Ariella jalan ke pasaraya NSK untuk beli bahan basah. Selaku satu-satunya perempuan dalam keluarga ni, dia bertanggungjawab untuk pastikan abang-abangnya sentiasa kenyang.
Memasak dan mengemas memang rutin hariannya. Dia memang suka memasak, dah jadi satu hobi, kadang kala dia buat resepi baru dan menyuruh abang-abangnya mencuba. Of course semua kata sedap, tak adanya kata tak sedap.
Kenapa dia tak ambil bidang Kulinari?, sebab bidang tu ada lelaki... Risau sungguh abang-abangnya jika ada lelaki menguratnya..sebab tu dia ambil bidang kecantikan yang semuanya perempuan.
Hari ni dia bersama Abang Asyrafnya menemani ke pasaraya. Abang Asyraf saja yang jadi mangsa sebab dia tak bekerja.
"Abang Asy nak makan apa malam ni?, Ikan atau ayam?,"Ariella lihat bahagian barang basah.
"Ikan,"
"Hmm, Oh tapi Abang Is cakap dia nak makan ayam,"Ariella toleh di bahagian ayam.
"Lantak dialah, Dahlah semalam makan ayam dah..Abang nak Ikan hari ni,"Asyraf tunjuk ikan bawal hitam yang besar itu. Ariella senyum.
"Ella masak bawal 3 rasa nak tak?,"Ariella rangkul lengan abang Asyraf.
"Nice, Ni yang abang sayang Princess sangat ni,"Asyraf sengih.
Barang basah dipilih dan ditimbang, Ariella hanya menunjuk saja apa yang dia nak, Asyraf yang akan pegang dan masukkan dalam plastik. Memang taklah dia nak bagi Adiknya pegang makanan hanyir ni.
Selesai barang basah, mereka ke bahagian kering pula..Senarai ditangan ditatap..Hm banyak nak kena beli ni.
"Apa ni abang?,"Ariella lihat pek meggi yang banyak di troli.
"Abang punya,"Asyaraf selamba saja letak pek meggi yang dia suka.
"Umm, Abang Is cakap tak boleh beli meggi dah...tak elok untuk kesihatan,"Ariella resah. Abang Iskandar dah pesan siap-siap supaya jangan beli megi lagi.
"Ah pergi mampuslah dia, nak jaga kesihatan tu jaga sorang-sorang. Kisah pula pasal kesihatan, kalau nak mati tu mati juga,"Asyraf membidas. Rimas dengar bebelan Adik ke 4 tu, mentanglah Owner gym.
"Abang janganlah cakap pasal mati, Ella tak sukalah,"Ariella cebik.
Abang Asyrafnya ni suka sangat cakap pasal mati. Obses sungguh pasal kematian, Dia pula yang takut dengar.
Asyraf senyum dan peluk bahu adiknya.
"Jangan risau, abang takkan mati selagi princess bersama abang,"Asyraf senyum.
"Abang jangan cakap begitu lagi ya, Ella nak Abang Asy dan abang-abang lain tengok Ella kahwin,"Ariella senyum. Asyraf diam,wajahnya mula berubah keruh.
"Kahwin dengan siapa?, Kamu ada boyfriendkah?, Siapa dia tu?," Bertalu-talu soalan diberi.
"Mana ada, Ella cakap saja..Ella nak abang-abang sentiasa ada dengan Ella sampai Ella kahwin,"Kata Ariella.
Asyraf diam, dia senyum.
"Yelah abang akan sentiasa bersama kamu sampai kamu berkahwin,"
Asyraf usap kepala adiknya..
'Kalau kamu kahwinlah,tak semudah tu kami nak lepaskan kamu pada puak buaya durjana tu,'.Selesai membeli dan buat pembayaran, mereka terus keluar menuju ke kereta..Aduh penatnya rasa.
"Abang, Ella nak beli karipap kejap boleh?,"Ariella tunjuk gerai karipap di seberang jalan itu.
"Ya pergilah, Ada duit tak?,"
"Ada,"Ariella senyum dan beredar.
Dia lihat gerai karipap panas itu, dia memang suka karipap di gerai tu memang sedap..Dia jalan melintas ke kedai itu.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...