"Kamu tahu apa kamu perlu buatkan?,"tanya Mr Incognito.
"Perlukah kita buat ni?, Tiada cara lainkah?,"tanya gadis itu.
"Itu saja caranya, Kamu nak dia diapa-apakankah?,"Ujar Lelaki di sebelah Bos itu. Gadis itu diam.
"Saya harapkan kamu sebab kamu rapat dengan dia, dia akan ikut cakap kamu,"kata Mr Incognito. Gadis itu mengeluh.
"Baiklah, Saya faham,"
"Hati-hati Rin, Jangan sampai kantoi,"
"I won't. You know I'm a pro," Gadis itu senyum dan beredar.
*
*
Ariella tersedar bila sesuatu mengusap pipinya, matanya bertembung dengan mata bulat itu.
"Hey there Princess, Tunggu Prince charmingkah apa ni?,"Darina senyum.
"Kamu ni terkejut saya,"Ariella cemik.
Darina duduk di bangku sebelah Ariella.
"Kenapa ni?, kamu nampak pelik. Macam bukan Ariella yang selalu,"Darina pelik. Selalunya kawannya ni memang ceria, ni muram saja.
"Tak ada apa,"
"Kenapa?, Kamu putus cintakah?, Hot guy tu sakitkan hati kamukah?, Bagitahu saya biar saya tarbiah dia nanti,"Kata Darina. Ariella senyum nipis.
"No, bukan sebab Shafiq,"
"Habis tu?, Bagitahulah Ell. Mana tahu saya boleh bantu,"Darina mendesak. Ariella diam.
"Entahlah Rina, Semenjak dua ni ada saja perkara pelik berlaku dalam hidup saya. Saya kerap mimpi benda yang sama. Tapi saya tak berani nak bagitahu abang-abang saya,"
"Mimpi?,Mimpi apa?,"
"Saya mimpi..Saya berada di sebuah taman yang cantik, Ia dipenuhi dengan bunga ros. Indah sangat taman tu. Saya lihat abang-abang saya dan saya lihat seorang wanita yang cantik. Tiba-tiba saya dengar jeritan dan abang-abang saya semua berlutut. Saya lihat beberapa orang lelaki muncul sambil bawa parang," Ariella mencerita. Darina diam saja mendengar.
"Saya dengar jeritan abang-abang saya, saya dengar jeritan wanita itu. Tiba-tiba saya ditarik oleh salah seorang lelaki itu. Saya tak tahu apa berlaku..Ia menakutkan. Saya rasa kesakitan yang teramat. Ia begitu menyakitkan hingga saya tersedar. Walaupun saya tersedar saya tetap boleh rasa kesakitan itu,"Ariella menggigil.
"Ella, Calm,"Darina pegang erat tangan gadis itu, sejuk tangan Ariella menanda dia berkata benar.
"Kenapa saya mimpi begini Rina?, Saya tak berani nak cerita pada abang-abang saya selepas apa yang terjadi pada Abang Afnan,"
"Kenapa dengan Afnan?,"
"Saya..tak tahu. Sejak jumpa pakcik tu, Abang Afnan terus berubah..Dia tak seceria dulu lagi dan dia sering meracau."Pakcik?, Pakcik mana?,"Darina pelik.
"Saya jumpa seorang pakcik ni, dia cakap dia rakan baik arwah Ayah. Tapi bila lihat reaksi Abang Aariz dan Abang Afnan saya jadi was-was. Mereka begitu takut pada pakcik tu terutama Abang Afnan,"
"Abang-abang kamu yang lain tahu tak?,"Tanya Darina.
Abang-abang saya mungkin tahu sesuatu. Bila saya tanya mereka akan cakap 'Jangan risau, tiada apapun'. Kenapa mereka suka sangat berahsia dengan saya!,"Ariella geram. Darina mengeluh saja. Dia sandar sebelah rakannya.
"Mungkin ada sebab mereka buat begitu. Macam yang Darissa cakap dulu Ell. 'I prefer a Beautiful lie than a painful truth,'. Betul kadang kala kebenaran memang akan menyakitkan, Sebab itu manusia sukakan penipuan dari kebenaran,"
"Andaikata suatu hari nanti kamu tahu kebenarannya, Dan kebenaran itu sesuatu yang kamu tak boleh terima. Apa kamu akan buat?. Jangan cakap kamu redha saja sebab tiada siapa akan redha semua tu. Ia ambil masa yang lama untuk redha,"kata Darina.Ariella diam, Kebenaran yang menyakitkan...Adakah kebenaran itu ada kaitan dengan mimpinya?. Atau ada sesuatu yang dia tak ingat?.
*
*
Asyraf tatap laptopnya, Mesej pelik itu dibaca.
'Beware, Mr Incognito'.Mr Incognito?, Siapa pula ni?, Hackerkah?. Dia cuba tekan sesuatu tetapi tak berjaya. Laptopnya 'hang' terus.
"Urghh, bodohlah siapa yang hack laptop aku ni?,"Asyraf geram. Tapi hack apa kalau dapat amaran begini?.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...