Bab 47

38 6 1
                                    

Ariella mencuba resepi baru untuk makan malam ini. Setiap step ditiru satu-persatu. Chicken parmigiana menjadi hidangan malam ini, masakan western kau.

Ariella tersedar sesuatu..Alamak!, telur tak cukup!. Macam mana dia nak salut semua ayam tanpa telur, tak sedaplah nanti. Ariella mencari jika ada lebihan telur di peti sejuk tetapi hampa.
      
"Alahh, kenapalah time macam ni?, Sempatkah nak masak ni?,"Ariella lihat jam. Dah pukul 8 malam.

Abang-abangnya semua berada di atas jadi sunyi pula rumah tu.
Ariella diam. Kalau dia keluar sebentar abang-abangnya tak perasan agaknya?. Mereka keluar jika dia panggil makan saja.

Ariella teragak sedikit, patutkah dia keluar hanya nak beli telur saja?. Tapi itulah barang penting nak buat ayam ni. Ariella tarik nafas perlahan..baiklah.

Apron dibuka dan digantung, dia tutup dahulu semua bahan yang ada. Sekejap saja rasanya. Ariella menjenguk jika abang-abangnya sudah keluar..sunyi saja. Dia senyum dan capai kunci keretanya. Pintu dibuka perlahan sebelum dia keluar dari situ. Maaf abang-abang..Ella keluar sekejap saja.

Di dalam bilik rahsia, Mereka masih berbincang mengenai Shafiq. Setakat ni mereka sudah dapat tempat tinggalnya.
     
"Petaling pasti area taman ni, takkan dia duduk kondo pula,"kata Iskandar.
     
"Boleh jadi dia duduk kondo, sebab kawasan yang dekat dengan mid valley hanya kondo saja,"Balas Asyraf pula.
     
"Jenuh nak carikan rumah dia satu-persatu,"Iskandar mengeluh.
    
"Kenapa kita tak serang rumah dia dekat Intan permata tu saja?,"tanya Afnan.
     
"Kamu tak dengarkah dia cakap tu rumah sewa saja, Ada rakan dia duduk situ juga. Takkan kita nak serang rakannya sekali,"Zafel membalas. Afnan mengeluh keras.
     
"Sekurangnya kita tahu rumahnya di mana walaupun bukan exact location,"
      
"Ariella yang tanya rumahnya di mana, Nak harap kita memang takkan dapatlah,"Kata Asyraf. Mereka diam.
      
"Senang betul lelaki tu beritahu bila Ella tanya rumahnya, Rasa dia memang tak syak apa-apa tentang Ella,"Zafel berkata sambil tatap tabletnya.
       
"Apapun nanti kita-,"
       
"Jap, Kenapa lampu sensor di pagar luar menyala?,"Asyraf bersuara, Dia tergerak hati ingin lihat CCTV luar rumah dan dia lihat lampu sensor menyala.
        
"Lampu sensor?,"Harith lihat CCTV luar, Yalah kenapa menyala?.Ia akan menyala bila ada yang masuk rumah mereka saja.
        
"Tengok Ella di mana?,"soal Mikhail.
Asyraf mencari kelibat Ariella di CCTV dalam rumah pula..Dia berkerut.
       
"Ella tak ada dalam rumah,"

Pantas mereka bangun dan keluar dari bilik itu, Mereka berpecah mencari adik perempuan mereka.
      
"Ella!,"
      
"Ariella!,"
      
"Dalam bilik tak ada,"Laung Zafel dari atas.
      
"Takkan dia keluar rumah kut?, Dia ke mana?,"
        
"Asy!,"
        
"I'm on it,"Asyraf cuba check lokasi phone Ariella, Dia berkerut.

"Phone dia di rumah,"kata Asyraf
    
"Abang,"Aariz keluar dari dapur memegang phone Ariella.

"Dia tak bawa phone?!, Habis tu nak cari dia macam mana?!,"Iskandar resah dan geram dengan adik perempuan ni, Dah larang dah jangan keluar rumah malam-malam!.

"Check gelang kaki Ariella,"Arah Harith.

Asyraf mengangguk dan cari jejak adik mereka melalui peranti di gelang kaki Ariella, Mereka sengaja letak peranti rahsia sebab tahu Ariella takkan buang gelang kaki itu.
Harith mengeluh keras, Mana Ariella pergi ni?!
*
*
Ariella jalan ingin pulang ke rumah, penatnya rasa. Nak cari telur saja sampai 5 kedai. Jauh pula tu dari rumahnya. Jam tangan ditatap..dah pukul 9, sejam jugalah dia meronda, pasti abang-abangnya risau. Dahlah dia tak bawa phone. Ariella mengeluh, hadap jelah amarah abang-abangnya nanti.

Semasa berjalan dia terlihat 3 lelaki tengah merokok di tepi keretanya, Berbaju tank top hitam dan bertatoo di lengan, gaya bad boy. Terus dia resah, datang mana 3 manusia ni?

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now