"Oih bangun!," Seseorang menendang kakinya buatnya tersedar. Dia berkerut, kepalanya rasa sakit.
Suasana rasa cerah. Raslan dongak sedikit, pedih matanya dengan cahaya itu tetapi dia dapat lihat ada 3 orang di hadapannya. Seorang mencangkung di hadapannya manakala dua lagi hanya berdiri.
"Yuhuu, Abang pencuri hati sudah bangun,"Afnan senyum.
"S-Siapa kamu?,"Raslan resah.
"Kamikah?. Kami Malaikat pencabut nyawa kamu...Wahai Raslan Bin Saidin, Tiba masanya untuk kamu ke neraka..Hihihi,"Afnan ketawa. Raslan cuba meronta tetapi dia diikat ketat.
"Lepaskan aku sial! korang nak apa hah?!, korangkah yang dah bunuh Jamil?!,"tanya Raslan.
"Jamil?, Siapa Jamil?,"Afnan toleh pada Aariz."Alah yang menyanyi lagu 'Azura' tu..Azuraa,"Aariz menyanyi.
"Itu Jamal Abdillah bongok. Ni Jamil Abdullah. Betul tak nama dia tu?, Aku main hentam je,"Afnan pandang Raslan. Raslan hanya diam.
"Apapun, Kau pun dah tahu apa jadi pada Jamil tu pasti kau pun tahu apa bakal jadi pada kaukan?,"Afnan sengih. Raslan mula resah.
"Tak, tunggu. K-kita bincang. Ya.. Kita bincang dulu..A-Aku tak pernah terfikir pun nak ikut plan Fazli tu, Sungguh aku tak buat apa-apa,"Raslan gugup.
"Memanglah kau tak buat apa-apa, tapi kau dah bersubahat sekali. Kau tahukan apa berlaku dulu?, Apa kawan-kawan kau buat tapi kau tak halang pun mereka..kenapa?,"tanya Afnan.Raslan diam, ya dia ingat jelas benda tu. Dia lihat apa rakan-rakannya buat. Dia lihat semuanya.
"Bukan aku!, Aku tak buat apapun!. Aku tak sentuh pun wanita tu..Aku tak sentuh pun budak kecil tu!," Kata Raslan. Afnan terkejung.PANG!. Raslan ditampar pula. Mengigil tangan Afnan mendengarnya.
"Kau jangan sebut pasal adik aku dengan mulut kau tu!, Lahanat!,"
Afnan tumbuk Raslan kuat.Raslan terlentang ke belakang. Afnan duduk di atasnya sambil cekup baju Raslan.
"Sial kau Setan!, Semua sebab kau!. Kau bagi adik aku pada lelaki jahanam tu!. Kau kata kau tak bersubahat tapi kau bagi adik aku pada dia!,"Afnan tumbuk Raslan berkali-kali. Berdarah wajah Raslan dengan tumbukan itu.
"Nan, berhenti,"Aariz cuba menghalang bila kembarnya sudah naik hantu.Afnan cekup kuat leher Raslan supaya pandangnya.
"Kau pandang aku..Pandang aku!. Aku nak kau ingat aku!..Tengok ni dan ingat!!,"Afnan raup rambutnya ke belakang tunjuk kesan parut di tepi dahinya.Raslan lihat parut itu, Terus peristiwa dulu menerpa fikiran. Seorang budak lelaki bertindak mengigit lengannya bila dia serahkan budak perempuan itu pada rakannya. Dia naik berang dan tolak kuat budak itu hingga terhantuk, Budak itu tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah. Dengar jeritan wanita menyuruhnya berhenti, Ada remaja lelaki lain turut melindungi budak itu juga.
"K-kamu...Budak yang gigit saya dulu,"Kata Raslan, dia sudah ingat mata itu. Itu mata yang dia lihat saat lengannya digigit. Mata yang penuh marah dan benci itu.
"Aku gagal selamatkan adik aku, Tapi sekarang aku takkan gagal lagi. Aku akan pastikan kau takkan buat benda yang sama lagi!,"Afnan cekik Raslan dengan perasaan marah.Raslan meronta bila dia dicekik kuat, ternganga dia hampir putus nafas. Sikit masa lagi pasti dia sudah mati jika Afnan tidak ditarik oleh Aariz.
"Afnan!, berhenti,"Aariz tarik Afnan.
"Apa kau?!, jangan kacau akulah!.Aku nak bunuh dajal ni!,"Afnan tempik.
"Amir Afnan!, Calm down!,"Asyraf yang hanya diam sedari tadi bersuara.Afnan diam, dia tercungap cuba redakan adrenalinnya yang melonjak itu..Dia tarik nafas perlahan. Aariz bawa Adiknya ke belakang cuba tenangkannya.
Asyraf jalan ke hadapan ambil alih pula. Raslan terbatuk-batuk mencari nafas. Asyraf berkerut. Dia juga ada memori buruk dengan lelaki ini.
"T-tolong..maafkan aku,"Raslan masih tercungap. Asyraf memicing matanya.
"Semudah itu kau lontarkan kata Maaf sedangkan kamu punca kami jadi begini. Kau dan rakan-rakan kau musnahkan segalanya. Musnahkan kebahagiaan kami untuk apa?. Apa yang kalian cari hah?,"tanya Asyraf. Raslan terbatuk sedikit.
"B-bukan aku..Fazli yang..Fazli yang rancang semua ni..Aku diupah oleh dia untuk perhati keadaan sekeliling saja. Jadi pemerhati..Sumpah aku tak sangka Fazli akan buat begitu,"Raslan berkata. Asyraf diam.
