jadi Shafiq Fareeq jika bersama abang-abang lain dan saya boleh jadi Mr. Incognito bila saya perlukan. I can be anyone you like, Flower,"Kata Shafiq. Ariella tersipu.
      
"Saya suka Shafiq Al-Nahl lagi..Si lebah saya,"Dia tersipu malu. Shafiq senyum saja.
   
"Eii menyampahnya dengan orang bercinta ni,"Afnan sudah duduk sebelah Aariz berkata.
   
"Tulah, Orang kalau dah suka kentut pun bau bunga,"Aariz jeling ke atas.
    
"Jeleskah saya dah ada girlfriend dari kalian?,"Shafiq sengih.
    
"Jaga sikit, Tu adik kitorang tau. Kawan tak kawan, kalau kau buat apa-apa pada Ella memang makan kakilah jawabnya,"Afnan angkat kakinya.
     
"Tahulah, Aku takkan sakitkan Ella. I fall for her since highschool, Remember?,"Kata Shafiq. Ariella tunduk kemerahan.
    
"I don't carelah Highschool atau Kindergartenkah. Janji kau jangan sakitkan hati Ella,"kata Afnan.
     
"Oright,"Shafiq sengih.

Ariella ketawa saja dengan gelagat abang-abangnya itu. Seronok hatinya bila tiga lelaki ini berbaik. Tiba-tiba phone Shafiq berbunyi. Dia tatap phonenya dan mengeluh.
    
"Saya ada kerja, Nanti kita berbual lagi ya Ella,"Shafiq senyum.
    
"Baiklah, Hati-hati,"Ariella melambai.
Shafiq keluar dari rumah hijau itu. Ariella mengeluh dan toleh pada abang-abang kembarnya. Mereka mengangkat bahu saja.
*
*
Afnan bertembung dengan Wanita yang menjaga Ariella itu. Wanita itu masih memakai topeng tetapi Afnan tahu siapa orang di sebalik topeng itu. Mereka bertatapan lama. Afnan jalan dekati wanita itu.
   
"Sampai bila kamu nak sembunyi rahsia dari Ella?,"tanya Afnan. Wanita itu diam.
    
"Sampai dia sendiri tahu,"Wanita itu senyum. Afnan cebik.

"Perlukah aku tunjuk diri aku yang sebenar?, Aku lebih selesa lindungi dia sebagai 'Rin',"Wanita itu berkata lagi.
     
"Kenapalah nak menyusahkan diri?. Semua dah terbongkar. Bos kamu tu pun sudah tahu identitinya. Takkan kamu anak buah masih nak berahsia?,Tak perlu nak simpan lagi,"kata Afnan. Wanita itu senyum.

"Itu Boss, He can do whatever he want, but not me,"Wanita itu dekati Afnan.
      
"No one know my secret,"Dia membisikkan di telinga Afnan.

Afnan diam saja. Dia tunduk sedikit wajahnya separa wanita itu.
       
"I know, even before your Boss',"Suara garau itu menebus telinga wanita itu.

Afnan beredar meninggalkan wanita itu terkaku. Wanita itu tunduk dan mengeluh. That man is dangerous.
   

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now