Inspektor Laith lihat Jenazah Raslan di hospital. Semalam lelaki tu elok saja sedar, kenapa dia boleh meninggal pula?.
Doktor cakap sebab ada komplikasi jantung, tetapi Inspektor Laith lebih tahu bukan itu puncanya.
Diperiksa di CCTV bilik itu jika ada yang masuk bilik Raslan semalam, hampir 2 jam juga dia asyik rewind dan forward rakaman CCTV itu tetapi hampa, tiada apa-apa yang mencurigakan langsung. Nurse-nurse yang masuk pun sekadar mencatat tekanan di mesin saja.
Inspektor Laith raup mukanya, takkan ianya memang komplikasi kut?. Phone dikeluarkan dan nombor seseorang didail.
"Aku ni, Kamu dah lihat rakaman CCTV tu?,"tanya Inspektor Laith.
"Ya, aku sudah lihat,"Suara garau itu kedengaran.
"Bagaimana?, Adakah ianya hanya komplikasi saja?. Memang tiada kena mengena dengan merekakah?,"tanya Laith. Orang itu diam.
"Tiada apa-apa yang mencurigakan, rasanya memang betul ianya komplikasi,"Laith mengeluh, begitu rupanya.
"Kenapa?, kamu harap 'mereka' lakukan sesuatukah?,"tanya lelaki itu.
"Taklah, aku...,"Laith diam, Entahlah setiap kali ada sesuatu buruk jadi mesti dia teringatkan 'mereka'.
"Tak mengapalah, Maaf ganggu kau,"Laith putuskan taliannya. Dia mengeluh saja. Jadi betullah ianya komplikasi. Malang betullah nasib Raslan.
"Kalau dia hidup pun dia tetap takkan selamat, lebih baik dia mati saja,"Laith gumam perlahan.
"Siapa dia Tuan?,"Suara seseorang mengejutkan dia. Laith toleh.
"Shah!, kau nikan!,"Laith marah.
"Eh apa salah saya Tuan?, Saya tegur je,"Shah terpinga.
"Bagi salam dulu lain kali, nasib aku tak ada sakit jantung!,"Laith geram sambil urut dadanya. Shah sengih serba-salah.
"Bagaimana dengan mayat Raslan tu?, nak buat macam mana?,"
"Nak buat apa lagi, biar pihak forensik uruskan,"Laith beredar. Jika tiada kena mengena dengan 'mereka', dia tak nak masuk campur.
*
*
Iskandar perhati saja permandangan di hadapannya itu. Balik dari gym terus dia disajikan dengan benda itu."Ko memang dah tak ada kerjakah Asy?, Jadi model part time Ella pulakah?,"tanya Iskandar.
Mana taknya, Abang ke-3nya tengah jadi model mekap Ariella sekarang ni. Habis ditempek segala foundation, bedak, eyeliner di wajah Asyraf. Ariella senyum saja.
"Abang Is jangan kacaulah, Pergi sana jangan tengok,"Ariella menghalau.
"Ya, pergi duduk sana. Kamu menganggu konsentrasi,"kata Asyraf pula.
"Kamu buat apa Ella?, Praktis mekapkah?,"tanya Iskandar. Ariella senyum.
"Assignment Ellalah. Ella kena buat mekap lelaki ikut tema yang Miss Estelle beri. Ella dapat bad boy punya makeover. Memandangkan Ella banyak abang boleh salah seorang jadi model Ella,"Ariella sengih. Iskandar mengangguk faham.
"Bad boy?..Macam Emo je abang tengok,"Dengan eyeliner tebal di bawah mata dan gincu hitam..Ni bukan bad boy ni. Dah macam gothik rasanya.
"Yakah?, Banyak sangatkah?. Ella tak reti mekap lelaki ni,"
"Tak perlulah mekap lelaki, Cukup sekadar Assignment saja,"Asyraf bersuara.
"Mana boleh gitu, Kalau nak jadi MUA tak kira perempuan atau lelaki tetap kena mekapkan juga..tak boleh pilih,"Ariella sapu sedikit concealer. Asyraf buka matanya sedikit.
"Kamu nak pegang wajah lelaki lainkah?,"tanya Asyraf.
"Kalau jadi MUA,"
"Tak payah kerja begitu, Dilarang pegang wajah lelaki lain. Kalau terpaksa pun pakai sarung tangan,"
"Mana boleh pakai sarung tangan masa tengah mekap, Nak sapu tempat bertapuk nanti payah,"Ariella lap sedikit Concealer itu dengan jarinya supaya rata...Cantik!.
"Hensemnya abang Asy!, Bad boy sangatlah,"Ariella kagum, Tapi abang-abangnya semua memang hensem pun.
"Kamu salah pilih bad boy Ella, Kalau nak rupa bad boy sungguh kena ambil si Mikhail tu, Tu baru betul bad boy. Ni macam gothik emo tak cukup kasih sayang ni,"kata Iskandar.
"Nasib kau tak cadangkan diri kau jadi bad boy, Boleh muntah salad minggu lepas,"Asyraf tak perduli dengan kata-kata Iskandar itu. Ariella ketawa.
"Tak kisahlah sesiapapun, asalkan Ella ada model mekap,"Ariella senyum.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...