"Jadi kenapa kau tak halang lelaki tu dulu?, Kenapa kamu tak halang mereka masa mereka perkosa bonda kami?. Kenapa kau tak halang lelaki tu ambil...,"Asyraf diam tidak sanggup berkata. Dia masih dengar jeritan dan raungan itu. Dia mengetap geram terus pandang lelaki itu.
"Kau mahukan duit saja sebab tu kau tak halangkan?. Kau sama saja dengan Dajal 4 orang tu,"Asyraf menendang Raslan kuat, Raslan terbatuk-batuk.
"Sudahlah, No 5 ambil benda tu sekarang,"Aariz lihat Afnan yang sudah sandar di dinding bertenang. Dia bangun dan capai sesuatu di belakang sofa.
Tergamam Raslan bila lihat batang besi konkrik itu. Terus tubuhnya mengigil.
"T-tak..tak jangan!..Maafkan aku!..Tolonglah jangan!,"Raslan mengesot ke belakang ketakutan.
"Tak payah minta maaf, bersyukur batang besi ni kecil saja jika dibandingkan dengan kawan kau tu,"Aariz memusing sedikit batang besi itu.
"Tunggu, kita berbincang!..Aku..Aku akan serah diri pada polis!..Aku akan duduk di penjara selamanya. Aku janji!..Aku akan cerita semuanya pada makamah!. A-Aku akan buat Fazli ditangkap juga. Tolonglah jangan buat macam ni!,"Raslan merayu. Aariz sinis.
"Kalau kami nak kalian ditangkap, dari dulu lagi kami dah buat begitu,"kata Aariz sambil merejam paha kiri Raslan kuat. Raslan meraung sakit.
"2 tahun saja kalian di penjara selepas itu kalian bebas begitu saja. Undang-undang memang tak adil untuk kami. Penuh dengan rasuah. Jadi kami tak nak harapkan makamah lagi. Biar kami saja jadi penghukum kamu,"Aariz senyum sambil tekan batang besi itu kuat. Raslan meraung kesakitan yang amat. Seluarnya sudah basah dengan air kencing.Aariz tarik batang besi itu kuat. Terpancut darah di paha itu. Dia serahkan besi itu pada Asyraf pula.
Asyraf capai besi itu dan genggam erat. Dia ambil tempat di hadapan Raslan pula. Raslan mengigil ketakutan.
"Ingat tak dulu, Kau kata sesuatu pada aku masa aku tanya kenapa kau buat semua ni. Kenapa kau buat semua ni?,"'Kenapa kau buat semua ni?!
'Sebab dunia ni tak adil untuk orang miskin macam kami, Takdir kamulah dilahirkan dalam keluarga kaya ini. Biar kamu rasa macam mana hidup susah,'
Raslan diam mula ingat siapa lelaki di hadapannya. Wajahnya pucat. Asyraf pegang erat besi itu bagai lembing.
"Ya mungkin takdir kami jadi begini. Mungkin ini juga takdir kamu mati di tangan kami,"Asyraf menusuk perut Raslan kuat.Raslan meraung lagi, dia mula batuk darah. Tak terperi sakitnya sekarang. Tak cukup dengan itu besi itu ditarik semula. Darah memancut dari mulut dan kesan luka itu.
Asyraf lihat lelaki itu tiada perasaan. Besi itu dicapai seseorang. Dia toleh lihat Afnan di sebelahnya.
Afnan pegang erat besi konkrit itu, matanya tajam penuh dengan pelbagai emosi. Marah, geram, benci, dendam..semua bercampur aduk.
Tiba-tiba kedengaran siren dari luar. Polis?!. Siapa yang call Polis?!.
"Asy,"Aariz resah. Asyraf tekan alat di telinganya untuk berkomunikasi.
Afnan angkat besi itu tinggi. Jeritan itu bergema di telinganya. Jeritan kesakitan itu. Dia mengetap geram teramat.
'Anda sudah dikepung!, Keluar sekarang!,'
"Kita kena pergi,"arah Asyraf.
"Nan,"Aariz memanggil.
"Arghh!,"Afnan terus merejam besi itu tepat pada jantung. Raslan tercuak.
"Mati..Mati!,Mati!,Mati!,"Afnan tempik sambil menekan besi itu.
"Nan!,"Aariz tarik Afnan supaya beredar.Bam!, Bam!. Bunyi pintu dihempas memandakan polis di luar ingin masuk.
"Keluar cepat!,"Asyraf tempik.
"Afnan sudah!, Jom!,"Aariz tarik Afnan kuat.Bam!, Pintu itu terbuka luas.
Inspektor Laith lihat seseorang beredar ke pintu dapur. Dapat dia melihat sekilas tubuh Afnan sebelum mereka keluar.
"Berhenti!,"Inspektor Laith terus mengejar ke pintu dapur.
Dia keluar mencari, pintu pagar belakang terbuka. Inspektor Laith keluar ke pagar itu dan lihat sekeliling. Argh!, Dia kehilangan mereka!."Tuan!,"
Inspektor Laith masuk semula, Dia dekati mangsa di ruang tamu itu. Teruk keadaan Raslan, besi konkrit itu masih terpacak di dadanya.
"Raslan!,Kamu dengar sayakan?,"Inspektor Laith memanggil. Mata Raslan memandang Inspektor itu.
"Panggil Medic sekarang!,"Arah Lelaki itu.
"Bertahan, Paramedik akan tiba. Bertahan,"Kata Inspektor Laith. Dia tak tahu sama ada lelaki ni mampu hidup tau tidak.'Harith, Apa kau dah buat!'
5 February 2023
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...