"Selamat Kembali ke kolej, My Beautiful Flower," Pagi-pagi dah dengar suara yang bergetar hati, jiwa dan raga itu.
Ariella tersipu malu, tambahan lagi jejaka bermata grey itu memegang bekas ferero rocher berbentuk hati.
"Terima kasih Shafiq, Pagi-pagi dah bawa coklat ya,"Ariella sambut bekas itu.
"Saya ingat nak bawa bunga, tapi mesti abang-abang kamu tahu. Jadi saya bawakan coklat boleh kamu makan time bosan nanti,"Shafiq sengih. Ariella ketawa sedikit, ada-ada saja lelaki ni.
"Comel betul bentuk bekas ni, Saja cari macam inikah?," Ariella belek bekas itu, comel bentuk Hati.
"Saya nak cakap ni, Saya letak love potion dalam tu jadi kamu akan sentiasa ingat saya setiap kali makan. Jangan beri pada orang lain tau nanti orang tu pula teringat saya,"Shafiq buat gaya berbisik. Ariella terus ketawa.
"Kamu ni, Mana aci saya saja yang ingatkan kamu,"
"You don't have to do anything Sweetheart, I always thinking of you. Like a Bee think of his flower,"Shafiq kenyit matanya. Ariella senyum tersipu malu. Ada saja ayat lelaki ni bikin hatinya melompat-lompat.
"Ella!,"Suara seseorang mengejutkannya. Pantas dia sembunyi coklat itu dalam beg.
Rakan-rakannya jalan kearahnya.
"Elll, I miss you!,"Darina peluk Ariella.
"Miss you too Rina,"Ariella sengih turut membalas pelukan itu.
"Kalian ni, Kita baru jumpa semalam nak rindu apanya,"Elexa mengeleng saja.
"Tu semalam, Sekarang Ella dah kembali ke Kolej. Miss you sister,"Shafiq senyum saja mengeleng dengan perangai rakan-rakan Ariella itu. Darissa perasan Shafiq di situ.
"Kamu ni?,"Darissa ingin tahu.
"Oh!, We meet again Mr Hot guy,"Darina lambai kearah Shafiq.
"Ish Rina, sopan sikit,"Darissa cuit rakannya. Shafiq senyum.
"Saya tak sempat nak ucap terima kasih sebab beritahu saya pasal Ariella masuk hospital. Terima kasih ya,"
"Sama-sama kasih, Alah kamukan boyfriend Ella mestilah saya kena beritahu,"Darina sengih. Ariella terus meruap merah.
"Rina kamu ni!,"
"Jom, jangan kacau mereka,"Darissa tarik Darina beredar. Darina cebik saja. Elexa turut beredar tinggalkan Ariella dan Shafiq bersama.
"Maaf, Kawan saya tu memang begitu,"Ariella tunduk sedikit malu.
"Ya memang pun, Pening kadang-kala,"Shafiq mengeleng. Ariella terus angkat kepalanya.
"Apa?,"Pelik dengan kata-kata itu.
"Kawan kamu tu mesti jenis Happy go lucky sajakan?, Mesti penat melayankan?," Shafiq betulkan ayatnya kembali. Ariella senyum.
"Ya, tapi dialah yang menceriakan keadaan, Saya suka berkawan dengannya,"Ariella toleh pada rakan-rakannya yang masih menunggu.
"Saya kena pergi dulu, En Khairul nak jumpa saya,"
"Oh, Okay..,"Ariella sedikit kecewa, dia nak berbual dengan lelaki ni lebih lama.
"Kita jumpa lagi nanti Ella,"Shafiq senyum. Ariella senyum terus mengangguk.
"Jumpa lagi Shafiq,"Ariella melambai.
Dia lihat lelaki itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba dia dipeluk dari belakang.
"Hmmm, Cik Ella kita dah jatuh cinta..Dup Dap Dup Dap,"Darina sengih sambil cuit pipi Ariella.
"Ish kamu ni,"Ariella malu.
"Senang betul kamu jatuh cinta Sis. Ni yang ke-7 kan?,"Tanya Elexa.
"Ya, Saya dah berjanji pada diri tak nak jatuh cinta sebegitu mudah pada lelaki..Tetapi lelaki itu..berbeza,"
Ariella tunduk. Lelaki yang selalu mencintainya secara diam.
"Well 7 is a lucky number. Mungkin dia yang kamu cari selama ni?, Jodoh kamu?,"Darina senyum. Ariella terus merah. Shafiq jodohnya?. Kedua pipi ditekup, teringat luahan perasaan Shafiq di Hospital itu buatnya malu.
"Ella dah merah!, Fikir apa ni hahh?, Ella so naughty,"Darina mengusik.
"Ish mana adalah, Jomlah masuk kelas,"Ariella terus beredar malu diusik. Darina ketawa saja.
"Jomlah, Saya nak siapkan assignment sementara kelas tak mula lagi,"Kata Darissa sambil beredar dari situ bersama rakan lain.
*
*
Inspektor Laith berhenti bila dia bertembung seseorang yang dia kenali. Harith dan Mikhail turut berhenti. Diam mereka saling bertatapan. Inspektor Laith dekati dua beradik itu.
"Tak sangka aku jumpa kalian di sini,"Inspektor Laith menegur.
"Kami ada kerja di sini, Apa Tuan Inspektor buat di sini pula?,"Harith bertanya semula.
"Saja, Meronda kawasan," Itu saja jawapannya.
"Tak tahu pula Ketua akan meronda kawasan, Selalu anak buah je,"
"Saja nak turun padang, Sebab kawasan ni pernah jadi kes seorang gadis tu hampir diperkosa. Kejadian tu baru minggu lepas terjadi,"Inspektor Laith lirik.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...